Pembetulan Kesilapan

9.1

Pembetulan Kesilapan

 

Dua jenis kesilapan: kesilapan ketara dan kesilapan tidak ketara.

 
Kesilapan Ketara
  • Kesilapan yang jelas dan dapat dilihat daripada jumlah Imbangan Duga yang tidak seimbang.
  • Jumlah di bahagian debit tidak sama dengan jumlah di bahagian kredit.
  • Lima jenis kesilapan ketara:
    1. Kesilapan pengiraan semasa menyediakan Buku Catatan Pertama, lejar atau Imbangan Duga.
    2. Kesilapan pindahan sama ada daripada Buku Catatan Pertama ke dalam lejar dan daripada lejar ke dalam Imbangan Duga.
    3. Merekodkan amaun di bahagian yang sama iaitu di bahagian debit atau bahagian kredit sahaja.
    4. Merekodkan pada satu akaun sahaja.
    5. Merekodkan amaun yang tidak sama di bahagian debit dan di bahagian kredit.
 
Kesilapan Tidak Ketara
  • Berlaku tetapi tidak memberi kesan terhadap keseimbangan Imbangan Duga.
  • Enam jenis Kesilapan Tidak Ketara
    1. Kesilapan ketinggalan
      • Kesilapan ketinggalan satu urus niaga.
    2. Kesilapan komisen
      • Kesilapan merekodkan amaun yang betul dalam akaun yang salah di bawah pengelasan akaun yang sama.
    3. Kesilapan prinsip
      • Kesilapan merekodkan urus niaga dalam akaun yang salah di bawah pengelasan akaun berbeza.
    4. Kesilapan amaun
      • Kesilapan berlaku semasa merekodkan akaun dalam Buku Catatan Pertama dan lejar.
    5. Kesilapan terbalik atau songsang
      • Kesilapan catatan debit direkodkan di bahagian kredit manakala catatan kredit direkodkan di bahagian debit.
    6. Kesilapan saling mengimbangi
      • Kesilapan urus niaga yang berbeza dengan amaun yang sama di bahagian debit dan di bahagian kredit.
 
Setiap kesilapan yang dibetulkan direkodkan dalam Jurnal Am dan dipindahkan ke dalam lejar. Seterusnya, Imbangan Duga Terselaras akan disediakan.