Simpanan dan Pelaburan

 
3.1  Simpanan dan Pelaburan
 
  Definisi  
     
 

Wang lebihan yang disimpan di dalam peti besi, tabung atau laci.

 
 
Akaun simpanan:
 
  • Pemegang akaun simpanan boleh menyimpan sebarang amaun mengikut kemampuannya.
  • Pemegang akaun menerima kadar faedah berdasarkan jumlah simpanan dan tempoh simpanan.
  • Kadar faedah adalah lebih rendah berbanding dengan akaun simpanan tetap.
  • Pemegang akaun boleh mengeluarkan wang simpanan pada bila-bila masa.
  • Wang simpanan boleh dikeluarkan dengan menggunakan kad debit melalui mesin teler automatik (ATM).
 
Akaun simpanan tetap:
 
  • Menyimpan sejumlah wang tertentu untuk satu tempoh masa tertentu seperti \(3\) bulan, \(9\) bulan atau \(1\) tahun.
  • Pemegang akaun akan ditawarkan kadar faedah yang lebih kompetitif berbanding dengan akaun simpanan.
  • Wang simpanan tidak boleh dikeluarkan sehingga tempoh matang.
  • Sekiranya wang dikeluarkan sebelum tempoh matang, maka kadar faedah yang sepatutnya diterima akan dikurangkan dan akan dibatalkan pada suatu masa.
  • Sijil simpanan akan dikeluarkan kepada pemegang akaun.
 
Akaun semasa:
 
  • Simpanan dalam akaun semasa boleh digunakan untuk tujuan peribadi atau perniagaan.
  • Pemegang akaun boleh melakukan pembayaran kepada pihak lain melalui cek.
  • Simpanan dalam akaun tidak dibayar faedah sebaliknya dikenakan caj perkhidmatan. Namun terdapat juga bank yang membayar faedah kepada pemegang akaun semasa.
  • Pemohon akaun semasa perlu mengemukakan seorang perujuk iaitu pemegang akaun semasa di cawangan bank yang sama untuk membuka akaun.
  • Selain cek, pengeluaran biasanya dibenarkan melalui kad debit dan saluran lain seperti perbankan internet, perbankan telefon dan sebagainya.
  • Pemegang akaun boleh menikmati kemudahan overdraf iaitu pengeluaran wang yang melebihi baki simpanan, tetapi dengan caj faedah.
 
  Definisi  
     
 

Langkah alternatif untuk mendapatkan pulangan pada masa hadapan dalam bentuk pendapatan semasa dan keuntungan modal.

 
 
Jenis-jenis pelaburan:
 
(i) Saham
 
  • Sesebuah syarikat akan menerbitkan saham bagi tujuan mengumpul modal.
  • Pemegang saham akan menerima pulangan dalam bentuk dividen dan keuntungan modal.
 
(ii) Amanah Saham
 
  • Amanah saham dikendalikan oleh syarikat unit amanah yang diuruskan oleh pengurus profesional yang bertauliah.
  • Syarikat unit amanah mengumpulkan wang dari para pelabur dan melaburkan wang itu dalam pelbagai syarikat yang berpotensi dengan tujuan memberikan pulangan yang menguntungkan pelabur.
 
(iii) Hartanah
 
  • Pelaburan atas aset tidak alih seperti rumah kediaman, kedai dan tanah.
  • Faktor yang akan dipertimbangkan dalam pelaburan hartanah adalah keadaan ekonomi, keupayaan menjana pendapatan, lokasi dan prospek hartanah pada masa akan datang.
 
Faedah mudah:
 
  • Ganjaran diberikan kepada penyimpan mengikut kadar yang tertentu ke atas jumlah wang simpanan (prinsipal) untuk suatu tempoh masa (dalam tahun) yang tertentu.
 
  Rumus  
     
 

\(I=Prt\),

dimana \(I\) ialah faedah (interest), \(P\) ialah prinsipal (principal), \(r\) ialah kadar faedah (rate) dan \(t\) ialah masa (time) dalam tahun.

 
 
  Contoh  
     
 

Encik Ali menyimpan sebanyak \(\text {RM}6\,000\) di Bank Bunga Raya dengan kadar faedah \(2 \%\) setahun.

Berapakah jumlah faedah yang diperoleh Encik Ali selepas \(1\) tahun?

 
     
 

\(P=6\,000\)

\(r=2\%=\dfrac{2}{100}=0.02\)

\(t=1\)

\(\begin{aligned} \\I&=Prt\\\\&= \text{RM}6\,000\times 0.02 \times 1 \\\\&=\text{RM} 120. \end{aligned}\)

 
 
 
Faedah kompaun:
 
  • Faedah yang dihitung berdasarkan prinsipal asal dan juga faedah yang terkumpul daripada tempoh pemyimpanan sebelumnya.
 
  Rumus  
     
  \(MV= P \bigg( 1 + \dfrac{r}{n}\bigg)^{nt}\)  
     
 

\(MV\) = nilai matang (matured value)

\(P\) = prinsipal (principal)

\(r\) =  kadar faedah tahunan (yearly interest rate)

\(n\) = bilangan kali faedah dikompaun dalam setahun (number of periods the interest is compounded per year)

\(t\) = tempoh dalam tahun (term in years)

 
 
  Contoh  
     
 

Pada awal tahun, Encik Ahmad menyimpan \(\text {RM} 10 \space000\) dalam akaun simpanan dengan kadar \(4 \%\) setahun dan pengkompaunan setiap \(6\) bulan.

Berapakah jumlah wang simpanan Encik Ahmad pada akhir tahun ketiga?

 
     
 

\(P= \text {RM} 10 \space 000\)

\(r= \dfrac{4}{100}=0.04\)

\(n=2\)\(t=3\)

\(\begin{aligned} MV&= P \bigg( 1 + \dfrac{r}{n}\bigg)^{nt} \\\\&= 10 \space 000 \bigg( 1 + \dfrac{0.04}{2}\bigg)^{2(3)} \\\\&= 10 \space 000 (1.1262) \\\\&= \text{RM} 11 \space 262. \end{aligned} \)

 
 
 
Perbankan Islam:
 
  • Berdasarkan hukum Islam (syarak).
  • Risiko diuruskan mengikut perjanjian.
  • Mengikut prinsip keadilan, halal dan perkongsian keuntungan dan tanpa riba.
  • Tidak menentukan kadar pulangan pada peringkat awal penyimpanan.
  • Kadar pulangan diketahui semasa tempoh matang.
 
Nilai pulangan pelaburan (ROI):
 
  • Nilai pulangan atas setiap ringgit yang dilaburkan oleh pelabur.
  • Nilai pulangan pelaburan juga merupakan nisbah keuntungan atau kerugian yang diperoleh daripada suatu pelaburan.
 
  Rumus  
     
  \(\begin{aligned}&\space\text {Nilai pulangan pelaburan}\\\\&= \dfrac{\text{Jumlah pulangan}}{\text{Nilai pelaburan awal}} \times 100\%\end{aligned}\)