22: Bersikap Benar Menjauhkan Kemunafikan

22  Bersikap Benar Menjauhkan Kemunafikan
Maksud Bersikap Benar
  • Tidak berdusta dari segi perkataan, perkhabaran dan perbuatan
 
Dalil Naqli

يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ ٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ وَقُولُوا۟ قَوْلًا سَدِيدًا

Surah Al-Ahzab: Ayat 70
 
Tuntutan Bersikap Benar
  1. Benar dalam tutur kata
  • Tidak berbohong apabila berkata-kata dalam semua keadaan
  • Memelihara diri daripada mengeluarkan lafaz yang jelas mendatangkan dosa dan mengelirukan

       2. Benar dalam niat dan kemahuan

  • Berniat ikhlas kerana Allah SWT
  • Berniat untuk membuat kebaikan semata-mata

       3. Benar dalam keazaman dan cita-cita

  • Bertekad mencapai apa-apa yang dicita-citakan
  • Tindakan yang dilakukan seiring dengan keazaman untuk mencapai matlamat

       4. Benar dalam menepati janji

  • Berjanji dengan apa-apa yang mampu ditunaikan
  • Menunaikan apa-apa yang telah dijanjikan
  • Melaksanakannya tepat dengan sesuatu yang telah dijanjikan

       5. Benar dalam tugas

  • Melakukan tugasan tanpa mengharapkan balasan
  • Melakukan tugasan dengan cara yang terbaik
 
Contoh Rasulullah SAW Bersikap Benar
  • Rasulullah SAW menyampaikan wahyu Allah SWT kepada umat manusia dengan bersifat benar. Baginda tidak menokok tambah ayat yang disampaikan. Ajaran Islam yang disebarkan juga tidak mengikut kehendak dan pendapat peribadi baginda kerana setiap tutur katanya berdasarkan wahyu Allah
  • Terdapat sebilangan orang yang suka bergurau tetapi tidak berkata benar. Mereka berasa seronok bergurau dengan cerita-cerita palsu. Rasulullah SAW juga pernah bergurau. Namun, baginda sentiasa bersikap benar walaupun ketika sedang bergurau
 
Hikmah Bersikap Benar
  • Terpelihara daripada sifat munafik yang dibenci oleh Allah SWT
  • Menenangkan hati kerana tidak melakukan dosa
  • Saling bekerjasama kerana wujud perasaan saling mempercayai