19: Kerajaan Umayyah

 
19  Kerajaan Umayyah
Sejarah Kerajaan Umayyah
Asal Penubuhan Bersempena nama Umayyah Bin Abdul Syams BIn Abdul Manaf, iaitu salah seorang daripada pemimpin keturunan Quraisy
Pengasasan Muawiyah Bin Abi Sufian
Tempoh Memerintah Tahun 41 hijrah hingga 132 hijrah
Keluasan Kerajaan Meliputi sebahagian besar benua Afrika, Asia dan Eropah
Bilangan Khalifah 14 orang khalifah
Khalifah yang terkenal

1. Muawiyah Bin Abi Sufian

2. Abdul Malik Bin Marwan

3. Al-Walid Bin Abdul Malik

4. Umar Bin Abdul Aziz

Khalifah Pertama Muawiyah Bin Abi Sufian
Khalifah Terakhir Marwan Bin Muhammad
Pusat Pemerintahan Damsyik, Syria
 
Khalifah kerajaan Umayyah yang terkenal
  • Muawiyah Bin Abi Sufian (Khalifah Pertama) 19 tahun 3 bulan (41H-60H)
  1. Menjadikan Damsyik sebagai pusat pemerintahan Islam yang terkenal
  2. Mewujudkan perkhidmatan pos berkuda (Diwan al-Barid)
  3. Memperkenalkan cap mohor rasmi kerajaan Umayyah (Diwan al-Khatim)
  4. Menubuhkan jabatan setiausaha (Diwan ar-Rasail), jabatan cukai dan jabatan urusan awam
  5. Memperkasakan armada laut
  • Abdul Malik Bin Marwan (Khalifah Kelima) 21 tahun (65H-86H)
  1. Menetapkan bahasa arab sebagai bahasa rasmi dalam urusan pentadbiran negara
  2. Mencetak mata wang dinar Islam pertama bertulisan arab dan berteks Al-Quran
  3. Menaik taraf Diwanul Jundi untuk mengurus pertahanan negara
  4. Mengarahkan pembinaan قُبْهُ الصَّخْرَة di baitul maqdis
  • Al-Walid Bin Abdul Malik (Khalifah Keenam) 9 tahun 7 bulan (86H-96H)
  1. Pembukaan wilayah baharu Islam seperti Andalus dan India 
  2. Memperbanyak dan mencantikkan seni bina masjid Nabawi
  3. Membina banyak masjid baharu seperti masjid Umawi di Damsyik yang bercirikan seni bina Islam
  4. Memberikan perhatian kepada rakyat yang berkeperluan khas seperti golongan warga emas dan orang buta dengan menubuhkan jabatan khas
  5. Menggalakkan pembinaan bangunan baharu bercirikan seni bina Islam
  6. Memperbanyak jalan raya menuju ke negeri Hijaz bagi memudahkan perjalanan jemaah haji ke Baitullah Al-Haram
  • Umar Bin Abdul Aziz (Khalifah Kelapan) 2 tahun 5 bulan (99H-101H)
  1. Mengecualikan bayaran cukai jizyah terhadap kafir zimmi sehingga ramai yang memeluk Islam
  2. Mengeluarkan arahan rasmi kepada Ibnu Syihab Az-zuhri untuk membukukan hadis rasulullah SAW
  3. Membina rumah (transit) untuk para pedagang
  4. Menaik taraf infrastruktur untuk kemudahan rakyat seperti hospital, jambatan, perigi, jalan raya dan sistem pengangkutan awam
  5. Mengasaskan dewan penasihat yang dianggotai oleh para ulama' untuk memberikan nasihat kepasa khlaifah
 
Faktor kegemilangan kerajaan Umayyah
Agama
  • Khalifah Umar Bin Abdul Aziz telah menyemarakkan aktiviti keilmuan sperti penghayatan Al-Quran dan pembukuan hadis
  • Khalifah Al-Walid Bin Abdul Malik telah menaik taraf dan membina institusi masjid seperti masjid nabawi untuk merancakkan aktiviti keamanan
Politik
  • Pemilihan Damsyik yang strategik sebagai pusat pemerintahan oleh khalifah Muawiyah Bin Abi Sufian telah berjaya mengukuhkan pentadbiran negara
  • Pelantikan gabenor yang berwibawa berjaya menghapuskan pemberontakan oleh puak khawarij dan syi'ah
  • Berjaya meluaskan wilayah Islam di Rom, Cina, India, Afrika Utara dan Eropah
Ekonomi
  • Pengurusan baitul Mal yang cekap sehingga hasil pendapatan negara melebihi keperluan contohnya pada zaman khalifah Al-Walid Bin Abdul Malik
  • Kerajaan berjaya memanfaatkan hasil daripada pertanian dan perdagangan untuk membangunkan negara
Sosial
  • Penjagaan kebajikan rakyat menerusi bantuan kepada golongan yang memerlukan dan penyediaan kemudahan asas seperti masjid, jalan raya dan hospital
  • Hubungan erat antara pemimpin dan rakyat mewujudkan suasana perpaduan dan harmoni dalam masyarakat
Ketenteraan
  • Pasukan angkatan tentera yang berdisiplin dan bersemangat jihad dalam mempertahankan agama dan negara
  • Kemudahan pangkalan tentera dan kapal perang yang dilengkapi dengan peralatan perang yang canggih
  • Adaptasi strategi peperangan dangan meniru corak gerakan daripada Parsi dalam ketenteraan
Pendidikan
  • Menjadikan masjid dan istana sebagai pusat perkembangan ilmu pengetahuan
  • Galakan daripada khalifah Abdul Malik Bin Marwan dan Umar Bin Abdul Aziz agar rakyat menguasai pelbagai ilmu naqli seperti Al-Quran, tafsir, hadis dan nahu
 
Faktor kemerosotan kerajaan Umayyah
Politik
  • Sistem lantikan khalifah secara monarki menimbulkan perebutan kuasa dan persaingan dalam kalangan anggota keluarga
  • Pemberontakan oleh puak syi'ah dan khawarij serta golongan yang tidak berpuas hati dengan penubuhan kerajaan Umayyah
Sosial
  • Sikap taasub antara kabilah Arab Utara dan Selatan sehingga mencetuskan perpecahan dan gerakan sulit untuk menumbangkan kerajaan
  • Sikap diskriminasi sebahagian khalifah terhadap golongan mawali seperti bangsa Parsi dan Barbar dalam pemilihan jawatan gabenor
Akhlak
  • Khalifah mengamalkan cara hidup mewah dan boros dalam perbelanjaan hingga menimbulkan rasa tidak puas hati rakyat
  • Keruntuhan moral dalam kalangan khalifah kerana cenderung kepada hiburan dan kekejaman
 
Iktibar daripada pemerintahan kerajaan Umayyah
  1. Kita hendaklah mencontohi sifat-sifat mulia yang ada pada khalifah Islam 
  2. Kita hendaklah menjaga kebajikan sesama rakan agar mengeratkan kasih sayang
  3. Kita hendaklah menjaga hubungan baik antara pemimpin dengan rakyat agar hidup harmoni