Sumber Air

 

 Sumber Air

 
Jenis-jenis Sumber Air
 

Malaysia menerima jumlah hujan yang tinggi sepanjang tahun, iaitu kira-kira  2 500 mm hingga 3 000 mm setahun.  

Malaysia kaya dengan dua sumber air, iaitu:

  • Air permukaan
  • Air bawah tanah.

Sumber air permukaan adalah sumber air utama

Sebahagian kecil sahaja sumber air bawah tanah digunakan

Secara  umumnya, 97% sumber air negara adalah daripada air permukaan

 

Air Permukaan 

  • Didapati di permukaan daratan.
  • Air hujan akan mengalami beberapa proses hidrologi seperti:
  1. Intersepsi
  2. Infiltrasi.
  • Air hujan mengalir di permukaan bumi sebagai air permukaan  yang akan sampai ke sistem saliran seperti:
  1. Sungai
  2. Empangan
  3. Tasik.
  • Sungai merupakan sumber air utama untuk:
  1. Kegunaan harian
  2. Industri
  3. Sumber pengairan bagi pertanian.
  • Terdapat lebih kurang 150 lembangan sungai utama di Malaysia yang membekalkan sumber air mentah negara.

 

Sungai Yang Membekalkan Sumber Air Utama Di Malaysia
  • Sungai Kelantan, Kelantan
  • Sungai Rajang, Sarawak
  • Sungai  Pahang, Pahang
  • Sungai Muda, Kedah
  • Sungai Kinabatangan, Sabah

 

Tasik Yang Membekalkan Sumber Air Utama Di Malaysia
  • Tasik Banding, Perak
  • Tasik Kenyir, Terengganu
  • Tasik Bera, Pahang
  • Tasik Chenderoh, Perak

 

 

Air bawah tanah

  • Air yang tersimpan dalam lapisan tanah atau batuan yang terletak di bawah permukaan bumi.
  • Malaysia mempunyai kira-kira 5 000 bilion meter padu simpanan air bawah  tanah  yang  belum  diterokai
  • Hanya tiga peratus air bawah tanah yang digunakan di Malaysia.
 
Punca Krisis Air Di Malaysia
 
  • Penebangan hutan di kawasan tadahan air
    • Hutan merupakan ekosistem yang penting untuk sumber bekalan air bersih.
    • Penerokaan hutan secara meluas dalam kegiatan pembalakan dan pertanian menjadi punca hakisan tanah.
    • Pemendapan dan hakisan cerun menjejaskan bekalan serta kualiti sumber air.
  • Fenomena Cuaca
    • Fenomena cuaca seperti kemarau dan El Nino merupakan salah satu punca berlakunya krisis air di Malaysia.
    • Pada tahun 2016, berlaku fenomena El Nino yang menyebabkan kemarau panjang di seluruh Semenanjung Malaysia.
      • Antara kesannya adalah penyusutan aras air di Empangan Timah Tasoh (Perlis) dan Empangan Tasik Merah (Perak) sehingga mencapai tahap kritikal.
  • Pembuangan Sampah Sarap ke dalam Sungai
    • Kebanyakan sungai di Malaysia tercemar dengan sampah dan sisa industri.
    • Berdasarkan pemantauan Jabatan Alam Sekitar pada tahun 2016, sebanyak 229 daripada 473 sungai di seluruh negara didapati tercemar.
  • Permintaan yang Tinggi Sektor Perindustrian
    • Menjelang tahun 2020, permintaan air dalam sektor perindustrian akan terus meningkat.
    • Antara industri yang melibatkan banyak penggunaan air ialah industri pemprosesan makanan, industri pembuatan dan penyaduran serta industri kimia.
  • Penggunaan Baja Kimia dan Racun Serangga dalam Pertanian
    • Penggunaan baja kimia dan racun serangga yang berlebihan atau tidak mengikut piawaian dalam pertanian menyebabkan pencemaran sungai yang serius.
  • Peningkatan Populasi Penduduk Malaysia
    • Pada tahun 2020, penduduk Malaysia dianggarkan berjumlah 35 juta orang.
    • Pertambahan penduduk menyebabkan peningkatan permintaan terhadap air.
 
Kesan Krisis Air Di Malaysia
 
  • Kekurangan Bekalan Air Bersih
    • Bekalan air bersih terpaksa dicatu apabila berlaku krisis air.
    • Kekurangan bekalan air juga akan menyukarkan kegiatan harian penduduk dan mengganggu sektor perindustrian.
  • Kesan ke Atas Tanih
    • Krisis air akan menyebabkan tanah menjadi kering-kontang dan mengubah tekstur tanah.
    • Masalah ini memberi kesan terhadap kegiatan pertanian seperti penanaman padi seterusnya menjejaskan bekalan makanan dan hasil pengeluaran negara.
  • Kepupusan Flora dan Fauna
    • Pencemaran air menyebabkan flora dan fauna mati dan pupus.
    • Kepupusan flora dan fauna akan menyebabkan ketidakseimbangan ekosistem yang dapat mengancam kehidupan manusia.
    • Pencemaran air pula memberi kesan buruk terhadap hidupan akuatik.
  • Kemudaratan kepada Manusia
    • Penyakit bawaan air boleh menular kepada manusia setelah bekalan air bersih tercemar.
    • Sebagai contoh, penyakit bawaan air ialah taun, demam kepialu dan leptospirosis.
 
Langkah Mengurangkan Kesan Krisis Air 
 
  • Pemeliharaan dan Pemuliharaan Kawasan Tadahan Hujan
    • Hutan di kawasan tanah tinggi berperanan sebagai kawasan tadahan hujan.
    • Penjagaan dan pengekalan kawasan tadahan hujan penting untuk memastikan sumber air yang selamat dan bersih.
    • Sebagai contoh, kawasan hutan seluas 160 000 hektar di Padang Terap, Kedah merupakan kawasan tadahan hujan bagi Empangan Pedu.
  • Penguatkuasaan Undang-undang
    • Penguatkuasaan undang-undang perlu dilaksanakan untuk mengurangkan kesan krisis air.
    •  Pihak berkuasa sentiasa memantau pengusaha industri yang sering melakukan pembuangan sisa toksik dan bahan buangan kimia ke longkang dan seterusnya ke sungai.
    • Pemantauan terhadap penggunaan baja kimia dan racun serangga dilaksanakan agar pengusaha pertanian mengikut piawaian yang ditetapkan.
    • Sebagai contoh, penguatkuasaan undang-undang yang melibatkan krisis air adalah Akta Suruhanjaya Perkhidmatan Air dan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
  • Rawatan Air Kumbahan
    • Rawatan air kumbahan ialah proses bahan pepejal yang diasingkan, kemudian dirawat, ditapis dan dilepaskan ke sungai.
    • Tujuannya adalah untuk menjadikan air selamat digunakan.
    • Sebagai contoh, Kerajaan Malaysia menubuhkan Indah Water Consortium (IWK) pada tahun 1994 untuk membangunkan dan menyelenggara sistem rawatan air kumbahan.
  • Meneroka Air Bawah Tanah
    • Dianggarkan hanya 3% air bawah tanah yang telah diteroka di Malaysia.
    • Air bawah tanah di Malaysia mampu diekstrak sebanyak enam bilion meter padu setahun.
    • Sebagai contoh, perlaksanaan penerokaan air bawah tanah telah dijalankan di negeri Kelantan dan Selangor.
  • Kempen Kesedaran Terhadap Alam Sekitar
    • Kempen kesedaran dan pendidikan penting untuk menyedarkan masyarakat tentang penjagaan alam sekitar.
    • Kempen tentang pentingnya penjagaan alam sekitar perlu diberikan sejak peringkat awal lagi dengan melibatkan murid-murid dalam pelbagai aktiviti yang berkaitan dengan alam sekitar.
    • Pelbagai pihak seperti kerajaan, badan bukan kerajaan dan media massa memainkan peranan penting dalam melaksanakan kempen ini bagi menyedarkan orang awam.
    • Sebagai contoh, kempen Sambutan Hari Sungai Sedunia yang dianjurkan oleh WWF pada 27 September 2015.