Imbangan Duga

6.1

Imbangan Duga

 
  Imbangan Duga  
  Senarai baki debit dan baki kredit yang diambil daripada akaun-akaun lejar pada satu tarikh tertentu.  
     
 
  • Imbangan Duga disediakan untuk menyemak ketepatan Sistem Catatan Bergu.
  • Jika Imbangan Duga tidak seimbang atau terdapat perbezaan antara jumlah bahagian debit dan bahagian kredit maka kesilapan telah berlaku.
 

Fungsi Imbangan Duga

  • Menyemak ketetapan Catatan Bergu.
  • Menyemak ketetapan pengiraan dalam Buku Catatan Pertama dan lejar.
  • Menyemak ketepatan proses pemindahan daripada Buku Catatan Pertama ke dalam lejar.
  • Memudahkan penyediaan Penyata Kewangan.
 

Dua bentuk Imbangan Duga: Bentuk T dan Bentuk Lajur;

 

Kekangan dalam Imbangan Duga:

  • Imbangan Duga yang seimbang tidak menggambarkan ia bebas daripada kesilapan kerana sesetengah kesilapan tidak akan menjejaskan keseimbangan Imbangan Duga.
  • Kesilapan ini dipanggil kesilapan tidak ketara.
 
  Kesilapan Ketinggalan Satu Urus Niaga  
  Berlaku apabila sesuatu urus niaga langsung tidak direkodkan dalam mana-mana buku perakaunan.  
     
 
  Kesilapan Terbalik atau Songsang  
  Berlaku apabila akaun yang sepatutnya didebitkan telah dikreditkan dan begitulah sebaliknya.  
     
 
  Kesilapan Komisen  
  Berlaku apabila terdapat satu urus niaga direkodkan menggunakan Sistem Catatan Bergu tetapi ke dalam akaun perorangan yang salah.  
     
 
  Kesilapan Saling Mengimbangi  
  Berlaku apabila kesilapan di bahagian debit telah diimbangi oleh kesilapan kedua yang berlaku di bahagian kredit.  
     
 
  Kesilapan Prinsip  
  Berlaku apabila sesuatu urus niaga direkodkan dalam akaun yang salah tetapi mematuhi peraturan Sistem Catatan Bergu.  
     
 
  Kesilapan Amaun  
  Berlaku apabila jumlah amaun sesuatu urus niaga direkodkan dengan amaun yang salah dalam Buku Catatan Pertama dan dipindahkan ke dalam lejar.