Carta Pai

02

 Carta Pai

DEFINISI CARTA PAI

Sejenis gambar rajah atau perwakilan grafik untuk memaparkan pembahagian atau pecahan data dan maklumat dalam bentuk bulatan yang dibahagikan kepada beberapa sektor.

Ciri-Ciri Carta Pai
Kegunaan Carta Pai
Langkah-langkah Membina Carta Pai
Jadual 2.1 menunjukkan kedatangan pelancong mengikut negara asal ke negeri Pahang pada tahun 2016. Ikuti langkah-langkah yang berikut untuk menghasilkan sebuah carta pai yang lengkap:
 
Ikuti langkah-langkah yang berikut untuk menghasilkan sebuah carta pai yang lengkap:

Tukarkan nilai mutlak dalam jadual kepada peratus

Contoh: Peratus bagi pelancong dari negara Jepun

\(\dfrac{\text{238 378}}{\text{347 197}}\times100\%=69\%\)

Tentukan saiz sudut setiap sektor

Contoh: Saiz sudut sektor bagi pelancong dari negara Jepun

\(\dfrac{69}{100}\times360^\circ=248^\circ\)

Tentukan jejari yang sesuai dan lukis sebuah bulatan dengan menggunakan jangka lukis

Lukiskan jejari dari pusat bulatan tegak ke atas.

Lukiskan setiap sektor daripada nilai yang terbesar kepada nilai yang terkecil mengikut arah putaran jam dengan menggunakan jangka sudut.

Warna atau lorekkan sektor dan tuliskan nilai peratus pada setiap sektor.

Lengkapkan carta pai dengan tajuk, petunjuk dan jumlah keseluruhan

Mentafsir Carta Pai

Langkah-langkah mentafsir carta pai:

  1. Kenal pasti tajuk
  2. Kenal pasti sektor
  3. Nyatakan nilai keseluruhan dan nilai setiap sektor
  4. Nyatakan nilai sektor tertinggi dan terendah
  5. Nyatakan perbezaan nilai antara sektor
  6. Huraikan isi tersirat berdasarkan dapatan data
  7. Buat rumusan keseluruhan