Entiti Perniagaan

 
1.5

Entiti Perniagaan

 

Empat jenis organisasi dalam perakaunan:

  • Milikan Tunggal (MT)
  • Perkongsian (P)
  • Syarikat Berhad (SB)
  • Koperasi (K)
 

Aspek pemilikan:

  • (MT) Dimiliki oleh seorang pemilik
  • (P) Biasa: 2-20 pekongsi, Profesional: 2-50 pekongsi
  • (SB) Sendirian Berhad: 2-50 orang, Awam Berhad: 2 - tiada maksimum
  • (K) 50 - tiada maksimum
 

Aspek Sumber Modal:

  • (MT) Disumbangkan oleh pemilik perniagaan
  • (P) Disumbangkan oleh pekongsi
  • (SB) Dikumpul daripada pemegang saham
  • (K) Dikumpul daripada anggota
 

Aspek Tanggungan Liabiliti:

  • (MT)(P) Menanggung liabiliti tidak terhad
  • (SB)(K) Menanggung liabiliti terhad
 

Aspek Undang-undang:

  • (MT) Akta Pendaftaran Perniagaan
  • (P) Akta Perkongsian 1961
  • (SB) Akta Syarikat 1965
  • (K) Akta Koperasi 1993 
 

Aspek Keuntungan dan Kerugian:

  • (MT) Untung dan rugi dinikmati dan ditanggung sepenuhnya oleh pemilik
  • (P) Untung dan rugi diagihkan kepada para pekongsi
  • (SB) Keuntungan diagihkan kepada pemegang saham
  • (K) Diagihkan kepada anggota koperasi
 

Aspek Pengurusan Perniagaan:

  • (MT) Diuruskan pemilik, dibantu ahli keluarga/saudara
  • (P) Diuruskan pekongsi yang aktif
  • (SB) Diuruskan Ahli Lembaga Pengarah
  • (K) Diuruskan Anggota Lembaga Koperasi
 

Aspek Faktor Pemilihan:

  • (MT) Modal rendah, pemilik bebas membuat keputusan
  • (P) Dapat menggabung modal dan kepakaran, risiko ditanggung bersama
  • (SB) Berupaya mengumpul modal lebih besar, tanggungan liabiliti terhad
  • (K) Dikendali anggota yang mempunyai objektif sama, berupaya mengumpul modal yang besar