18: Kerajaan Khulafa' Ar-Rasyidin

18  Kerajaan Khulafa' Ar-Rasyidin
Ciri kepemimpinan khulafa' Ar-Rasyidin
  • Abu Bakar As-Siddiq
  1. Tegas
  2. Berpandangan jauh
  3. Setia dengan arahan rasulullah SAW
  • Umar Bin Al-Khatab
  1. Tegas
  2. Befikiran terbuka
  3. Adil
  4. Cekap
  • Uthman Bin Affan
  1. Berpandangan jauh
  2. Berfikiran terbuka 
  3. Prihatin
  4. Inovatif
  • Ali Bin Abi Thalib
  1. Tegas 
  2. Berpandangan jauh
  3. Berilmu
  4. Berani
 
Pencapaian pemerintahan khulafa' Ar-Rasyidin
Agama

Khalfah Abu Bakar As-Siddiq:

Berjaya memerangi golongan murtad, nabi palsu dan golongan yang enggan membayar zakat

Khalifah Umar Bin Al-Khatab:

Menyebarkan dakwah Islam sehingga tersebar di wilayah Mesir, Parsi dan Rom

Politik

Khalifah Abu Bakar As-Siddiq:

Pembukaan wilayah baharu Islam di sebahagian wilayah Iraq dan Syam

Khalifah Umar Bin Al-Khatab:

Menubuhkan majlis Syura, jabatan tentera, jabatan polis, jabatan percukaian dan jabatan perbendeharaan negara

Khalifah Uthman Bin Affan:

Berjaya mematahkan pemberontakan dan penaklukan serta meluaskan kuasa wilayah Islam hingga ke Rom, Mesir dan Afrika Utara serta menawan pulau Cyprus

Ekonomi

Khalifah Umar Bin Al-Khatab:

Memperkenalkan pelbagai cukai baharu seperti cukai jizyah dan khazraj 

Memajukan sistem pengairan dan saliran melalui pembinaan terusan amirul mukminin di Mesir dan empangan Abu Musa di Basrah

Mengemas kini institusi Baitul Mal dan meneroka tanah baharu untuk memperbanyak hasil pertanian

Khalifah Ali Bin Abi Thalib:

Meneruskan kutipan jizyah yang dikenakan terhadap golongan zimmi

Sosial 

Khalifah Umar Bin Al-Khatab:

Mengasaskan takwim Islam sebagai asas permulaan pengiraan tahun hijrah

Memperkenal undang-undang pentadbiran tanah untuk menghormati hak sosial dan menjaga kebajikan rakyat

Membina kemudahan awam seperti tali air untuk kemudahan pertanian

Ketenteraan

Khalifah Umar Bin Al-Khatab:

Meneruskan pembebasan negeri di wilayah Iraq

Membuka Baitul Maqdis, Palestin dan Mesir

Khalifah Uthman Bin Affan:

Menubuhkan angkatan tentera laut Islam yang pertama bagi tujuan keselamatan dan peluasan kuasa

Pendidikan

Khalifah Abu Bakar As-Siddiq:

Mengumpul dan menulis semula naskhah Al-Quran susulan 70 orang penghafaz Al-Quran syahid dalam peperangan Yamamah

Khalifah Umar Bin Al-Khatab:

Menubuhkan sekolah, iaitu Al-Kitab yang dikhususkan untuk kanak-kanak

Khalifah Uthman Bin Affan:

Menyelaraskan bacaan (Qiraat) dan penuls mashaf Al-Quran yang menggunakan bahasa Quraisy dengan nama mashaf Uthmani 

 
Iktibar Pemerintahan Khulafa' Ar-Rasyidin
  1. Kita hendaklah mencontohi kepimpinan khalifah dengan mengutamakan kesejahteraan agama, rakyat dan negara
  2. Kita hendaklah menggiatkan usaha dakwah agar kebenaran Islam dapat disebarkan
  3. Kita hendaklah menyumbang kepakaran untuk pembangunan dan kemajuan negara