Sumber Semula Jadi di Malaysia 

06 Sumber Semula Jadi di Malaysia
 
Terdiri daripada dua jenis iaitu:
 
Sumber boleh baharu Sumber tidak boleh baharu
Sumber semula jadi yang tidak akan habis walaupun diambil dan digunakan secara berterusan seperti hutan, tanih dan air.

Sumber tidak boleh baharu antaranya terdiri daripada sumber mineral yang diperoleh dengan menggali atau melombong permukaan dan kerak bumi.  

Terdapat sumber mineral yang digali di dasar laut seperti petroleum dan gas asli.

Sumber mineral pula terbahagi kepada dua jenis, iaitu logam dan bukan logam.

Sumber mineral logam ialah kuprum, bauksit, emas, bijih timah dan bijih besi.

Sumber mineral bukan logam ialah kaolin, batu granit, gas asli, petroleum, arang batu dan pasir.

 
Taburan Sumber boleh Baharu di Malaysia
 
  • Air

Jumlah hujan kira-kira  2 600 mm setahun menjadikan Malaysia amat berpotensi membangunkan  kuasa hidroelektrik

Empangan ialah tambak yang dibina untuk menahan aliran air

Air sungai yang diempang, apabila dilepaskan akan memutarkan turbin dan menghasilkan tenaga elektrik.

Berikut merupakan senarai empangan yang terdapat di Malaysia:

 
Semenanjung Sabah Sarawak

Empangan Pergau (Kelantan)

Empangan Temenggor (Perak)

Empangan Bersia (Perak)

Empangan Kenering (Perak)

Empangan Chenderoh (Perak)

Empangan Sg. Piah Bawah (Perak)

Empangan Sg. Piah Atas (Perak)

Empangan Kenyir (Terengganu)

Empangan Tenom Pangi

Empangan Batang Ai

Empangan Bakun

Empangan Murum

 
  • Hutan
Jenis hutan dan jenis tanih Lokasi Hasil hutan

Hutan Hujan Tropika

Tanih aluvium

Tanih laterit

Bahagian tengah  Semenanjung Malaysia

Bahagian pedalaman  Sabah dan Sarawak

Cengal, meranti, merbau,  mersawa, jelutung, keruing, nyatuh, buluh, rotan, orkid, paku-pakis dan tumbuhan herba

Harimau, gajah, tapir, landak, kancil dan monyet

Hutan Paya Air Tawar

Tanih gambut

Tanih aluvium

Sekitar Tasik Chini, Tasik Bera,  Rompin dan Pekan (Pahang)

Sabak Bernam dan  Tanjung Karang (Selangor)

Dataran Hilir Perak

Sekitar Sungai Lupar dan  Sungai Rajang (Sarawak)

Pokok mengkuang, nipah, palma, keladi air, putat, palas, keriang, meranti jaya dan semayur

Ikan air tawar, katak, ular, biawak, buaya, burung dan kera

Hutan Paya Air Masin

Tanih gambut

Tanih aluvium

Laut Matang (Perak)

Sebahagian pantai  Kuala Selangor

Pantai Samarahan-Sadong (Sarawak)

Delta Labuk-Sugut (Sabah)

Pokok bakau: Bakau minyak, api-api, perepat dan tumu

Ikan, siput, ketam, udang,  ular, burung, memerang,  keluang dan kera

Hutan Pantai

Tanih berpasir

Pantai Tanjung Rhu, Langkawi (Kedah)

Pulau Sipadan (Sabah)

Pulau Talang-talang (Sarawak)

Pantai Penarik (Terengganu)

Pokok ru, tapak kuda,  mengkuang laut, bebaru, pokok kelapa dan rumput pantai

Burung, tupai, ular, ketam,  siput dan serangga

Hutan Gunung

Tanih laterit

Gunung Kinabalu (Sabah)

Pergunungan Iran (Sarawak)

Gunung Jerai (Kedah)

Gunung Tahan (Pahang)

Rafflesia, periuk kera, pokok renek, paku-pakis, lumut dan kulampair

Siamang, ular, burung, serangga, musang dan harimau dahan

 
Taburan Sumber Tidak boleh Baharu di Malaysia
 
Sumber Lokasi Kegunaan
Petroleum

Luar pesisir pantai Kelantan dan Terengganu

Luar pesisir pantai Sabah

Luar pesisir pantai Sarawak

Menjana tenaga elektrik

Bahan api kenderaan

Industri petrokimia

Bahan bakar

Gas asli

Luar pesisir pantai Kelantan dan Terengganu

Luar pesisir pantai Sabah

Luar pesisir pantai Sarawak

Bahan api domestik

Industri petrokimia

Bahan api alternatif untuk kenderaan

Emas

Sekitar Raub dan Kuala Lipis (Pahang)

Bau (Sarawak)

Sekitar Rusila (Terengganu)

Jongkong emas

Barangan kemas

Arang batu

Silimpopon, Maliau (Sabah)

Bintulu, Mukah, Merit-Pila, Silantek, Balingian (Sarawak)

Menjana tenaga elektrik

Melebur besi

 
Kepentingan Sumber Semula Jadi dalam Pembangunan Ekonomi di Malaysia
 

Menyediakan sumber bahan mentah

  • Menyediakan bahan mentah dan bahan asas kepada industri hiliran:
    • Petroleum - Industri petrokimia
    • Pasir - Industri pembinaan
    • Kayu balak - Industri pembuatan perabot
    • Hasil hutan - Industri kraf tangan

Peluang pekerjaan

  • Membuka peluang pekerjaan dalam pelbagai bidang mengikut sektor seperti perkhidmatan, pembuatan, pembinaan, pertanian, perlombongan dan pengkuarian.

Kemajuan infrastruktur

  • Membangunkan pelbagai infrastruktur untuk memudahkan pengurusan sumber seperti jalan raya, pelabuhan, landasan kereta api dan lapangan terbang.

Menjana pendapatan negara

  • Penjanaan pendapatan negara melalui sektor yang melibatkan bahan mentah

Pembukaan kawasan baharu

  • Membangunkan bandar-bandar baharu yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti Paka dan Kerteh (Terengganu), Sandakan (Sabah), Bintulu dan Miri (Sarawak)