Download App
Google Android
Apple iOS
Huawei
English
English
Malay
Guest
Login
Register
Home
Quiz
Battle
Practice
Class
Classes List
Timetable
Assignments
Learn
Learning Hub
Quick Notes
Videos
Experiments
Textbooks
Login
Register
Download App
Google Android
Apple iOS
Huawei
EN
MS
Learn
Quick Notes
List
Menerangkan ciri kepimpinan Khulafa Ar Rasyidin
19: Kerajaan Umayyah
19
Kerajaan Umayyah
Sejarah Kerajaan Umayyah
Asal Penubuhan
Bersempena nama Umayyah Bin Abdul Syams BIn Abdul Manaf, iaitu salah seorang daripada pemimpin keturunan Quraisy.
Pengasas
Muawiyah Bin Abi Sufian.
Tempoh Memerintah
Tahun 41 Hijrah hingga 132 Hijrah.
Keluasan Kerajaan
Meliputi sebahagian besar benua Afrika, Asia dan Eropah.
Bilangan Khalifah
14 orang khalifah.
Khalifah yang Terkenal
Muawiyah Bin Abi Sufian
Abdul Malik Bin Marwan
Al-Walid Bin Abdul Malik
Umar Bin Abdul Aziz
Khalifah Terawal
Muawiyah Bin Abi Sufian.
Khalifah Terakhir
Marwan Bin Muhammad.
Pusat Pemerintahan
Damsyik, Syria.
Khalifah Kerajaan Umayyah yang Terkenal
Muawiyah Bin Abi Sufian (Khalifah Pertama), 19 tahun 3 bulan (41H-60H)
Menjadikan Damsyik dan Mesir sebagai pusat pemerintahan Islam yang terkenal.
Mewujudkan perkhidmatan pos berkuda (Diwan al-Barid).
Memperkenalkan cap mohor rasmi kerajaan Umayyah (Diwan al-Khatim).
Menubuhkan jabatan setiausaha (Diwan ar-Rasail), jabatan cukai dan jabatan urusan awam.
Memperkasakan armada laut.
Abdul Malik Bin Marwan (Khalifah Kelima), 21 tahun (65H-86H)
Menetapkan bahasa Arab sebagai bahasa rasmi dalam urusan pentadbiran negara.
Mencetak mata wang dinar Islam pertama bertulisan Arab dan berteks al-Quran.
Menaik taraf perkhidmatan pos dan sistem pengangkutan awam.
Menaik taraf Diwanul Jundi untuk mengurus pertahanan negara.
Mengarahkan pembinaan قُبْهُ الصَّخْرَة (Qubbatus Sakhrah) di Baitul Maqdis.
Al-Walid Bin Abdul Malik (Khalifah Keenam), 9 tahun 7 bulan (86H-96H)
Pembukaan wilayah baharu Islam seperti Andalus dan India.
Memperbanyak dan mencantikkan seni bina Masjid Nabawi.
Membina banyak masjid baharu seperti Masjid Umawi di Damsyik yang bercirikan seni bina Islam.
Memberikan perhatian kepada rakyat yang berkeperluan khas seperti golongan warga emas dan orang buta dengan menubuhkan jabatan khas.
Menggalakkan pembinaan bangunan baharu bercirikan seni bina Islam.
Memperbanyak jalan raya menuju ke negeri Hijaz bagi memudahkan perjalanan jemaah haji ke Baitullah Al-Haram.
Umar Bin Abdul Aziz (Khalifah Kelapan), 2 tahun 5 bulan (99H-101H)
Mengecualikan bayaran cukai jizyah terhadap kafir zimmi sehingga ramai yang memeluk Islam.
Mengeluarkan arahan rasmi kepada Ibnu Syihab Az-Zuhri untuk membukukan hadis Rasulullah SAW.
Membina rumah (transit) untuk para pedagang.
Menaik taraf infrastruktur untuk kemudahan rakyat seperti hospital, jambatan, perigi, jalan raya dan sistem pengangkutan awam.
Mengasaskan dewan penasihat yang dianggotai oleh para ulama' untuk memberikan nasihat kepada khalifah.
Faktor Kegemilangan Kerajaan Umayyah
Agama
Khalifah Umar Bin Abdul Aziz telah menyemarakkan aktiviti keilmuan seperti penghayatan Al-Quran dan pembukuan hadis.
Khalifah Al-Walid Bin Abdul Malik telah menaik taraf dan membina institusi masjid seperti Masjid Nabawi untuk merancakkan aktiviti keamanan.
Politik
Pemilihan Damsyik yang strategik sebagai pusat pemerintahan oleh Khalifah Muawiyah Bin Abi Sufian telah berjaya mengukuhkan pentadbiran negara.
Pelantikan gabenor yang berwibawa berjaya menghapuskan pemberontakan oleh puak Khawarij dan Syi'ah.
Berjaya meluaskan wilayah Islam di Rom, Cina, India, Afrika Utara dan Eropah.
Ekonomi
Pengurusan Baitul Mal yang cekap sehingga hasil pendapatan negara melebihi keperluan contohnya pada zaman Khalifah Al-Walid Bin Abdul Malik.
Kerajaan berjaya memanfaatkan hasil daripada pertanian dan perdagangan untuk membangunkan negara.
Sosial
Penjagaan kebajikan rakyat menerusi bantuan kepada golongan yang memerlukan dan penyediaan kemudahan asas seperti masjid, jalan raya dan hospital.
Hubungan erat antara pemimpin dan rakyat mewujudkan suasana perpaduan dan harmoni dalam masyarakat.
Ketenteraan
Pasukan angkatan tentera yang berdisiplin dan bersemangat jihad dalam mempertahankan agama dan negara.
Kemudahan pangkalan tentera dan kapal perang yang dilengkapi dengan peralatan perang yang canggih.
Adaptasi strategi peperangan dangan meniru corak gerakan daripada Parsi dalam ketenteraan.
Pendidikan
Menjadikan masjid dan istana sebagai pusat perkembangan ilmu pengetahuan.
Galakan daripada Khalifah Abdul Malik Bin Marwan dan Umar Bin Abdul Aziz agar rakyat menguasai pelbagai ilmu naqli seperti al-Quran, tafsir, hadis dan nahu.
Faktor Kemerosotan Kerajaan Umayyah
Politik
Sistem lantikan khalifah secara monarki menimbulkan perebutan kuasa dan persaingan dalam kalangan anggota keluarga.
Pemberontakan oleh puak Syi'ah dan Khawarij serta golongan yang tidak berpuas hati dengan penubuhan Kerajaan Umayyah.
Sosial
Sikap taasub antara kabilah Arab Utara dan Selatan sehingga mencetuskan perpecahan dan gerakan sulit untuk menumbangkan kerajaan.
Sikap diskriminasi sebahagian khalifah terhadap golongan Mawali seperti bangsa Parsi dan Barbar dalam pemilihan jawatan gabenor.
Akhlak
Khalifah mengamalkan cara hidup mewah dan boros dalam perbelanjaan hingga menimbulkan rasa tidak puas hati rakyat.
Keruntuhan moral dalam kalangan khalifah kerana cenderung kepada hiburan dan kekejaman.
Iktibar daripada Pemerintahan Kerajaan Umayyah
Kita hendaklah mencontohi sifat-sifat mulia yang ada pada khalifah Islam.
Kita hendaklah menjaga kebajikan sesama rakan agar mengeratkan kasih sayang.
Kita hendaklah menjaga hubungan baik antara pemimpin dengan rakyat agar hidup harmoni.
Kita hendaklah memartabatkan ajaran Al-Quran dan As-Sunnah dalam urusan kepimpinan agar syariat Islam dapat ditegakkan.
Kita hendaklah memiliki semangat jihad yang tinggi dalam memartabatkan kedaulatan negara.
Kita hendaklah berusaha meningkatkan ilmu pengetahuan agar dapat memberi sumbangan kepada umat Islam.

Chapter : Sirah dan Tamadun Islam
Topic : Menerangkan ciri kepimpinan Khulafa Ar Rasyidin
Form 4
Pendidikan Islam
View all notes for Pendidikan Islam Form 4
Related notes
18: Kerajaan Khulafa Ar-Rasyidin
20: Sirah dan Tamadun Islam
21: Keunggulan Tokoh Empat Mazhab
1: Surah Al-An'am Ayat 162-163
2: Surah Al-Kahfi Ayat 101-110
3: Hukum Mad Silah, Mad Lazim dan Qalqalah
4: Larangan Rasuah
5: Memahami Sunnatullah
6: Larangan Mempersendakan Agama
7: Dakwah Pemacu Kemajuan
Report this note
Quiz Battle
Challenge your friend in timed Quiz battle
Learn more
Register for a free Pandai account now
Edit content
×
Loading...
Quiz
Videos
Notes
Account