|
|
5.1
|
Terbitnya Fajar Dakwah
|
|
|
Dakwah secara sulit:
- Pada peringkat ini, baginda menyeru individu daripada keluarga terdekat dan sahabat yang rapat.
- Antara orang yang awal memeluk Islam termasuklah Khadijah binti Khuwailid, Ali bin Abu Talib dan Zaid bin Harithah (pembantu baginda).
- Hal ini, diikuti pengislaman Abu Bakar iatu sahabat baik baginda. Abu Bakar pula berjaya berdakwah kepada orang yang berpengaruh dalam masyarakat seperti Usman bin Affan dan Abdul Rahman bin Auf.
- Dakwah secara sulit ini mengambil masa hampir tiga tahun.
- Dalam tempoh tersebut, umat islam berjumpa dan solat secara bersembunyi di lorong atau di lembah yang jauh daripada pengetahuan umum.
- Pusat penyebaran Islam pada masa ini ialah rumah Al-Arqam bin Abi Al-Arqam.
|
|
Dakwah secara terang-terangan:
- Kepada kaum kerabat
- Kepada masyarakat umum
|
|
Strategi dakwah
|
Ucapan awam |
Baginda naik ke Bukit Safa dan mengajak masyarakat Mekah beriman kepada Allah SWT dan meyakini hari kiamat. |
Mencari sokongan |
Rasulullah SAW bertemu dengan kabilah-kabilah yang datang ke Mekah pada setiap musim Haji. Pertemuan dibuat pada waktu malam untuk mengelak gangguan kafir Quraisy. |
Mencari tempat selamat |
Rasulullah SAW memerintahkan sebahagian umat Islam agar berhijrah ke Habsyah. Habsyah negara yang aman dan mempunyai raja yang baik. |
Mengadakan jamuan |
Rasulullah SAW menjemput seluruh keluarga Bani Mutalib ke jamuan makan dan kemudian menyampaikan ajaran Islam kepada mereka. |
|
|
|
Hikmah strategi dakwah
|
Secara sulit |
- Memantapkan akidah umat Islam yang masih baru dengan ajaran Islam.
- Memastikan ajaran Islam dapat diterima tanpa gangguan.
- Untuk kemaslahatan dan menyelamatkan nyawa umat Islam yang menjadi pengikut dakwah.
|
Secara terang-terangan |
- Menyuntik semangat berdakwah dalam diri umat Islam.
- Menimbulkan rasa tanggungjawab umat Islam untuk menegakkan syiar Islam.
- Kemaslahatan untuk menyelamatkan nyawa umat Islam yang menjadi pengikut dakwah.
|
|
|
|
Faktor penentangan kaum Musyrikin
|
Agama |
Mereka berpegang kuat dengan kepercayaan nenek moyang mereka, iatu percaya kepada tuhan yang berbilang. Mereka menolak keesaan Allah SWT dan menafikan hari kebangkitan. |
Sosial |
Mereka bepegang kuat dengan semangat perkauman dan mengamalkan perhambaan. Oleh itu, mereka menolak persamaan taraf dan keadilan masyarakat yang dibawa oleh Islam. |
Politik |
Golongan bangsawan dan kaya tidak mahu kehilangan kuasa. Merka melihat islam sebagai ancaman yang membahayakan kepimpinan mereka. |
Ekonomi |
Golongan pnegukir dan peniaga berhala merasakan ekonomi mereka terancam. Hal ini kerana Islam melarang penyembahan berhala. |
|
|
|
Bentuk penentangan yang dihadapi Rasulullah SAW
|
Bertemu Abu Talib |
Kaum Musyrikin cuba mempengaruhi Abu Talib, bapa saudara Rasulullah SAW agar menghalang usaha dakwah baginda. |
Memburuk-burukkan dakwah Islam |
Memesongkan perhatian masyarakat Mekah daripada dakwah beginda melalui syair serta memburuk-burukkan baginda dan umat Islam. |
Menyeksa umat Islam |
Menyakiti dan menyeksa Rasulullah SAW dan umat Islam Para hamba diseksa oleh majikan seperti Bilal bin Rabah dan Sumayyah. Para pemuda Islam pula ditentang oleh anggota keluarga mereka sendiri |
Tawaran |
Memeberi tawaran pangkat, harta dan wanita kepada Rasulullah SAW dengan syarat baginda menghentikan dakwah. |
Kompromi |
Meminta Rasululah SAW agar vertolak ansur mengamalkan ajaran Islam dan ajaran mereka secara bersilih ganti. |
Pemulauan |
Memulaukan nabi, keluarga Bani Hashim dan Bani Mutalib serta orang Isalm dengan memutuskan segala bentuk perhubungan dengan mereka. |
Bunuh |
Mengancam untuk membunuh nabi, sehingga turun wahyu untuk nabi berhijrah. |
|
|
|
Keadaan masyarakat Arab setelah menerima dakwah Rasulullah SAW
|
Akidah |
- Meninggalkan kepercayaan syirik kepada mentauhidkan Allah SWT dan mengakui Nabi Muhammad SAW sebagai pesuruh Allah SWT.
- Hanya Allah SWT yang disembah dan menjadi tempat mengharap sesuatu hajat.
|
Akhlak |
- Meninggalkan akhlak yang keji kepada berakhlak mulia dengan menjaga hubungan yang baik dan harmoni dengan Allah SWT dan makhluk-Nya.
- Menghapuskan semangat perkauman dan mewujudkan persaudaraan yang menjadikan umat Islam hidup saling menghormati dan berkasih sayang.
|
Syariat |
- Hidup belandaskan panduan daripada Al-Quran dan sunnah. Hukum yang diamalkan ini memelihara hak individu dan masyarakat.
|
|
|
|
Faktor kejayaan dakwah Rasulullah SAW
|
Keunggulan akhlak Rasululah SAW |
Rasululah SAW mempunyai akhlak yang tinggi dan terpuji sehingga mendapat gelaran Al-Amin, iatu yang jujur. Keperibadian yang unggul ini menjadikan masyarakat Arab tertarik kepada seruan baginda. |
Keadilan dan persamaan dalam Islam |
Ajaran Islam membawa keamanan dan kesejahteraan sebagai contoh keadilan dan persaudaraan dalam Islam dapat memelihara hak setiap individu |
Kebijaksanaan Rasulullah SAW |
Baginda sentiasa berfikiran positif dan yakin dengan kejayaan Islam. Baginda berdakwah secara teratur dan berstrategi.Kebijaksaan strategi Rasulullah SAW berjaya menjadikan Islam berkembang dengan sempurna. |
Semangat jihad yang tinggi |
Umat Islam mempunyai keyakinan dan semangat jihad yang tinggi. Mereka sangat yakin kepada Allah SWT dan hari akhirat menyebabkan mereka sanggup menghadapi pelbagai rintangan untuk mempertahankan akidah. |
|
|
|
Iktibar daripada dakwah Rasulullah SAW di Mekah:
- Umat Islam mestilah berdakwah kerana dakwah ialah sunnah Rasulllah SAW. Tugas ini perlu dilaksanakan secara bersungguh-sungguh agar Islam tersebar keseluruh alam.
- Umat islam mesti menunjukkan contoh tauladan yang baik kerana cara ini merupakan dakwah yang paling berkesan.
- Setiap umat Islam bertanggungjawab menyelamatkan anggota keluarga daripada kekufuran dan kemaksiatan. Oleh itu, dakwah mesti bermula daripada rumah sendiri sebelum kepada masyarakat.
- Berdakwah perlu dilakukan secara terancang dan berstrategi dan bukannya menharapkan perkara luar biasa berlaku supaya mendapat hasil lebih baik.
|
|
|