Pengaruh Persekitaran Fizikal Terhadap Kepelbagaian Tumbuh-tumbuhan Semula Jadi dan Hidupan Liar

03 Pengaruh Persekitaran Fizikal Terhadap Kepelbagaian Tumbuh-tumbuhan Semula Jadi dan Hidupan Liar
Faktor-faktor Persekitaran Fizikal Yang Mempengaruhi Kepelbagaian Tumbuh-tumbuhan Semula Jadi dan Hidupan Liar

Bentuk muka bumi

Bentuk muka bumi terbahagi kepada tiga jenis iaitu:

  • Tanah tinggi
  • Tanah pamah
  • Pinggir laut

Setiap bentuk muka bumi ini dilitupi oleh tumbuh-tumbuhan semula jadi serta didiami oleh hidupan liar yang berbeza-beza

Tanah Pamah

  • Kawasan tanah pamah di Malaysia dan Amazon (Brazil) dilitupi Hutan Hujan Tropika.
  • Di Malaysia, terdapat pokok meranti, jelutong, cengal, merbau dan seraya manakala di Amazon, terdapat pokok wimba, Brazilian mahagoni, lapuna, ficus dan getah.
  • Tanah pamah di Thailand, Laos, Myanmar, Filipina, India dan Bangladesh dilitupi oleh Hutan Monsun Tropika seperti pokok jati, cendana, pyinkado, damar, mahogani, teak dan sal
  • Tanah pamah di Tasik Great St. Lawrence (Kanada) pula dilitupi oleh Hutan Konifer.
  • Kawasan tanah pamah yang luas mempunyai banyak sumber makanan telah menjadi habitat semula jadi pelbagai hidupan liar.
  • Di Malaysia, terdapat hidupan liar seperti gajah, harimau, badak sumbu pelbagai spesies monyet, arnab, rusa dan musang manakala di Amazon, terdapat hidupan liar seperti puma, jaguar, anakonda dan ikan pirana.
  • Contoh-contoh kawasan tanah pamah utama di dunia:
    • Dataran Siberia Barat
    • Lembangan Murray
    • Dataran Manchuria
    • Lembangan Congo
    • Lembangan Ganges-Brahmaputra

Tanah Tinggi

  • Kawasan tanah tinggi merupakan kawasan yang berketinggian melebihi 180 meter dari aras laut.
  • Di kawasan tanah tinggi, tumbuh-tumbuhan akan berbeza-beza mengikut ketinggian terutama selepas ketinggian melebihi 1200 meter dari aras laut.
  • Terdiri daripada pokok-pokok bantut, rendah dan renek seperti oak, laurel, palma, paku pakis, lumut dan kulampair.
  • Hidupan liar di kawasan tanah tinggi adalah seperti kambing gurun, tupai, serigala dan ilama.

Pinggir Laut

  • Kawasan pinggir laut adalah seperti pulau, pantai berpasir, pantai berlumpur dan paya air masin.
  • Terdiri daripada tumbuh-tumbuhan yang tahan tiupan angin dan air laut seperti semak samun, bintangor laut, jemerlang laut, mengkuang laut, pokok bakau dan pokok kelapa serta pokok menjalar seperti tapak kuda.
  • Pinggir laut sesuai untuk hidupan liar seperti ular, siput, ketam, anjing laut dan umang-umang.

Saliran

  • Saliran seperti sungai dan tasik kebiasaannya mempengaruhi jenis dan taburan tumbuh-tumbuhan semula jadi dan hidupan liar.
  • Saliran terbahagi kepada dua jenis, iaitu bersaliran baik dan bersaliran buruk.
    • Saliran baik:
      • Kawasan bersaliran baik merujuk kawasan yang tidak bertakung air
      • Kawasan ini terdapat di kawasan bentuk muka bumi yang beralun, di kawasan cerun bukit dan tanah pamah
      • Kawasan bersaliran baik dan tidak bertakung air merupakan kawasan yang subur dan dilitupi oleh banyak tumbuh-tumbuhan semula jadi seperti yang terdapat di kawasan Hutan Tropika, Hutan Monsun Tropika, Hutan Konifer dan Hutan Mediterranean
      • Bentuk muka bumi yang bersaliran baik dihuni oleh pelbagai spesies hidupan liar seperti rusa, kijang, moose, badak sumbu, harimau dan gajah
    • Saliran buruk:
      • Kawasan bersaliran buruk merujuk kawasan tanah rendah yang sentiasa bertakung air
      • Kawasan yang bertakung air akan membentuk kawasan paya air tawar, manakala di kawasan pinggir laut yang berlumpur akan membentuk kawasan paya air masin
      • Kawasan ini sinonim dengan tumbuh-tumbuhan yang memerlukan air yang banyak serta mampu hidup di kawasan berair sepanjang masa seperti pokok bakau, pokok nipah dan mengkuang
      • Kawasan bersaliran buruk amat sesuai untuk hidupan liar yang sinonim dengan kawasan berair seperti biawak, buaya, memerang, burung shoebill dan ular

Tanih

  • Tumbuh-tumbuhan semula jadi hidup subur di kawasan tanih mengikut kesesuaian dan ciri-ciri tumbuh-tumbuhan tersebut.
  • Tanih ialah lapisan paling atas di permukaan bumi yang terhasil daripada dua bahan, iaitu bahan organik dan bahan bukan organik.
    • Bahan organik terhasil daripada proses pereputan sisa tumbuhan dan bangkai haiwan.
    • Bahan bukan organik terhasil daripada proses pemecahan batuan akibat tindakan luluh hawa (proses hakisan atau peluluhan batu-batan yang disebabkan oleh keadaan iklim setempat).
  • Setiap bahan yang mengalami proses pereputan dan pemecahan akan membentuk nutrien tanih yang subur dalam bentuk humus dan garam galian.
  • Komposisi bahan-bahan ini akan menentukan kesuburan tanih serta kesesuaiannya dengan tumbuh-tumbuhan.
  • Contoh-contoh tanih:
Tanih Keterangan
Chernozem

Berada di kawasan padang rumput hawa sederhana.

Merupakan tanah hitam yang terdapat di kawasan padang rumput yang mengalami iklim Steppe.

Sesuai untuk pertumbuhan rumput-rumput, bunga-bungaan dan tumbuhan-tumbuhan renek.

Pada musim sejuk, tanah akan membeku menyebabkan rumput-rumput di kawasan Steppe mempunyai akar yang pendek.

Contoh tumbuh-tumbuhan: Big bluestem grass, bufallo grass, big bluestem grass, switchgrass, feather grass dan fringed sagebrush.

Contoh hidupan liar: Coyote, bobcat, badger dan Saiga antelope.

Permafrost

Berada di kawasan Hutan Tundra.

Merupakan tanih beku disebabkan suhu yang sejuk melampau.

Tanih permafrost adalah kurang subur, sejuk dan membeku sepanjang tahun menyebabkan hanya tumbuhan yang mempunyai daya tahan yang tinggi sahaja mampu hidup di kawasan tanih ini.

Contoh tumbuh-tumbuhan: Liken, lumut, kulampair, willow, birch dan health.

Contoh hidupan liar: Beruang kutub, karibu, musang Artik, arnab Artik dan lemming.

Arisidols

Berada di kawasan Gurun Panas.

Bermaksud tanih kering dan tandus.

Hanya tumbuhan yang mempunyai akar yang panjang untuk menyerap air di dalam tanah sahaja mampu hidup di kawasan ini.

Tanih pasir yang kering dan tandus menyukarkan pergerakan dan menjadikan hidupan liar di Gurun Panas kurang aktif terutama pada siang hari.

Contoh tumbuh-tumbuhan: Pokok kaktus, pokok akasia dan pokok kurma.

Contoh hidupan liar: Unta, rusa gazelle, oryx, musang fennec dan tikus jerboa.

Latosol

Berada dii kawasan Hutan Hujan Tropika dan Hutan Monsun Tropika.

Tekstur tanih latosol ada pelbagai bentuk sama ada berpasir, liat atau lembap serta berwarna merah atau kuning.

Hutan Hujan Tropika dan Hutan Monsun Tropika tumbuh dengan padat, tinggi dan mempunyai pelbagai spesies tumbuh-tumbuhan.

Keadaan ini menyebabkan kedua-dua hutan ini menjadi habitat pelbagai jenis hidupan liar yang bergantung sepenuhnya kepada ekosistem hutan sama ada sebagai tempat tinggal ataupun untuk mencari pelbagai sumber makanan.

Contoh tumbuh-tumbuhan: Pokok jati, cendana, mahogani dan jelutong.

Contoh hidupan liar: Gajah, harimau, beruang, kancil dan cerpelai.

Podzol

Berada di kawasan Hutan Konifer.

Tanih nipis, berasid dan beku.

Tumbuh-tumbuhan semula jadi yang tumbuh di kawasan ini mempunyai akar yang pendek dan tidak menerjah jauh ke dalam tanah.

Tanih podzol yang nipis dan beku di bawahnya telah memudahkan hidupan liar bergerak mencari makanan.

Pokok-pokok renek yang tumbuh di permukaan menjadi sumber makanan dan habitat pelbagai hidupan liar di Hutan Konifer.

Contoh tumbuh-tumbuhan: Pokok pain, cedar, birch, fir dan sprus.

Contoh hidupan liar: Moose, elk, lynx, brown bear dan harimau Siberia.

Terra rossa

Berada di kawasan Hutan Mediterranean.

Merupakan campuran tanah liat dan pasir, warna merah atau coklat kemerahan.

Tanih terra rossa menggalakkan pertumbuhan Hutan Mediterranean yang terdiri daripada hutan bangkut dan juga hutan pokok tirus di kawasan tanah tinggi.

Tanih ini juga sesuai menjadi habitat pelbagai jenis hidupan liar.

Contoh tumbuh-tumbuhan: Rosemary, lavender, laurel dan pain.

Contoh hidupan liar: Serigala, rusa, landak dan helang.

 
Iklim
Iklim Keterangan
Gurun Panas

Kawasan: Gurun Arab (meliputi negara Jordan, Iraq, Kuwait, Oman, Qatar, Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu dan Yamen) yang terletak di Asia Barat.

Angin: Kawasan Gurun Arab panas dan kering sepanjang tahun kerana Angin Timuran yang bertiup dari kawasan darat adalah angin kering dan tidak membawa hujan.

Hujan: Jumlah hujan tahunan di Gurun Arab adalah kurang daripada 250 mm

Suhu: Min suhu tahunan di Gurun Arab ialah 25˚C, suhu pada waktu siang di Gurun Arab adalah tinggi, iaitu antara 32˚C hingga 36˚C kerana langit tidak berawan, suhu pada waktu malam adalah lebih sejuk, iaitu kira-kira 5˚C dan julat suhu tahunan adalah antara 17˚C hingga 20˚C

Contoh-contoh tumbuhan: Rumput alfalfa, Pokok caper, Pokok ghaf, Pokok saltbushes

Contoh-contoh hidupan liar: Tikus jerboa, Oryx, Labah-labah, Musang fennec, Rusa gazelle dan Unta

Monsun Tropika

Kawasan: India, Sri Lanka, Pakistan, Bangladesh, Filipina, Myanmar, Thailand, Vietnam, Laos dan Kemboja

Angin: Angin monsun lembap bertiup dari laut ke darat menyebabkan hujan berlaku semasa musim panas. Manakala, angin monsun kering bertiup dari darat ke laut menyebabkan musim kering yang nyata berlaku

Hujan: Hujan tahunan adalah lebat tetapi taburannya adalah tidak sekata, iaitu antara 1 000 mm hingga 2 000 mm

Suhu: Iklim ini mempunyai suhu antara 24˚C hingga 27˚C sepanjang tahun

Contoh-contoh tumbuhan: Pokok jati, Pokok mahogani, Pokok pakis, Pokok buluh

Contoh-contoh hidupan liar: Cerpelai, Burung murai. Burung bangau, Binturong, Biawak, Harimau bintang, Gajah, Monyet

Siberia

Kawasan: Di utara Asia, kawasan iklim Siberia meliputi sebahagian besar wilayah Rusia manakala di utara Eropah, kawasan iklim Siberia meliputi negara Poland dan Jerman

Angin: Angin barat daya di selatan Siberia membawa udara panas dari Asia Tengah dan Timur Tengah

Hujan: Jumlah kerpasan tahunan di kawasan beriklim Siberia adalah kira-kira 500 mm. Pada musim sejuk, kerpasan turun dalam bentuk salji

Suhu: Musim panas yang pendek dengan suhu antara 15˚C hingga 20˚C. Musim sejuk di kawasan ini adalah antara enam hingga lapan bulan dengan suhu antara -17˚C hingga -5˚C. Musim bunga dan musim luruh adalah sangat singkat

Julat suhu tahunan adalah sangat besar, iaitu antara 30˚C hingga 50˚C

Contoh-contoh tumbuhan: Pain merah, Paper birch, Dahurian larch

Contoh-contoh hidupan liar: Martens, Mink, Beruang kutub, Harimau Siberia, Siberian Wolf, Lynx

Laurentia

Kawasan: Meliputi kawasan Kanada Timur, Timur Laut Amerika Syarikat, China (utara) dan Manchuria, Korea Utara, Jepun (utara) serta Patagonia di Amerika Selatan

Angin: Arus sejuk merendahkan suhu di kawasan pantai Jepun, China, Korea Utara dan kawasan Siberia. Angin monsun Barat Laut bertiup dari darat menyebabkan musim dingin adalah kering

Hujan: Hujan turun sepanjang tahun, hujan tahunan antara 500 mm hingga 1000 mm dan hujan lebih banyak pada musim panas. Salji turun pada musim sejuk

Suhu: Min suhu tahunan adalah antara 9˚C hingga 17˚C. Pada musim panas, suhu adalah sederhana panas dan singkat, iaitu antara 21˚C hingga 26˚C. Pada musim sejuk, suhu adalah sangat sejuk, iaitu kira-kira -6˚C hingga 10˚C. Julat suhu tahunan adalah antara 20˚C hingga 30˚C

Contoh-contoh tumbuhan: Pokok maple, Pokok fir, Pokok beech, Pokok yellow birch

Contoh-contoh hidupan liar: Wood duck, Beaver, Canadian lynx, Canadian goose, Northern flicker, Chipmunk