20: Sirah dan Tamadun Islam

20  Kerajaan Abasiyyah
Sejarah kerajaan Abasiyyah
Asal penubuhan Bersempena nama bapa saudara rasulullah iaitu Al-Abbas Bin Abdul Mutalib
Pengasas Abu Al-Abbas Abdullah Bin Muhammad Bin Ali As-Saffah
Tempoh memerintah Selama 524 tahun, iaitu bermula dari tahun 132 hijrah hingga tahun 656 hijrah
Keluasan kerajaan Meliputi sebahagian besar benua Afrika, Asia dan Eropah
Bilangan khalifah 37 orang khalifah
Khalifah yang terkenal

1. Abu Al-Abbas Abdullah Bin Muhammad Bin Ali As-Saffah

2. Abi Jaafar Abdullah Muhammad Bin Ali Al-Mansur

3. Harun Ar-Rasyid Bin Muhammad Al-Mahadi Bin Al-Mansur Al-Abasi

4. Al-Ma'mun Bin Harun Ar-Rasyid Bin Muhammad Al-Mahadi

Khalifah terawal  Abu Al-Abbas Abdullah Bin Muhammad Bin Ali As-Saffah
Khalifah terakhir Abu Ismail Muhammad Al-Musta'sim Bin Harun Ar-Rasyid
Pusat pemerintahan Baghdad, Iraq
 
Khalifah kerajaan Abasiyyah yang terkenal
  • Abu Al-Abbas Abdullah Bin Muhammad Bin Ali As-Saffah
  1. Mengasaskan kerajaan Abasiyyah
  2. Mengembalikan keamanan dengan mematahkan serangan luar dari Parsi dan Byzantin
  3. Menstabilkan keamanan dalam negara dengan mematahkan pemberontakan oleh golongan syiah dan khawarij
  • Abu Jaafar Abdullah Bin Muhammad Bin Ali Al-Mansur
  1. Memindahkan pusat pentadbiran dari Damsyik ke Baghdad
  2. Menaik taraf sistem cukai
  3. Membina sistem pengairan dan saliran
  4. Membina masjid As-Syarqiyyah sebagai pusat aktiviti dakwah
  5. Membina hospital di Baghdad
  6. Memperkukuh kekuasaan terhadap wilayah Byzantin
  • Harun Ar-Rasyid Bin Muhammad Al-Mahadi Bin Al-Mansur Al-Abasi
  1. Memperkemaskan sistem percukaian Islam berpandukan kitab Al-Kharaj
  2. Mewujudkan jawatan ketua hakim negara (قَاضِي القُضَاة)
  3. Membina Baitulhikmah
  4. Menjadikan Baghdad sebagai pusat tumpuan perdagangan, keiluan dan kebudayaan
  5. Membina kemudahan awam seperti farmasi dan pusat pengajian
  6. Menubuhkan majlis Al-Munazarah sebagai pusat penyelidikan ilmu agama
  • Abu Jaafar Abdullah Al-Ma'Mun Bin Harun Ar-Rasyid
  1. Mempergiat usaha penterjemahan karya daripada bahasa asing seperti Yunani dan Rom ke dalam bahasa arab
  2. Menjadikan Baitulhikmah sebagai pusat penterjemahan negara
  3. Membina balai cerap sebagai pusat penyelidikan ilmu
  4. Menyediakan biasiswa kepada pelajar-pelajar cemerlang
 
Faktor kegemilangan kerajaan Abasiyyah
Agama 
  • Galakan khalifah yang memberikan peruntukan khas melalui Baitulmal untuk para ulama' menjalankan aktiviti dakwah
  • Semangat jihad yang tinggi dalam menguasai pelbagai bidang ilmu seperti ilmu bahasa, sains, kejuruteraan dan perubatan berjaya memartabatkan tamadun Islam
  • Peranan institusi pendidikan seperti masjid dan istana khalifah sebagai pusat pengajian ilmu Islam dan penyebaran dakwah
Politik
  • Kebijaksanaan khalifah Abu Jaafar Al-Mansur menjadikan Baghdad sebagai pusat pentadbiran negara
  • Pemberontakan dan perbalahan daripada golongan syiah di Baghdad dan golongan utara dan selatan Syria berjaya dihapuskan
  • Kestabilan poitik kerajaan Abasiyyah mendorong khalifah memajukan negara
Ekonomi
  • Kedudukan Baghdad di tengah-tengah laluan perdagangan dari timur dan barat menjadikannya sebagai pusat tumpuan aktiviti perdagangan
  • Sektor pertanian, perindustrian dan perdagangan berjaya mendominasi pasaran antarabangsa kerana berupaya memenuhi permintaan pasaran semasa
  • Inisiatif khalifah membina empangan, pusat-pusat perniagaan dan rumah api sebagai persaraan pertanian dan perdagangan
  • Sumber dan pengurusan Baitulmal yang sistematik menyebabkan kerajaan dapat menyediakan prasarana dan peluang pekerjaan untuk rakyat
Sosial
  • Layanan yang adil daripada khalifah dengan menghapuskan penindasan dan perhambaan
  • Kebebasan mengamalkan agama mewujudkan suasana harmoni dalam kalangan masyarakat
  • Orang bukan Islam khusunya orang Parsi diberikan peluang memegang jawatan pentadbiran utama dalam pentadbiran negara seperti jawatan Perdana Menteri
Ketenteraan 
  • Strategi peperangan yang mantap seperti strategi Al-Karadis telah berjaya mengalahkan serangan musuh
  • Inovasi peralatan peperangan yang moden dan canggih ketika itu seperti Manjanik, Dabbabah dan Barud
  • Keprihatinan pemimpin menjaga kebajikan tentera diutamakan melalui pemberian gaji dan bonus
  • Dasar keterbukaan keanggotaan tentera kepada orang bukan arab seperti Parsi dan Turki berjaya mengukuhkan kekuatan pasukan
Pendidikan
  • Aktiviti penterjemahan bahasa asing ke dalam bahasa arab menggalakkan penguasaan dan kemahiran pelbagai disiplin ilmu
  • Perkembangan pelbagai bidang ilmu berjaya melahirkan ramai sarjana dan ilmuan Islam seperti Ibnu Sina, Jabir Al-Hayyan dan Al-Idrisi
  • Galakan khalifah seperti Al-Ma'mun dengan memberi biasiswa kepada pelajar-pelajar cemerlang
  • Kemudahan institusi pendidikan seperti masjid, istana khalifah, perpustakaan dan pusat pengajian yang berperanan sebagai pusat perkembangan ilmu
 
Faktor kemerosotan kerajaan Abasiyyah
Politik
  • Campur tangan pegawai Parsi dan Turki dalam pemerintahan
  • Perebutan kuasa antara khalifah seperti Al-Muntasir dan Al-Mu'tazir menyebabkan institusi khalifah menjadi semakin lemah
  • Perpecahan beberapa wilayah sehingga memberi peluang kepada pembentukan kerajaan kecil seperti Saljuk dan Buwaih
Sosial
  • Kebajikan rakyat terabai akibat kelemahan pentadbiran khalifah
  • Pemberontakan dalam kalangan  puak syiah dan khawarij sehingga mengganggu ketenteraman awam
Ekonomi
  • Rusuhan dan pemberontakan sering berlaku menyebabkan pedagang luar tidak datang ke Baghdad. Hal ini menyebabkan dana Baitulmal merosot
  • Sektor pertanian merosot kerana sistem pengairan tidak dapat dibaiki ekoran masalah kewangan
Ketenteraan
  • Pertahanan ketenteraan yang  lemah memudahkan serangan daripada pihak musuh seperti Georgia dan Armenia
  • Serangan daripada Monggol (Hulagu Khan) telah meruntuhkan kekuatan kerajaan Abasiyyah
 
Iktibar daripada pemerintahan kerajaan Abasiyyah
  1. Kita hendaklah memanfaatkan sumber yang ada dengan bijak agar mampu bersaing di peringkat global
  2. Kita hendaklah memiliki perasaan cinta akan negara dengan meningkatkan amalan patriotisme dalam diri
  3. Kita hendaklah mengeratkan perpaduan antara kaum agar keharmonian terpelihara