Solat Sunat Menampung Kefardhuan

 

4.6

Solat Sunat Menampung Kefarduan

 

Maksud solat sunat

Rawatib 

Solat sunat yang mengiringi solat fardu dan waktunya mengikut waktu solat fardu.

Tarawih

Solat sunat menghidupkan malam Ramadan.

Witir

Solat sunat yang dilaksanakan sebagai penutup bagi solat malam.

 

Solat Sunat Rawatib Muakkad (Dituntut):

  • 2 rakaat sebelum Subuh
  • 2 rakaat sebelum Zohor
  • 2 rakaat selepas Zohor
  • 2 rakaat selepas Maghrib
  • 2 rakaat selepas Isyak
 

Kaifiat menunaikan solat sunat rawatib

Bilangan rakaat

2 Rakaat dengan satu salam atau 4 rakaat dengan dua salam.

Waktu

Sebelum solat fardu (qabliyah) atau selepas solat fardu (ba'diyah).

Cara

Bersendirian.

Bacaan selepas

Al-Fatihah

Surah Al-Kafirun (rakaat pertama) dan Al-Ikhlas (rakaat kedua) dalam solat rawatib Subuh dan Isyak. Dalam solat lain tidak ditentukan surahnya.

 

Kaifiat menunaikan solat sunat tarawih

Bilangan rakaat

20 rakaat tetapi boleh dilaksanakan dengan 8 rakaat, mengikut kemampuan.

Waktu

Di antara solat Isyak dan Subuh sebelum solat Witir pada malam-malam Ramadan.

Cara

Bersendirian atau berjemaah (lebih afdal berjemaah).

Bacaan selepas Al-Fatihah

Tidak ditentukan surah.
 

Kaifiat menunaikan solat sunat witir

Bilangan rakaat

Dalam bilangan ganjil, iatu 3 rakaat (2 salam) hingga 11 rakaat (6 salam). Makruh dilaksanakan 1 rakaat.

Waktu

Setiap malam, selepas solat Isyak dan solat-solat sunat yang lain sebelum terbit fajar. Sunat dillakukan pada akhir malam.

Cara

Bersendirian atau berjemaah.

Bacaan selepas Al-Fatihah

Rakaat pertama: Surah Al-A'la
Rakaat kedua: Surah Al-Kafirun
Rakaat ketiga: Surah Al-Ikhlas, Al-Falaq, An-Nas

Qunut

Sunat membaca doa qunut ketika iktidal pada rakaat terakhir mulai malam ke-16 Ramadan.

 

Hikmah solat sunat ialah, umat Islam dapat:

  • Menyempurnakan ibadah kepada Allah SWT kerana solat Rawatib menampung kekurangan yang ada ketika melaksanakan solat fardu.
  • Membantu pembakaran tenaga yang terhasil daripada makanan yang dimakan ketika berbuka puasa kerana solat Tarawih menyamai aktiviti senaman sederhana.
  • Menambah kesihatan badan melalui peningkatan aktiviti untuk badan, peningkatan kadar metabolisma badan dan penurunan berat badan.
  • Menambah khusyuk ketika solat fardu kerana solat Rawatib mempersiapkan hati untuk melaksanakan solat fardu.