Hidupan Liar di Malaysia

05

Hidupan Liar di Malaysia

 
Definisi

Hidupan liar ialah spesies haiwan liar atau burung liar, sama ada yang dilindungi sepenuhnya atau yang dilindungi, vertebrata atau invertebrata, hidup atau mati, matang atau tidak matang dan sama ada boleh dijinakkan atau dibiakkan dalam kurungan atau tidak

 

Antara contoh hidupan liar yang terdapat di Malaysia:

  • Tapir
    • Populasi: Kira-kira 1 100 hingga 1 500 ekor
    • Habitat: Hutan tropika
    • Lokasi: Tersebar secara meluas dari hutan paya hingga hutan pergunungan rendah di Semenanjung Malaysia
    • Cara pemakanan: Herbivor
  • Harimau Malaya
    • Populasi: Kira-kira 250 hingga 340 ekor
    • Habitat: Hutan pamah, hutan paya gambut, hutan gunung dan belukar kecil
    • Lokasi: Tersebar dari hutan paya hingga hutan pergunungan rendah
    • Cara pemakanan: Karnivor
  • Beruang matahari (beruang madu)
    • Populasi: Tiada data ditemui
    • Habitat: Hutan tropika
    • Lokasi: Kawasan hutan sehingga ketinggian kurang daripada 2 700 m dari aras laut
    • Cara pemakanan: Omnivor
  • Penyu
    • Populasi: Tiada data ditemui
    • Habitat: Pantai terbuka, pantai berpasir dan pulau-pulau
    • Lokasi: Perairan Terengganu, Melaka, Johor, Perak, Sabah dan Sarawak
    • Cara pemakanan: Omnivor
  • Dugong
    • Populasi: Kira-kira 100 ekor
    • Habitat: Padang rumput laut
    • Lokasi: Perairan Johor, Sabah dan Sarawak
    • Cara pemakanan: Herbivor
  • Enggang
    • Populasi: Tiada data ditemui
    • Habitat: Hutan tropika dan subtropika
    • Lokasi: Tersebar secara meluas di hutan Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak
    • Cara pemakanan: Omnivor
  • Badak Sumatera
    • Populasi: Kira-kira 30 ekor (Sabah)
    • Habitat: Tanah rendah berbukit dan lembah
    • Lokasi: Taman Negara, Taman Negara Endau-Rompin, Taman Negeri Royal Belum dan beberapa kawasan hutan simpan
    • Cara pemakanan: Herbivor
  • Monyet Belanda (Proboscis)
    • Populasi: Kira-kira 5 000 ekor
    • Habitat: Hutan dipterokarpa, hutan paya bakau dan hutan tanah rendah yang berdekatan dengan air dan sungai
    • Lokasi: Kawasan tepi Sungai Kinabatangan, Sungai Klias, Sungai Sugut dan Kuching Wetlands National Park
    • Cara pemakanan: Omnivor
  • Orang utan
    • Populasi: Kira-kira 12 300 ekor
    • Habitat: Hutan tanah rendah, hutan tropika, hutan paya dan hutan gunung
    • Lokasi: Lanjak Entimau Wildlife Sanctuary, Taman Negara Batang Ai dan Pusat Pemulihan Orang Utan Sepilok
    • Cara pemakanan: Omnivor
  • Gajah Pygmy
    • Populasi: Kurang daripada 1 500 ekor
    • Habitat: Tanah rendah dan lembah
    • Lokasi: Hutan di Kinabatangan, Tabin dan tengah Sabah
    • Cara pemakanan: Herbivor
  • Helang merah
    • Populasi: Tiada data ditemui
    • Habitat: Hutan dipterokarpa
    • Lokasi: Hutan dipterokarpa di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak
    • Cara pemakanan: Karnivor
 
Kepentingan Hidupan Liar di Malaysia
 

Kepentingan Hidupan Liar di Malaysia merangkumi:

  1. Keseimbangan Ekosistem
  2. Ekopelancongan
  3. Pendidikan

Keseimbangan Ekosistem: 

  • Meneruskan kelansungan hidupan secara lansung atau tidak lansung
  • Hidupan liar adalah sebahagian daripada komponen siratan makanan
  • Gangguan mana-mana aras trifik akan mengubah aliran tenaga
  • Baja organik hasil penguraian tinja haiwan

Ekopelancongan: 

  • Adalah perlancongan yang berdasarkan daripada sumber dan pemeliharaan alam semulajadi

Pendidikan: 

  • Penyelidikan pembangunan (R&D)
  • Kerjaya dalam bidang profesional
  • Mendapat pengetahuan baharu dan tidak bergantung kepada pendapatan dari negara lain. 
  • Mengekalkan dan melindungi biodiversiti negara. 
 
Kegiatan Manusia Yang Mengancam Hidupan Liar di Malaysia
 

Penglibatan manusia dalam pelbagai aktiviti seperti di bawah telah memberi kesan kepada hidupan liar:

  1. Pembalakan
  2. Pengkuarian
  3. pembinaan empangan
  4. Pertanian
  5. Pengangkutan dan perhubungan
 
Usaha Pemeliharaan dan Pemuliharaan Hidupan Liar di Malaysia
 

Pemeliharaan dan pemuliharaan hidupan liar adalah penting untuk mengelakkan kepupusan hidupan liar.

Antara usaha yang dijalankan untuk melindungi hidupan liar adalah dengan:

  1. Menguatkuasakan undang-undang
  2. Menjalankan kempen kesedaran
  3. Mewujudkan pusat konservasi  dan taman  negara
  4. Menjalankan  penyelidikan  dan pembangunan atau Research and Developement (R&D)
  5. Membuat penilaian  impak alam sekitar atau  Environmenta Impact Assessment (EIA)
  6. Memberi pendidikan alam sekitar dan mewartakan hutan simpan
 

1. Menguatkuasakan Undang-undang

  1. Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, pindaan 1985
  2. Akta Perhutanan Negara 1984
  3. Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010
 

 

UNDANG-UNDANG PENERANGAN

Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, pindaan 1985

Mewartakan kawasan yang kaya dengan sumber sebagai kawasan pemeliharaan seperti taman negara dan  taman laut   

Hukuman denda dan penjara kepada pesalah yang merosakkan dan mencemarkan sumber alam

Jabatan Alam Sekitar (JAS) akan memantau perkara yang berkaitan dengan air dan kualiti udara, sisa industri, paras kebisingan dan penilaian impak alam sekitar

Akta Perhutanan Negara 1984

Peruntukan mengenai pentadbiran, pengurusan,   pemuliharaan hutan dan pembangunan hutan di Malaysia

Mewujudkan hutan simpan kekal

Larangan mengambil hasil hutan daripada kawasan hutan simpan kekal

Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010

Mengeluarkan lesen untuk permohonan memburu haiwan  

Pengisytiharan rizab hidupan liar dan kawasan   perlindungan hidupan liar

 

2. Menjalankan kempen kesedaran

  1. Kempen Save The Day
  2. Kempen We Hug Tapir 2018
  3. Kempen Kurangkan Penggunaan Beg Plastik dan Hari Tanpa Beg Plastik
  4. Hari Tenggiling Sedunia
 
KEMPEN PENERANGAN

Kempen Save The Day

Kempen kelolaan WWF

Menyelamatkan penyu dan harimau di Malaysia

Memberi kesedaran kepada masyarakat tentang  kepupusan haiwan-haiwan tersebut

Kempen We Hug Tapir 2018

Kempen bersempena sambutan Hari Tapir Sedunia disambut pada 27 April setiap tahun

Meningkatkan kesedaran bahawa tapir merupakan spesies yang hampir pupus Menjelaskan jenis spesies tapir, habitat tapir dan mendidik generasi muda akan kepentingan menjaga dan memelihara tapir

Kempen Kurangkan Penggunaan Beg Plastik dan Hari Tanpa Beg Plastik

Beg plastik tidak lagi dibekalkan secara percuma kepada pengguna di pasar raya besar, pasar raya, kedai serbaneka dan premis perniagaan terpilih di seluruh negara pada hari tertentu

Terdapat beberapa negeri seperti Selangor dan Melaka yang mempraktikkan hari tanpa beg plastik tujuh hari seminggu

 Mendidik masyarakat supaya menggunakan beg mesra alam seperti beg biodegradasi

Hari Tenggiling Sedunia

Disambut pada hari Sabtu ketiga bulan Februari setiap tahun Meningkatkan kesedaran manusia tentang  pemuliharaan hidupan liar tersebut Menghentikan kegiatan perdagangan haram tenggiling

Menurut WWF, populasi tenggiling di Asia telah merosot sebanyak 80% dalam tempoh 2007 hingga 2017

Keputusan Konvensyen Tentang Perdagangan Antarabangsa ke atas Spesies Fauna dan Flora Liar Terancam atau Convention on International Trade in Endangered Species of Wild Fauna and Flora (CITES) telah meluluskan pengharaman penuh perdagangan tenggiling

 

3. Mewujudkan pusat konservasi dan taman negara

Pusat Konservasi

A Pusat Konservasi Tuntung Bukit Pinang (Kedah)

B Pusat Konservasi Hidupan Liar dan Pusat Menyelamat Hidupan Liar Sungkai (Perak)

C Pusat Konservasi Hidupan Liar Sungai Dusun (Selangor)

D Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah (Pahang)

E Pusat Konservasi Hidupan Liar Jenderak Selatan (Pahang)

F Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu Rantau Abang (Terengganu)

G Tempat Perlindungan Hidupan Liar Samunsam (Sarawak)

H Tempat Perlindungan Hidupan Liar Lanjak Entimau (Sarawak)

I Pusat Konservasi Lembangan Maliau (Sabah)

J Pusat Pemuliharaan Orang Utan Sepilok (Sabah)

K Tempat Perlindungan Hidupan Liar Kinabatangan

L Pusat Konservasi Lembah Danum (Sabah)

 

Taman Negara

1 Taman Negara (Pahang)

2 Taman Negara Endau-Rompin (Johor)

3 Taman Negara Tanjung Datu (Sarawak)

4 Taman Negara Bako (Sarawak)

5 Taman Negara Similajau (Sarawak)

6 Taman Negara Niah (Sarawak)

7 Taman Negara Bukit Lambir (Sarawak)

8 Taman Negara Loagan Bunut (Sarawak)

9 Taman Negara Gunung Mulu (Sarawak)

10 Taman Negara Banjaran Crocker (Sabah)

11 Taman Negara Kinabalu (Sabah)

12 Taman Negara Pulau Penyu (Sabah)

 

4. Menjalankan  penyelidikan  dan pembangunan atau Research and Developement (R&D)

Tujuan:

  1. Memberi kesedaran kepada masyarakat tentang pentingnya pemeliharaan dan pemuliharaan  hidupan liar
  2. Mengekalkan hidupan liar dan habitatnya supaya khazanah alam kita terpelihara
 
PENYELIDIKAN TENTANG HIDUPAN LIAR CONTOH

Mengenal pasti habitat sesuatu hidupan liar

Kajian tentang habitat Harimau Malaya oleh PERHILITAN

Mengkaji spesies hidupan liar yang wujud di Malaysia

Kajian tentang spesies penyu oleh Jabatan Perikanan Malaysia

Mengenal pasti jenis penyakit yang dihidapi oleh spesies hidupan liar

Diagnosis dijalankan oleh Jabatan Hidupan Liar Sabah dan Universiti Malaysia Sabah terhadap buaya yang sakit di Tuaran Crocodile Farm (Sabah)

Mengetahui makanan yang sesuai dengan hidupan liar

Kajian tentang makanan untuk beruang matahari oleh Bornean Sun Bear Conservation Centre

Menjalin kerjasama penyelidikan antara agensi kerajaan dengan universiti tempatan

Kolaboratif PERHILITAN dengan Universiti Putra Malaysia (UPM) berkenaan spesies terancam

Kaedah pembiakan untuk mengekalkan spesies hidupan liar

Projek pembiakan dalam kurungan untuk meningkatkan populasi seladang di Jenderak Selatan (Pahang)

Mengkaji kemandirian dan sifat hidupan liar

Kajian tentang perilaku tapir oleh Malay Tapir Conservation Centre (MTCC) di Pusat Konservasi Hidupan Liar Sungai Dusun (Selangor)

 

5. Membuat penilaian impak alam sekitar atau Environmental Impact Assessmet (EIA)

Objektif EIA

  1. Meramal dan menjangkakan kesan projek pembangunan ke atas alam sekitar
  2. Meneliti dan memilih alternatif projek yang terbaik
  3. Mengenal pasti dan memberi langkah kawalan sesuatu projek pembangunan
  4. Meramal impak ke atas alam sekitar
  5. Mengenal pasti kos terhadap alam sekitar dan faedah projek kepada masyarakat

Perundangan dalam EIA

  1. Seksyen 34A (1) Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 (Akta 127)-Pindaan 1985
  2. Denda tidak melebihi RM100 000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali jika gagal mematuhi peraturan
  3. EIA mula dikuatkuasakan di Malaysia pada 1 April 1998

Contoh aktiviti yang memerlukan EIA

  1. Pembalakan dan pertanian yang melebihi keluasan 500 hektar
  2. Pembinaan empangan hidroelektrik yang melebihi keluasan 400 hektar
  3. Pembinaan resort atau hotel di tepi pantai yang melebihi 80 bilik
  4. Pembinaan infrastruktur seperti pembinaan hospital, lebuh raya, lapangan terbang, landasan kereta api dan bandar baharu
 

6. Memberi pendidikan alam sekitar

  • Murid akan mengutamakan alam sekitar dalam sesuatu tindakan
  • Murid akan memahami konsep pembangunan lestari
  • Murid bermotivasi untuk memelihara dan memulihara alam sekita
  • Murid akan mempunyai pengetahuan dan kemahiran untuk penyelesaian isu-isu alam sekitar
  • Murid akan lebih peka dan prihatin mengenai alam sekitar
  • Murid dapat melibatkan diri secara aktif di lapangan
 

7. Mewartakan hutan simpan

Hutan simpan merupakan kawasan hutan yang diwartakan untuk tujuan perhutanan dan ditadbir oleh Jabatan Perhutanan Negeri.

Pokok di kawasan hutan ini tidak boleh ditebang kerana dilindungi oleh undang-undang di bawah Akta Perhutanan Negara 1984 (Akta 313).

Contoh hutan simpan:

  1. Hutan Simpan Kekal UKM (Selangor)
  2. Hutan Simpan Sungai Menyala (Negeri Sembilan)
  3. Hutan Simpan Bukit Nanas (Kuala Lumpur)