Sistem Catatan Bergu

 
5.2

Sistem Catatan Bergu

 
  Sistem Catatan Bergu  
  Merekodkan setiap urus niaga sekurang-kurangnya dalam dua akaun yang berbeza iaitu satu akaun akan didebitkan dan satu akaun akan dikreditkan dengan amaun yang sama.  
     
 
 

Mengimbangkan Lejar:

  • Semua akaun dalam lejar perlu ditutup pada akhir bulan atau akhir tempoh perakaunan
  • Mengimbangkan akaun bermaksud kedua-dua bahagian akaun perlu seimbang untuk mencari beza antara jumlah bahagian debit dan jumlah bahagian kredit akaun tersebut.
 

Baki Akaun-akaun Lejar

  1. Akaun Aset
    • Mesti berbaki debit.
    • Contoh: Akaun Perabot, Akaun Kenderaan dan Akaun Tunai.
  2. Akaun Liabiliti
    • Mesti berbaki kredit.
    • Contoh: Akaun Belum Bayar, Akaun Overdraf Bank dan Akaun Gadai Janji.
  3. Akaun Belanja
    • Mesti berbaki debit.
    • Contoh: Akaun Belian, Akaun Gaji, Akaun Belanja Am dan Akaun Kadar Bayaran.
  4. Akaun Hasil
    • Mesti berbaki kredit.
    • Contoh: Akaun Jualan, Akaun Sewa diterima dan Akaun Dividen.
  5. Akaun Ekuiti Pemilik
    • Terdiri daripada Akaun Modal dan Akaun Ambilan.
    • Penambahan modal direkodkan di bahagian kredit Akaun Modal.
    • Penambahan ambilan direkodkan di bahagian debit Akaun Ambilan.
 

Kesan tidak menggunakan Sistem Catatan Bergu:

  • Imbangan Duga tidak seimbang.
  • Untung rugi yang diperoleh tidak tepat.
  • Kedudukan kewangan tidak dapat ditentukan dengan tepat.
  • Perbandingan prestasi perniagaan antara tahun yang disediakan kurang tepat.
  • Catatan tidak lengkap.