Download App
Google Android
Apple iOS
Huawei
English
English
Malay
Guest
Login
Register
Home
Quiz
Battle
Practice
Class
Classes List
Timetable
Assignments
Learn
Learning Hub
Quick Notes
Videos
Experiments
Textbooks
Login
Register
Download App
Google Android
Apple iOS
Huawei
EN
MS
Learn
Quick Notes
List
Membina keterampilan diri secara beradab dan istiqamah
20: Sirah dan Tamadun Islam
20
Kerajaan Abbasiyyah
Sejarah Kerajaan Abbasiyyah
Asal Penubuhan
Bersempena nama bapa saudara Rasulullah iaitu Al-Abbas Bin Abdul Mutalib.
Pengasas
Abu Al-Abbas Abdullah Bin Muhammad Bin Ali As-Saffah.
Tempoh Memerintah
Selama 524 tahun, iaitu bermula dari tahun 132 Hijrah hingga tahun 656 Hijrah.
Keluasan Kerajaan
Meliputi sebahagian besar benua Afrika, Asia dan Eropah.
Bilangan Khalifah
37 orang Khalifah
Khalifah yang Terkenal

Abi Jaafar Abdullah Muhammad Bin Ali Al-Mansur.
Harun Ar-Rasyid Bin Muhammad Al-Mahadi Bin Al-Mansur Al-Abasi.
Al-Ma'mun Bin Harun Ar-Rasyid Bin Muhammad Al-Mahadi.
Khalifah Terawal

Khalifah Terakhir
Abu Ismail Muhammad Al-Musta'sim Bin Harun Ar-Rasyid.
Pusat Pemerintahan
Baghdad, Iraq.
Khalifah Kerajaan Abbasiyyah yang Terkenal
Abu Al-Abbas Abdullah Bin Muhammad Bin Ali As-Saffah
Khalifah pertama
Memerintah 4 tahun 9 bulan (tempoh 32H - 136H)
Mengasaskan kerajaan Abasiyyah.
Mengembalikan keamanan dengan mematahkan serangan luar dari Parsi dan Byzantin.
Menstabilkan keamanan dalam negara dengan mematahkan pemberontakan oleh golongan Syi'ah dan Khawarij.
Abu Jaafar Abdullah Bin Muhammad Bin Ali Al-Mansur
Khalifah kedua
Memerintah 22 tahun (tempoh 136H - 156H)
Memindahkan pusat pentadbiran dari Damsyik ke Baghdad.
Menaik taraf sistem cukai.
Membina sistem pengairan dan saliran.
Membina masjid As-Syarqiyyah sebagai pusat aktiviti dakwah.
Membina hospital di Baghdad.
Memperkukuh kekuasaan terhadap wilayah Byzantin.
Harun Ar-Rasyid Bin Muhammad Al-Mahadi Bin Al-Mansur Al-Abasi
Khalifah kelima
Memerintah 23 tahun (tempoh 170H - 192H)
Memperkemaskan sistem percukaian Islam berpandukan Kitab Al-Kharaj.
Mewujudkan jawatan ketua hakim negara
قَاضِي القُضَاة
(
Qadhi al-Qudhat).
Membina Baitul Hikmah.
Menjadikan Baghdad sebagai pusat tumpuan perdagangan, keilmuan dan kebudayaan.
Membina kemudahan awam seperti farmasi dan pusat pengajian.
Menubuhkan Majlis Al-Munazarah sebagai pusat penyelidikan ilmu agama.
Abu Jaafar Abdullah Al-Ma'mun Bin Harun Ar-Rasyid
Khalifah ketujuh
Memerintah 20 tahun (tempoh 198H - 218H)
Mempergiat usaha penterjemahan karya daripada bahasa asing seperti Yunani dan Rom ke dalam bahasa Arab.
Menjadikan Baitul Hikmah sebagai pusat penterjemahan negara.
Membina balai cerap sebagai pusat penyelidikan ilmu.
Menyediakan biasiswa kepada pelajar-pelajar cemerlang.
Faktor Kegemilangan Kerajaan Abbasiyyah
Agama
Galakan khalifah yang memberikan peruntukan khas melalui Baitulmal untuk para ulama' menjalankan aktiviti dakwah.
Semangat jihad yang tinggi dalam menguasai pelbagai bidang ilmu seperti ilmu bahasa, sains, kejuruteraan dan perubatan berjaya memartabatkan tamadun Islam.
Peranan institusi pendidikan seperti masjid dan istana khalifah sebagai pusat pengajian ilmu Islam dan penyebaran dakwah.
Politik
Kebijaksanaan Khalifah Abu Jaafar Al-Mansur menjadikan Baghdad sebagai pusat pentadbiran negara.
Pemberontakan dan perbalahan daripada golongan Syi'ah di Baghdad dan golongan utara dan selatan Syria berjaya dihapuskan.
Kestabilan poitik kerajaan Abasiyyah mendorong khalifah memajukan negara.
Ekonomi
Kedudukan Baghdad di tengah-tengah laluan perdagangan dari timur dan barat menjadikannya sebagai pusat tumpuan aktiviti perdagangan.
Sektor pertanian, perindustrian dan perdagangan berjaya mendominasi pasaran antarabangsa kerana berupaya memenuhi permintaan pasaran semasa.
Inisiatif khalifah membina empangan, pusat-pusat perniagaan dan rumah api sebagai persaraan pertanian dan perdagangan.
Sumber dan pengurusan Baitulmal yang sistematik menyebabkan kerajaan dapat menyediakan prasarana dan peluang pekerjaan untuk rakyat.
Sosial
Layanan yang adil daripada khalifah dengan menghapuskan penindasan dan perhambaan.
Kebebasan mengamalkan agama mewujudkan suasana harmoni dalam kalangan masyarakat.
Orang bukan Islam khusunya orang Parsi diberikan peluang memegang jawatan pentadbiran utama dalam pentadbiran negara seperti jawatan Perdana Menteri.
Ketenteraan
Strategi peperangan yang mantap seperti strategi Al-Karadis telah berjaya mengalahkan serangan musuh.
Inovasi peralatan peperangan yang moden dan canggih ketika itu seperti Manjanik, Dabbabah dan Barud.
Keprihatinan pemimpin menjaga kebajikan tentera diutamakan melalui pemberian gaji dan bonus.
Dasar keterbukaan keanggotaan tentera kepada orang bukan Arab seperti Parsi dan Turki berjaya mengukuhkan kekuatan pasukan.
Pendidikan
Aktiviti penterjemahan bahasa asing ke dalam bahasa Arab menggalakkan penguasaan dan kemahiran pelbagai disiplin ilmu.
Perkembangan pelbagai bidang ilmu berjaya melahirkan ramai sarjana dan ilmuan Islam seperti Ibnu Sina, Jabir Al-Hayyan dan Al-Idrisi.
Galakan khalifah seperti Al-Ma'mun dengan memberi biasiswa kepada pelajar-pelajar cemerlang.
Kemudahan institusi pendidikan seperti masjid, istana khalifah, perpustakaan dan pusat pengajian yang berperanan sebagai pusat perkembangan ilmu.
Faktor Kemerosotan Kerajaan Abbasiyyah
Politik
Campur tangan pegawai Parsi dan Turki dalam pemerintahan.
Perebutan kuasa antara khalifah seperti Al-Muntasir dan Al-Mu'tazir menyebabkan institusi khalifah menjadi semakin lemah.
Perpecahan beberapa wilayah sehingga memberi peluang kepada pembentukan kerajaan kecil seperti Saljuk dan Buwaih.
Sosial
Kebajikan rakyat terabai akibat kelemahan pentadbiran khalifah.
Pemberontakan dalam kalangan puak Syi'ah dan Khawarij sehingga mengganggu ketenteraman awam.
Ekonomi
Rusuhan dan pemberontakan sering berlaku menyebabkan pedagang luar tidak datang ke Baghdad dan menyebabkan dana Baitulmal merosot.
Sektor pertanian merosot kerana sistem pengairan tidak dapat dibaiki ekoran masalah kewangan.
Ketenteraan
Pertahanan ketenteraan yang lemah memudahkan serangan daripada pihak musuh seperti Georgia dan Armenia.
Serangan daripada Monggol (Hulagu Khan) telah meruntuhkan kekuatan kerajaan Abasiyyah.
Iktibar daripada Pemerintahan Kerajaan Abbasiyyah
Kita hendaklah memilih pemimpin yang berwibawa untuk menerajui kepimpinan supaya urusan pentadbiran berjalan lancar.
Kita hendaklah mencontohi dan mempraktikkan ciri-ciri kepimpinan Islam dalam pentadbiran agar menajdi contoh ikutan terbaik.
Kita hendaklah memanfaatkan sumber yang ada dengan bijak agar mampu bersaing di peringkat global.
Kita hendaklah memiliki perasaan cinta akan negara dengan meningkatkan amalan patriotisme dalam diri.
Kita hendaklah mengeratkan perpaduan antara kaum agar keharmonian terpelihara.
Kita hendaklah memperbanyakkan penerokaan ilmu agar kegemilangan tamadun Islam terus terjamin.

Chapter : Sirah dan Tamadun Islam
Topic : Membina keterampilan diri secara beradab dan istiqamah
Form 4
Pendidikan Islam
View all notes for Pendidikan Islam Form 4
Related notes
18: Kerajaan Khulafa Ar-Rasyidin
19: Kerajaan Umayyah
21: Keunggulan Tokoh Empat Mazhab
1: Surah Al-An'am Ayat 162-163
2: Surah Al-Kahfi Ayat 101-110
3: Hukum Mad Silah, Mad Lazim dan Qalqalah
4: Larangan Rasuah
5: Memahami Sunnatullah
6: Larangan Mempersendakan Agama
7: Dakwah Pemacu Kemajuan
Report this note
Report Card
Evaluate your academic performance through detailed report
Learn more
Register for a free Pandai account now
Edit content
×
Loading...
Quiz
Videos
Notes
Account