Kegiatan Ekonomi di Malaysia

07 Kegiatan Ekonomi di Malaysia
 
DEFINISI
Kegiatan ekonomi ialah kegiatan manusia yang menghasilkan pendapatan
 
Jenis Kegiatan Ekonomi di Malaysia
 
 
Taburan Kegiatan Ekonomi Utama di Malaysia
 

Sektor Primer: Sektor Pertanian

Antara contoh tanaman utama di Malaysia ialah:

  • Kelapa sawit - tanaman jualan terpenting di Malaysia
  • Getah - tanaman jualan kedua terpenting di Malaysia
 
Kawasan tanaman getah

Ipoh (Perak), Jasin dan Merlimau (Melaka),

Kluang, Labis, Segamat dan Simpang Renggam (Johor), Kuala Lipis dan Segi Tiga Jengka (Pahang)

Sibu, Marudi dan Sri Aman (Sarawak), Lahad Datu, Tenom, Keningau dan Kudat (Sabah)

Kawasan tanaman kelapa sawit

Teluk Intan (Perak), Kota Tinggi, Kulai dan Segamat (Johor)

Muadzam Shah dan Segi Tiga Jengka (Pahang), Terengganu Tengah (Terengganu)

Lahad Datu, Tawau dan Sandakan (Sabah), Bintulu dan Miri (Sarawak)

 

Sektor Sekunder: Sektor Perindustrian

  • Industri berasaskan sumber: industri berasaskan kayu (menghasilkan perabot, papan lapis), industri berasaskan getah (menghasilkan tayar, kasut dan sarung tangan) dan industri berasaskan kelapa sawit (minyak masak, sabun dan barangan kosmetik)
  • Industri bukan berasaskan sumber: Industri elektrik dan elektronik (menghasilkan barangan elektrik) dan industri automotif (menghasilkan kenderaan seperti kereta, van, lori, trak dan motosikal)
 

Sektor Tertier: Sektor Pelancongan

  • Perkembangan sektor pelancongan secara tidak langsung meningkatkan keperluan perkhidmatan yang lain seperti pengangkutan, perhotelan dan perhubungan.
 
Faktor-faktor yang Mempengaruhi Kegiatan Ekonomi di Malaysia
  • Faktor fizikal: bentuk muka bumi, tanih, saliran, iklim dan bahan mentah.
  • Faktor manusia: dasar kerajaan, infrastruktur, teknologi, modal, pasaran dan buruh.
 

Faktor fizikal

Bentuk muka bumi

Bentuk muka bumi yang terdapat di Malaysia dapat mempengaruhi jenis kegiatan ekonomi yang dijalankan.

 
Jenis bentuk muka bumi Sektor ekonomi

Tanah pamah

Pertanian: Penanaman padi, getah dan kelapa sawit

Pengangkutan: Pembinaan jalan raya, jalan kereta api dan lapangan terbang

Perindustrian: Pembinaan kilang

Tanah tinggi

Pertanian:  Tanaman teh, sayur-sayuran dan bunga-bungaan

Pelancongan

Pinggir laut

Perikanan

Pelancongan

Pelabuhan

 

Tanih

Malaysia mempunyai pelbagai jenis tanih yang sesuai untuk pelbagai jenis tanaman.

 
Jenis tanih Jenis tanaman Lokasi
Aluvium

Padi sawah

Dataran Kedah (Kedah)

Tanjung Karang (Selangor)

Laterit

Getah

Kelapa sawit

Segi  Tiga Jengka (Pahang)

Labis (Johor)

Sri Aman (Sarawak)

Tawau  (Sabah)

Gambut

Nanas

Rengit (Johor)

Pontian (Johor)

Labis (Johor)

Pasir

Gajus

Kelapa

Pantai Kelantan

Pantai Terengganu

Bagan Datoh (Perak)

Beris

Kenaf

Pasir Puteh (Kelantan)

Setiu, Marang dan Besut (Terengganu)

 

Iklim

  • Malaysia mengalami iklim Khatulistiwa.
  • Purata suhu Malaysia ialah 27°C dengan jumlah hujan tahunan melebihi 2 600 mm.
  • Iklim yang panas dan lembap sepanjang tahun mempengaruhi jenis kegiatan ekonomi seperti pertanian, pelancongan, perikanan dan pembalakan.
  • Pelbagai jenis tanaman dapat hidup dengan subur seperti padi, getah, kelapa sawit, koko, nanas, kopi dan lada hitam.
  • Cuaca yang sejuk dengan suhu yang sederhana, iaitu kira-kira 18°C di kawasan tanah tinggi seperti Kundasang (Sabah) dan Cameron Highlands (Pahang) amat sesuai bagi penanaman seperti: teh, sayur-sayuran dan bunga-bungaan.
 

Saliran

  • Malaysia memiliki saliran yang baik.
  • Kegiatan pertanian juga dapat dijalankan dengan baik.

Contoh:

  • Penanaman padi memerlukan pengairan baik untuk proses penanaman seperti penanaman padi di Dataran Kedah-Perlis
  • Kegiatan pelancongan seperti Melaka River Cruise juga dapat dijalankan apabila adanya sistem saliran yang baik
 

Bahan mentah

  • Malaysia mempunyai pelbagai bahan mentah yang diperoleh daripada sumber mineral, hutan dan pertanian.
  • Bahan mentah primer boleh diproses untuk menghasilkan barangan sekunder.

Contoh bahan mentah :

  • Kayu balak - Industri perabot, papan dan kayu gergaji
  • Kelapa sawit - Minyak masak, sabun dan lilin
  • Getah - Sarung tangan dan tayar
  • Petroleum dan gas asli - Minyak pelincir, plastik dan cat
  • Kaolin - Tembikar dan jubin
  • Batu kapur - simen
 

Faktor manusia

Dasar kerajaan

Dasar Pertanian Negara yang berperanan memaksimumkan sumbangan sektor pertanian kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)

Pelan induk perindustrian yang berperanan merangka secara terperinci kegiatan sektor perindustrian dan sektor industri kecil untuk menghasilkan penggunaan sumber secara optimum

Dasar Pendidikan Kebangsaan yang berperanan memenuhi keperluan tenaga kerja mahir

Selain itu, Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) juga diwujudkan bagi menjalankan penanaman semula getah untuk pekebun kecil manakala Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (FELCRA) dan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) memainkan peranan untuk membuka kawasan pertanian baharu

Infrastruktur

Kewujudan jaringan pengangkutan yang baik memudahkan proses pengangkutan bahan mentah dari sumbernya ke kilang dan barangan siap ke pasaran

Pengangkutan yang cekap dalam sektor pertanian amat perlu bagi mengangkut barangan pertanian yang cepat rosak seperti sayur-sayuran dan buah-buahan untuk terus ke pasaran

Sistem pengangkutan dalam negara yang efisien juga diperlukan dalam sektor pelancongan, terutamanya untuk keselesaan pelancong luar negara datang melancong ke Malaysia

Kemajuan telekomunikasi negara juga telah membantu kepesatan pembangunan ekonomi melalui penggunaan Internet, telekonferens dan kemajuan ICT yang dapat mempercepatkan perhubungan antarabangsa

Teknologi

Kegiatan ekonomi di Malaysia bertambah maju dengan adanya penggunaan teknologi yang canggih dan moden  

Penggunaan teknologi yang canggih dan moden dapat:

  • Mempercepatkan kerja
  • Meningkatkan kualiti produk
  • Mengurangkan pencemaran
  • Menjimatkan kos
  • Meningkatkan jumlah keluaran
  • Meningkatkan keselamatan

Modal

Kemajuan ekonomi sesebuah negara bergantung kepada jumlah modal sedia ada

Terdapat dua jenis modal di Malaysia, iaitu modal domestik dan pelaburan langsung asing

Bagi menggerakkan kegiatan ekonomi negara, agensi yang bertanggungjawab untuk mengeluarkan modal domestik adalah seperti Majlis Amanah Rakyat (MARA)

Pelaburan langsung asing pula diperoleh melalui kemasukan pelabur asing ke Malaysia dan melaburkan modal untuk membuka kilang, perniagaan dan ladang

Pasaran

Pasaran boleh dibahagikan kepada dua jenis, iaitu:

  • Pasaran tempatan
  • Pasaran antarabangsa

Kuasa beli pengguna yang tinggi membolehkan produk dapat dipasarkan dengan lebih banyak Lokasi pasaran tempatan meliputi kompleks beli-belah, pasar borong, kedai runcit dan gerai

Buruh

Tenaga buruh merujuk mereka yang berumur 15 hingga 64 tahun sama ada bekerja atau menganggur

Sehingga Mei tahun 2017, terdapat kira-kira 14.96 juta guna tenaga buruh tempatan di Malaysia

Malaysia juga menerima tenaga buruh asing dari negara luar bagi menampung kekurangan buruh dalam pelbagai sektor seperti Indonesia, Bangladesh, Filipina, Myanmar, Vietnam dan China

 
Kepentingan Kegiatan Ekonomi di Malaysia
 

Peningkatan taraf hidup

Penduduk meningkatkan taraf hidup mereka apabila melibatkan diri dalam kegiatan ekonomi

Petunjuk taraf hidup boleh dilihat melalui peningkatan :

  • Jumlah pendapatan per kapita keluarga
  • Perumahan yang selesa
  • Tahap pendidikan
  • Lain-lain kemudahan

Kuasa beli, taraf kesihatan dan tahap pendidikan penduduk turut meningkat

Kemajuan ekonomi negara

Menyumbangkan pendapatan untuk membiayai perbelanjaan mengurus dan mentadbir negara

Pendapatan negara diperoleh daripada:

  • Cukai
  • Hasil eksport
  • Kedatangan pelancong asing
  • Keuntungan aktiviti perniagaan

Sektor perkhidmatan menjadi pemacu utama kepada pertumbuhan ekonomi di Malaysia

Pemindahan teknologi

Pemindahan teknologi melibatkan pemindahan kemahiran, kepakaran dan teknik dari satu negara ke  negara lain melalui proses pembelajaran, pengalaman dan  latihan

Di Malaysia,  terdapat  dua  cara  pemindahan teknologi  dilaksanakan,  iaitu:

  • Latihan  sambil  kerja
  • Penyelidikan  dan  pembangunan  (R&D)

Mewujudkan peluang pekerjaan

Peluang pekerjaan menyebabkan kadar  pengangguran di  Malaysia berkurangan

Prestasi eksport dan pengeluaran perindustrian yang semakin kukuh juga mewujudkan  peluang  pekerjaan dalam sektor  primer, sekunder dan tertier

Peningkatan infrastruktur

Peningkatan infrastruktur dan kemudahan seperti:

  • Jalan raya dan lebuh raya
    • Meningkatkan darjah ketersampaian penduduk ke sesuatu kawasan, contohnya Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dan Lebuhraya Pantai Timur
  • Jalan kereta api
    • Sistem pengangkutan kereta api elektrik seperti Transit Aliran Massa atau Mass Rapid Transit (MRT), Tren Laju Antara Bandar atau Electric Train Services (ETS), Transit Aliran Ringan atau Light Rail Transit (LRT) dan Ekspres KLIA atau Express Rail Link (ERL) dibina untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas
  • Pengangkutan udara
    • Pembinaan lapangan terbang antarabangsa seperti Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang telah meningkatkan industri pelancongan negara dan kegiatan ekonomi yang lain
  • Pelabuhan
    • Pelabuhan antarabangsa seperti Pelabuhan Klang dan Pelabuhan Tanjung Pelepas telah memudahkan urusan import dan eksport

Proses pembandaran (Urbanisasi)

Kegiatan ekonomi telah menyumbang kepada proses pembandaran

Perkembangan bandar akibat kegiatan perindustrian:

  • Petaling Jaya
  • Shah Alam
  • Bayan Lepas berlaku

Perkembangan bandar akibat kegiatan sektor perkhidmatan:

  • Putrajaya
  • Cyberjaya

Kepelbagaian kegiatan ekonomi menambahkan peluang pekerjaan dan menggalakkan penghijrahan penduduk luar bandar ke bandar untuk mendapatkan pekerjaan

Kemajuan ekonomi secara tidak langsung menyebabkan perkembangan dan perluasan saiz serta pertambahan fungsi bandar

Pengurangan import

Kegiatan ekonomi tempatan mengurangkan pergantungan negara kepada barangan import

Kerajaan telah mengambil beberapa langkah bagi mengurangkan import, iaitu:

  • Menggalakkan sektor Industri Kecil Sederhana (IKS)
  • Menggalakkan pengeluaran sektor pertanian seperti buah-buahan, sayur-sayuran, perikanan dan ternakan