18: Kerajaan Khulafa Ar-Rasyidin

18  Kerajaan Khulafa Ar-Rasyidin
 
Era Pemerintahan Kerajaan Islam
Zaman Tempoh Pusat Pemerintahan Pemimpin
Rasulullah SAW

1 - 11H (622 - 632M)

Madinah Nabi Muhammad SAW
Khulafa Al-rasyidin

11 - 40H (632 - 661M)

Madinah Khalifah
1. Abu Bakar As-Siddiq
2. Umar bin Khattab
3. Uthman bin Affan
4. Ali bin Abi Thalib
Kerajaan Umaiyah

41 - 132H (661 - 750M)

Damsyik Khalifah
1. Muawiyah bin Abi Sufian
2. Abdul Malik bin Marwan
3. Al-Walid bin Abdul Malik
4. Umar bin Abdul Aziz
Kerajaan Abbasiah

132 - 656H (750 - 1258M)

Baghdad Khalifah
1. Abu Abbas As-Saffah
2. Abu Jaafar Al-Mansur
3. Harun Ar-Rashid
4. Abu Jaafar Al-Makmun
Kerajaan Uthmaniah

698 - 1341H (1299 - 1924M)

Istanbul Sultan
1. Uthman Ertughrul
2. Arhan
3. Muhammad Al-Fateh
4. Sulaiman Al Qanuni
 
Ciri Kepemimpinan Khulafa Ar-Rasyidin
Abu Bakar As-Siddiq
  • Tegas
    • Tegas dalam memerangi golongan murtad, nabi palsu dan golongan yang enggan membayar zakat.
  • Berpandangan jauh
    • Mengarahkan Zaid bin Tsabit mengetuai usaha menghimpunkan tulisan ayat al-Quran yang terdapat pada kepingan-kepingan batu, tulang, pelepah tamar dan kulit haiwan kerana ramai penghafaz al-Quran terkorban dalam peperangan Yamamah.
  • Mengamalkan syura
    • Mengambil kira pandangan para sahabat dalam menentukan strategi peperangan menentang tentera Rom.
    • Mengggunakan strategi pembahagian empat pasukan tentera sehingga berjaya menawan negeri Syam.
  • Setia dengan arahan Rasulullah SAW
    • Meneruskan tindakan Rasulullah untuk menghantar Usamah bin Zaid sebagai panglima angkatan tentera Islam kepada kerajaan Ghassan kerana telah membunuh utusan Rasulullah.
Umar Bin Al-Khattab
  • Tegas
    • Menggantikan kepimpinan Khalid al-Walid sebagai panglima angkatan tentera Islam dengan Abu Ubaidah al-Jarrah semasa Perang Yamamah.
  • Befikiran terbuka
    • Bersedia ditegur Rasulullah.
    • Menerima pendapat daripada sahabatnya Abu Bakar as-Siddiq tentang pembebasan tawanan Perang Badar kerana menghormati keputusan mesyuarat.
  • Adil
    • Memastikan kebajikan rakyat terpelihara dengan meninjau sendiri keadaan rakyatnya termasuk menyamar sebagai rakyat biasa.
  • Cekap
    • Menubuhkan Majlis Syura, beberapa jabatan baharu (Dewan) serta mengemaskini Baitul Mal bagi melicinkan pentadbiran negara.
    • Beliau juga membahagikan wilayah Islam kepada beberapa bahagian pentadbiran di bawah kuasa seorang gabenor yang cekap seperti Muawiyah bin Abu Sufian dan Amru bin al-As.
Uthman Bin Affan
  • Berpandangan jauh
    • Menubuhkan jawatankuasa khas pembukuan al-Quran yang diketuai oleh Zaid bin Tsabit.
    • Menggunakan lahjah Arab Quraisy yang dikenali sebagai Mashaf Uthmani.
    • Bertujuan memelihara kesucian al-Quran.
  • Berfikiran terbuka 
    • Melonggarkan syarat penggunaan harta Baitul Mal.
    • Beliau juga telah membenarkan sahabat keluar dari Kota Madinah.
  • Prihatin
    • Menyumbangkan harta dan kekayaan untuk pertahanan negara.
    • Beliau juga membesarkan Masjid Nabawi untuk keperluan dan keselesaan umat Islam.
  • Inovatif
    • Menubuhkan Angkatan Tentera Laut Islam sehingga berjaya meluaskan empayar Islam khususnya di Syam dan Mesir.
 
Imej ini menunjukkan carta dengan nama ‘Ali Bin Abi Thalib’ di tengah. Terdapat empat bulatan di sekelilingnya yang disambungkan dengan anak panah. Setiap bulatan mengandungi satu perkataan: ‘Tegas’, ‘Berilmu’, ‘Berpandangan jauh’, dan ‘Berani’. Logo ‘Pandai’ terletak di bawah carta.
 
Pencapaian Pemerintahan Khulafa Ar-Rasyidin
Agama
  • Khalifah Abu Bakar As-Siddiq:
    • Berjaya memerangi golongan murtad, nabi palsu dan golongan yang enggan membayar zakat.
  • Khalifah Umar Bin Al-Khatab:
    • Menyebarkan dakwah Islam sehingga tersebar di wilayah Mesir, Parsi dan Rom.
Politik
  • Khalifah Abu Bakar As-Siddiq:
    • Pembukaan wilayah baharu Islam di sebahagian wilayah Iraq dan Syam.
  • Khalifah Umar Bin Al-Khatab:
    • Menubuhkan Majlis Syura, jabatan tentera, jabatan polis, jabatan percukaian dan jabatan perbendaharaan negara.
  • Khalifah Uthman Bin Affan:
    • Berjaya mematahkan pemberontakan dan penaklukan serta meluaskan kuasa wilayah Islam hingga ke Rom, Mesir dan Afrika Utara serta menawan pulau Cyprus.
Ekonomi
  • Khalifah Umar Bin Al-Khatab:
    • Memperkenalkan pelbagai cukai baharu seperti cukai jizyah dan kharaj. 
    • Memajukan sistem pengairan dan saliran melalui pembinaan terusan Amirul Mukminin di Mesir dan empangan Abu Musa di Basrah.
    • Mengemas kini institusi Baitul Mal dan meneroka tanah baharu untuk memperbanyak hasil pertanian.
  • Khalifah Ali Bin Abi Thalib:
    • Meneruskan kutipan jizyah yang dikenakan terhadap golongan zimmi.
Sosial
  • Khalifah Umar Bin Al-Khatab:
    • Mengasaskan takwim Islam sebagai asas permulaan pengiraan tahun hijrah.
    • Memperkenal undang-undang pentadbiran tanah untuk menghormati hak sosial dan menjaga kebajikan rakyat.
    • Membina kemudahan awam seperti tali air untuk kemudahan pertanian.
Ketenteraan
  • Khalifah Umar Bin Al-Khatab:
    • Meneruskan pembebasan negeri di wilayah Iraq.
    • Membuka Baitul Maqdis, Palestin dan Mesir.
  • Khalifah Uthman Bin Affan:
    • Menubuhkan angkatan tentera laut Islam yang pertama bagi tujuan keselamatan dan peluasan kuasa.
Pendidikan
  • Khalifah Abu Bakar As-Siddiq:
    • Mengumpul dan menulis semula naskhah al-Quran susulan 70 orang penghafaz Al-Quran syahid dalam peperangan Yamamah.
  • Khalifah Umar Bin Al-Khatab:
    • Menubuhkan sekolah, iaitu Al-Kitab yang dikhususkan untuk kanak-kanak.
  • Khalifah Uthman Bin Affan:
    • Menyelaraskan bacaan (Qiraat) dan penuls mashaf al-Quran yang menggunakan bahasa Quraisy dengan nama mashaf Uthmani.
 
Iktibar Pemerintahan Khulafa' Ar-Rasyidin
  • Kita hendaklah mencontohi kepimpinan khalifah dengan mengutamakan kesejahteraan agama, rakyat dan negara.
  • Kita hendaklah menggiatkan usaha dakwah agar kebenaran Islam dapat disebarkan.
  • Kita hendaklah menyumbang kepakaran untuk pembangunan dan kemajuan negara.
  • Kita hendaklah mengukuhkan perpaduan umat Islam dengan memelihara hak antara satu sama lain.
  • Kita hendaklah menyokong kegiatan ekonomi umat Islam supaya umat Islam dihormati.