Rukhsah Anugerah daripada Allah S.W.T

4.4 Rukhsas Anugerah daripada Allah SWT
 
Maksud Rukhsah
Bahasa: Mudah dan ringan.
Istilah: Keringanan hukum yang disyariatkan oleh Allah SWT kepada seorang yang mukallaf kerana keuzuran tertentu.
 
Contoh Rukhsah
  • Ialah solat ketika sakit yang diberikan kepada pesakit yang tidak berkemampuan melaksanakan solat seperti biasa.
  • Apabila sakitnya sembuh, maka hukum asal solat kekal seperti biasa.
 
Hikmah Rukhsah
  • Melaksanakan tanggungjawab agama ketika berada dalam kesulitan.
  • Melaksanakan ibadah mengikut kemampuan masing-masing.
  • Merasai kasih sayang Allah SWT dan Islam sebagai agama yang mudah untuk dilaksanakan dan tidak membebankan.
  • Mempelajari kaedah membuat keputusan berdasarkan keutamaan seperti solat secara jamak, qasar dan solat ketika musafir.
 
Maksud Menyapu Balutan
  • Menyapu air ke atas balutan luka bagi menggantikan wuduk untuk membolehkan ibadah seperti solat dilaksanakan.
  • Perbuatan ini untuk mengelakkan kemudaratan sebelum luka sembuh.
 
Hukum Menyapu Balutan
Wajib ketika berwuduk dan mandi wajib sebagai ganti membasuh atau menyapu anggota wuduk yang sakit.
 
Dalil Menyapu Balutan
  • Menyapu bulatan dibenarkan oleh syarak bagi menjaga maslahah diri manusia ketika kesusahan.
  • Hal ini berdasarkan hadis yang menceritakan kisah seorang sahabat yang luka di kepala.
  • Dia mimpi bersetubuh, lalu mandi wajib.
  • Perbuatan tersebut menyebabkannya meninggal dunia.
  • Apabila mendengar kejadian ini, Rasulullah SAW bersabda sebagaimana yang diriwayatkan oleh Jabir R.A:
     
إِنَّمَا كَانَ يَكْفِيهِ أَنْ يَتَيَمَّمَ وَيَعْصِرَ أَوْ يَعْصِبَ عَلَى جُرْحِهِ خِرْقَةً، ثُمَّ يَمْسَحَ عَلَيْهَا وَيَغْسِلَ سَائِرَ جَسَدِهِ

Maksud: Sesungguhnya cukup baginya bertayammum dan membalut luka dengan perca kain. Kemudian, dia menyapu air atasnya (balutan) dan mandi ke seluruh badannya (mandi wajib). (Abu Daud)

Anggota Wudhu tidak Berbalut dan tidak Boleh Terkena Air
Sebahagian Kecil Anggota Wudhu tidak Boleh Terkena Air
  1. Berwudhu seperti biasa.
  2. Apabila sampai ke anggota wudhu yang luka, sapu air ke atas luka itu.
  3. Jika luka itu tidak boleh disapu dengan air, elakkanlah daripada menyapunya.
  4. Tunaikan solat dan solat tidak perlu diqada selepas sembuh.
Sebahagian Besar Anggota Wudhu tidak Boleh Terkena Air
  1. Jika sebahagian besar anggota wudhu seperti tangan, kepala dan kaki tidak boleh dikenakan air, pesakit perlu bertayammum dan menunaikan solat.
  2. Solat tidak perlu diqada selepas sembuh.
Seluruh Anggota Wudhu tidak Boleh Terkena Air
  1. Mengangkat hadas dengan tayammum.
  2. Jika pegawai perubatan mengesahkan bahawa pesakit tidak boleh bertayammum, maka solat hendaklah ditunaikan tanpa mengangkat hadas.
  3. Solat tidak perlu diqada selepas sembuh.
 
Anngota Wudhu Berbalut dan tidak Boleh Terkena Air
  • Berwudhu seperti biasa.
  • Apabila sampai ke anggota wudhu yang berbalut, sapu air ke atas balutan itu.
  • Jika balutan itu disapu dengan air, elakkan daripada menyapunya.
  • Tunaikan solat dan solat tidak perlu diqada' selepas sembuh.
 
Maksud Solat Jamak
Menghimpun dua solat fardu
 
Jamak Maksud Syarat
Jamak Takdim

Menunaikan kedua-dua solat fardu dalam waktu solat yang pertama. 

  1. Melakukan solat mengikut turutan.
  2. Niat jamak dalam waktu solat pertama. Tempohnya diri takbiratul ihram hingga sebelum selesai salam pertama.
  3. Bersegera melaksanakan solat kedua selepas solat pertama. Tidak boleh diselangi ibadah lain seperti zikir atau solat sunat.
  4. Berkekalan musafir hingga selesai salam solat pertama
Jamak Takhir

Menunaikan kedua-dua solat fardu dalam waktu solat yang kedua. 

  1. Niat jamak dalam waktu solat pertama.
  2. Masih bermusafir sehingga selesai solat ditunaikan.
 
Contoh Jamak Takdim

Contoh Jamak Takhir

  • Solat zohor dan asar dalam waktu zohor.
  • Solat maghrib dan isyak dalam waktu maghrib.
  • Solat zohor dan asar dalam waktu asar.
  • Solat mahgrib dan isyak dalam waktu isyak.
 
Maksud Solat Qasar
Memendekkan solat fardu empat rakaat kepada dua rakaat.
 
Syarat Perjalanan yang Diharuskan Solat Jamak dan Qasar
  • Mengetahui destinasi yang dituju.
  • Jarak perjalanan sehala melebihi 81 kilometer.
  • Bukan untuk tujuan maksiat.
 
Cara Menunaikan Solat Jamak dan Qasar
  • Wajib niat dalam hati dan sunat melafazkannya.
  • Contoh lafaz niat:
Solat Pertama Solat Kedua
أصَلِّي فَرْضَ الظَّهْرِ رَكْعَتَيْنِ قَصْرًا مَحْمُوعًا إِلَيْهِ الْعَصْرُ جَمْعَ تَقْدِيمِ (إِمَامًا / مَأْمُومًا) لِلَّهِ تَعَالَى. أصَلِّي فَرْضَ الْعَصْرِ رَكْعَتَيْنِ قَصْرًا مَحْمُوعًا إِلَى الظَّهْرِ جَمْعَ تَقْدِيمِ (إِمَامًا / مَأْمُومًا) لِلَّهِ تَعَالَى
 
  Waktu Turutan Bilangan Rakaat
Jamak Takdim

Dalam waktu pertama iaitu zohor atau maghrib.

Dahulukan solat yang waktunya terdahulu daripada solat yang waktunya terkemudian.

  • Dua rakaat:
    • Zohor, asar dan isyak.
  • Tiga rakaat:
    • Maghrib
Jamak Takhir

Dalam waktu kedua, iaitu asar atau isyak.

  • Boleh mendahulukan satu daripada dua solat.
  • Solat pertama boleh didahulukan kerana solat lebih dahulu dari sudut turutan waktu.
  • Solat kedua pula boleh didahulukan kerana solat tersebut adalah pemilik waktu.
 
Maksud Solat Ketika Sakit
  • Solat yang dilaksanakan oleh pesakit yang tidak dapat menyempurnakan sebahagian rukun solat dengan sempurna. 
  • Solat ketika sakit boleh dilaksanakan mengikut kemampuan persakit.
 
Cara Solat Ketika Sakit
  • Solat secara berdiri bagi orang yang tidak mampu rukuk atau sujud.
  • Solat secara duduk.
  • Solat secara mengiring.
  • Solat secara menelentang.
 
Cara Solat Ketika Sakit
Solat secara Berdiri bagi Orang yang tidak Mampu Rukuk atau Sujud
  • Takbiatul ihram,bacaan al-Fatihah,iktidal & salam disempurnakan seperti biasaii).
  • Rukuk
    • Disempurnakan jika mampu
    • Jika tidak mampu,dilaksanakan secara menundukkan badan sehingga dua tangan dapat mencapai kedua-dua lutut.
    • Jika tidak mampu menundukkan badan,boleh dilakukan dengan isyarat kepala.
    • Jika tidak mampu,boleh dilakukan dengan isyarat mata.
    • Jika tidak mampu juga,dilakukan dalam hati.
  • Sujud:
    •  Disempurnakan seperti biasa jika mampu.
    • Jika tidak mampu,hendaklah dilaksanakan dengan menundukkan badan melebihi kadar rukuk dan menghampirkandahi semampunya ke tempat sujud sama ada secara berdiri ataupun duduk.
    •  Jika tidak mampu,boleh dilakukan dengan isyarat kepala.

    •  Jika tidak mampu,boleh dilakukan di dalam hati.
  • Duduk di antara dua sujud
    • Dilaksanakan secara berdiri (bagi yang berdiri)atau duduk di antara dua sujud yang biasa (bagi yang duduk) ataududuk mengikut kemampuan seperti bersila.
  • Tahiyat akhir
    • Jika tidak mampu duduk,tahiyat akhir boleh dilakukan megikut kemampuan pesakit.
Solat secara Duduk
  • Solat secara duduk boleh dilaksanakan mengikut kemampuan,seperti yang berikut :
    • Duduk iftirasy,iaitu duduk di antara dua sujud.
    • Duduk di atas kerusi atau di tepi katil.
    • Duduk dengan kaki berlunjur ke arah kiblat.
    • Duduk bersila atau cara-cara lain mengikut kemampuan.
  • Cara menunaikan solat secara duduk adalah seperti berikut:
    • Mulakan solat dalam keadaan berdiri.Jika tidak mampu,pesakit boleh mula duduk mengikut kemampuan.ii)Takbiratul ihram,bacaan al-Fatihah,iktidal,duduk di antara dua sujud dan duduk tasyahud dilaksanakan dalamkeadaan badan tegak.iii)
    • Rukuk
      • Dilaksanakan dengan menundukkan badan sehingga kedudukan dahi setentang dengan tempat sujud.
      • Jika tidak mampu,sekurang-kurangnya kedudukan dahi melepasi paras lutut.
      • Jika tidak mampu,tundukkan badan sekadar kemampuan.iv)
    • Sujud
      • Dilaksanakan dengan sujd seperti biasa.jika mampu.
      • Jika tidak mampu,sekurang-kurangnya tundukan badan lebih rendah berbanding rukuk.
      • Jika tidak mampu,tundukkan sekadarnya.
    • Tahiyat akhir:
      • Sunat duduk tahiyat akhir secara turuk, iaitu seperti biasa.
      • Jika tidak mampu, duduklah mengikut kemampuan.
Solat Secara Mengiring
  • Pesakit mengiringkan badan di atas rusuk kanan.
    • Jika tidak mampu,boleh mengiring di atasrusuk kiri.
    • Muka dan dada dihadapkan ke arah kiblat.
  • Pesakit mengiring ketika bacaan al-Fatihah,iktidal,duduk di antara dua sujud dan duduk tasyahud.
  • Rukuk dilaksanakan dengan menundukkan sedikit kepala.
  • Sujud dilaksanakan dengan menundukkan kepala melebihi kadar rukuk.
    • Jika tidak mampu,tunduk sekaar kemampuan.
    • Jika tidak mampu menundukkan kepala,gunakan isyarat mata.
    • Jika tidak mampu,lakukan solat dalam hati.
Solat Secara Melentang
  • Pesakit melentang, kepala diangkat sedikit agar mukanya dapat menghadap kiblat. Kaki pesakit melunjur ke arah kiblat.
  • Solat dilakukan dengan isyarat kepala:
    • Rukuk dilakukan dengan menundukkan sedikit kepala.
    • Sujud dilakukan dengan menundukkan kepala melebihi kadar rukuk.
    • Jika tidak mampu, gunakan isyarat mata.
      • Rukuk dilakukan dengan menutup separuh kelopak mata.
      • Sujud dilakukan dengan memejamkan seluruh kelopak mata.
    • Jka tidak mampu, lakukan solat dalam hati.