Jadual dan Graf

01 Jadual dan Graf
 
DEFINISI JADUAL
Jadual merupakan cara untuk mempersembahkan sesuatu data dan maklumat lebih tersusun. Data dan maklumat yang dipersembahkan dalam bentuk jadual lebih mudah dibaca, difahami dan ditafsir
 
Ciri-Ciri Jadual
Kegunaan Jadual
 
Kaedah Pengumpulan Maklumat dan Keterangannya
Kaedah pengumpulan maklumat Keterangan
Kaedah permerhatian

Kaedah paling mudah dan cepat dilakukan.

Maklumat yang hendak dikumpulkan dapat diperoleh melalui pemerhatian dan mencatat perkara-perkara yang berkaitan dengan maklumat yang hendak dikumpulkan.

Kaedah temubual

Kaedah pengumpulan maklumat secara lisan melalui perjumpaan atau soal jawab dengan seseorang.

Kaedah ini sesuai untuk mengumpul data atau maklumat yang berkait dengan berita, pendapat dan nasihat

Banci

Kaedah pengumpulan maklumat yang berkaitan dengan sesuatu jumlah yang dihitung.

Jabatan Perangkaan Malaysia kebiasaannya menggunakan kaedah ini untuk menghitung jumlah penduduk Malaysia berdasarkan perkara-perkara seperti umur, pekerjaan, pendapatan, bangsa dan jantina

Soal selidik

Dilakukan dengan mengedarkan borang soal selidik kepada orang ramai dan borang yang telah diisi perlu dikumpulkan semula.

Rujukan kepustakaan Merujuk kepada bahan-bahan yang sudah diterbitkan seperti buku, majalah. risalah, keratan akhbar, laman web dan cakera padat
 
DEFINISI GRAF
Merupakan persembahan data yang boleh didapati dalam bentuk graf bar mudah, graf garisan mudah dan graf gabungan
 
Jenis Graf, Ciri-Ciri dan Kegunaannya
Graf bar mudah
Ciri-ciri Kegunaan

Paksi menegak, paksi mendatar, tajuk, petunjuk Bar-bar dilukis secara menegak atau mendatar dan ketinggian bar mewakili kuantiti sesuatu komponen

Untuk mempersembahkan data yang boleh dikira seperti orang, kereta, rumah dan lain-lain

Digunakan untuk menunjukkan perbezaan antara komponen yang dikaji

 
Sumber: Buku Teks Geografi Tingkatan 3 (KSSM)
 
Graf garisan mudah
Ciri-ciri Kegunaan

Dilukis secara garisan yang panjang

Garisan yang curam menggambarkan perubahan yang besar

Garisan yang landai menggambarkan perubahan yang kecil

Garisan mendatar bermakna tiada perubahan yang berlaku pada nilai yang berkenaan dalam tempoh masa tertentu

Untuk menunjukkan sesuatu perkara yang mengalami perubahan jumlah atau nilai yang berterusan

Data yang dipersembahkan menggunakan graf garisan ialah maklumat mengenai: Min suhu bulanan, perubahan penduduk dan jualan barang atau produk dan lain-lain

 
Sumber: Buku Teks Geografi Tingkatan 3 (KSSM)
 
Graf gabungan
Ciri-ciri Kegunaan

Gabungan graf bar mudah dan graf garisan Menunjukkan dua maklumat yang berlainan dalam satu graf

Menunjukkan perubahan atau perbezaan antara dua perkara yang saling berkaitan

Sesuai digunakan untuk data dan maklumat seperti

  • Suhu dan hujan
  • Harga jualan dan pengeluaran
 
Sumber: Buku Teks Geografi Tingkatan 3 (KSSM)
 
Langkah-langkah Membina Jadual
  1. Data dan maklumat yang diperoleh harus disusun dalam bentuk jadual supaya mudah dibaca, difahami dan ditafsir.
  2. Bina jadual kekerapan.
  3. Ringkaskan jadual dalam bentuk yang lebih mudah.
  4. Perlu ada tajuk jadual.
  5. Sertakan sumber.
 

Contoh 1

Berikut merupakan data maklumat mengenai cara pelajar Tingkatan 3 Mutiara datang ke SMK Orkid pada tahun 2017.

 
Jadual 1.1 Cara murid Tingkatan 3 Mutiara datang ke SMK Orkid pada tahun 2017
 
Melalui data seperti di atas, dapat diringkaskan dalam bentuk jadual kekerapan dan jadual bentuk mudah.
 
  • Jadual kekerapan
Jadual 1.2 Cara murid Tingkatan 3 Mutiara datang ke SMK Orkid pada tahun 2017
 
  • Jadual lebih mudah
Jadual 1.2 Cara murid Tingkatan 3 Mutiara datang ke SMK Orkid pada tahun 2017
(Sumber: soal selidik)
 
Mentafsir Jadual, Graf Bar Mudah, Graf Garisan dan Graf Gabungan

Tafsiran perlu dibuat untuk memahami data jadual dan graf.

Tafsiran graf dapat membantu untuk mengembangkan data secara terperinci.

Langkah-langkah untuk mentafsir jadual, graf bar mudah, graf garisan mudah dan graf gabungan :

  1. Perhatikan tajuk.
  2. Perhatikan maklumat di dalam jadual.
  3. Perhatikan paksi menegak dan paksi mendatar.
  4. Kenal pasti dan huraikan nilai maksimum dan minimum data.
  5. Huraikan aliran perubahan data (graf garisan mudah).
  6. Huraikan isi tersirat berdasarkan data.
  7. Buat rumusan secara keseluruhan.