Bentuk Muka Bumi

06 Bentuk Muka Bumi
 
Bentuk Muka Bumi di Malaysia
 
Bentuk muka bumi Keterangan
Tanah tinggi

Tanah tinggi merujuk kepada kawasan ketinggian melebihi 180 m dari aras laut merangkumi banjaran gunung dan dataran tinggi.

Banjaran gunung di Malaysia terjadi akibat daripada proses lipatan.

Banjaran Titiwangsa tinggi di bahagian utara dan semakin rendah ke selatan Semenanjung Malaysia.

Kebanyakan banjaran terbentuk di bahagian tengah Semenanjung Malaysia, pedalaman Sarawak dan di barat serta tengah negeri Sabah.

Kawasan tanah tinggi mempunyai suhu yang rendah. Sebagai contoh, purata suhu di Cameron Highlands ialah 19°C, berbanding Kuala Lumpur 27°C

Tanah pamah

Tanah pamah ialah kawasan yang rendah dan ketinggian tidak melebihi 180 m dari aras laut.

Kebanyakan tanah pamah di Malaysia terdapat di lembangan sungai, dataran, delta dan dataran pantai.

Sebagai contoh, Dataran Kelantan, Dataran Kedah–Perlis, Delta Rajang dan Delta Segama.

Pinggir laut

Malaysia mempunyai pinggir laut yang panjang, iaitu kira-kira 4 800 km.

Malaysia dikelilingi Laut China Selatan, Laut Sulu, Laut Sulawesi dan Selat Melaka.

Terdapat pelbagai bentuk muka bumi pinggir laut seperti pulau, teluk, tanjung dan lagun. Malaysia dikelilingi laut cetek yang terletak atas pentas benua dikenali sebagai Pentas Sunda.

Di pinggir pantai terdapat ciri fizikal seperti pantai, tebing tinggi, tanjung, teluk, gerbang laut, batu tunggul dan batu sisa.

Saliran

Saliran di Malaysia merujuk kepada sungai dan tasik.

Kebanyakan sungai berpunca dari kawasan tadahan hujan di tanah tinggi.

Selain sungai, terdapat tasik semula jadi dan tasik buatan manusia di Malaysia.

 
Lokasi Pelbagai Bentuk Muka Bumi Di Malaysia
 
Tanah tinggi
Tanah tinggi merujuk kepada kawasan yang melebihi 180 m dari aras laut. Tanah tinggi di Malaysia terdiri daripada rangkaian banjaran gunung dan dataran tinggi
Di Semenanjung Malaysia Di Sabah dan Sarawak

Tanah tinggi di Semenanjung Malaysia berpunca dari Dataran Tinggi Yunan di pedalaman negara China yang merentasi Thailand dan menganjur dari utara ke selatan Semenanjung Malaysia.

Banjaran gunung di Semenanjung Malaysia merupakan gunung lipat tua yang stabil.

Banjaran Titiwangsa tinggi di utara dan menganjur semakin rendah ke selatan.

Banjaran Titiwangsa merupakan 'tulang belakang' Semenanjung Malaysia.

Contoh-contoh banjaran: Banjaran Tahan dan Banjaran Benom.

Contoh-contoh gunung: Gunung Korbu (2 182 m) dan Gunung Tahan (2 187 m ) (terletak di atas Banjaran Tahan).

Kawasan tanah tinggi terletak di pedalaman Sarawak dan Sabah

Terdapat beberapa banjaran dan gunung di Sarawak dan Sabah.

Banjaran Crocker, Banjaran Trus Madi dan Banjaran Brassey terletak di Sabah.

Gunung di Sabah: Gunung Trus Madi dan Gunung Kinabalu (gunung tertinggi di Malaysia) yang terletak di Banjaran Crocker

Di Sarawak terdapat Banjaran Tama Abu, Banjaran Pergunungan Iran, Pergunungan Hose dan Banjaran Kapuas Hulu.

Gunung di Sarawak: Gunung Mulu

 
Tanah pamah
Tanah pamah ialah kawasan datar atau beralun yang berketinggian kurang daripada 180 m dari aras laut. Kawasan tanah pamah Malaysia terdiri daripada delta, dataran pantai dan lembangan sungai
Di Semenanjung Malaysia Di Sabah dan Sarawak

Tanah pamah di Semenanjung Malaysia terletak di bahagian pantai barat dan pantai timur Dataran Kedah–Perlis, Dataran Hulu Sungai Perak, Dataran Kelantan dan sebagainya.

Dataran Kedah–Perlis

Bermula dari utara, iaitu di negeri Perlis seterusnya hingga ke selatan negeri Kedah

Kawasan tanah pamah yang rata terdiri daripada jenis tanih aluvium

Kawasan yang sesuai untuk penanaman padi

Dataran Kelantan

Tanah pamah yang rendah dan rata

Diliputi tanih jenis aluvium

Kawasan yang subur untuk kegiatan pertanian

Dataran Hulu Sungai Perak

Sambungan jaluran tanah pamah dari utara ke selatan negeri Perak

Kawasan tanah pamahnya luas

Kawasan tanah pamah sesuai untuk pelbagai kegiatan ekonomi

Kawasan tanah pamah terletak di pantai timur dan pantai barat negeri Sabah. Dataran di pantai timur Sabah adalah lebih luas berbanding pantai barat.

Dataran di sepanjang pantai barat negeri Sarawak pula merupakan tanah pamah yang luas.

Delta Rajang membentuk lembangan yang luas di pantai barat negeri Sarawak.

Dataran Pantai Timur Sabah

Dataran di pantai timur Sabah adalah lebih luas berbanding pantai barat

Kawasan tanah pamah lebih lebar

Terdapat banyak kawasan berpaya

Sesuai untuk kegiatan pertanian seperti tanaman kelapa sawit, getah dan koko

Dataran Pantai Barat Sabah

Tanah pamah yang agak sempit dan terputus-putus

Terbentuk di kaki Banjaran Crocker

Sesuai untuk kegiatan perindustrian seperti di Likas dan Kepayan

Dataran Pantai Barat Sarawak

Dataran yang luas dan terdiri daripada tanih yang subur untuk kegiatan pertanian seperti lada hitam, padi dan nanas

Sangat sesuai sebagai pusat petempatan dan pentadbiran

 
Pinggir laut

Malaysia mempunyai kawasan pinggir laut yang panjang.

Kedalaman laut di pesisiran Malaysia agak cetek, iaitu lebih kurang 180 m.

Semua negeri di Malaysia mempunyai kawasan pinggir laut kecuali Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Secara keseluruhannya, Malaysia mempunyai kawasan pantai sepanjang kira-kira 4 800 km.

Selain itu, kawasan pinggir laut di Malaysia mempunyai pelbagai bentuk muka bumi seperti pulau, teluk, tanjung dan lain-lain lagi

 
 

Tebing tinggi terbentuk akibat hakisan ombak semasa air pasang

Gua merupakan kesan lekukan yang terbentuk akibat tindakan ombak terhadap tebing tinggi

Gerbang laut terbentuk disebabkan hakisan ombak yang berterusan dan menembusi dinding gua laut.

Batu tunggul hasil daripada runtuhnya gerbang laut

Tanjung terbentuk akibat hakisan ombak terhadap batuan lembut.

Teluk terbentuk akibat hakisan ombak terhadap  batuan lembut di pinggir pantai.

Pulau ialah daratan yang dikelilingi oleh laut, contohnya: Pulau Langkawi (Kedah), Pulau Redang (Terengganu), Pulau Sipadan (Sabah) dan Pulau Tatagan, Semporna (Sabah)

 
Saliran

Saliran di Malaysia merujuk kepada sungai dan tasik. Pada umumnya, sungai-sungai di Malaysia adalah pendek, beraliran deras dan berliku-liku

Selain itu, terdapat beberapa tasik semula jadi dan tasik buatan manusia.

Saliran di Malaysia: Sungai Muda, Sungai Perak, Sungai Kelantan, Sungai Bernam, Sungai Pahang, Sungai Endau, Sungai Sugut, Sungai Padas , Sungai Kinabatangan, Sungai Baram, Sungai Rajang, Sungai Batang Lupa

 
Kepentingan Pelbagai Bentuk Muka Bumi di Malaysia
 
Tanah tinggi

Pelancongan

Kawasan tanah tinggi mempunyai pemandangan yang menarik, suhu yang nyaman, sesuai untuk pelancongan, contohnya: Bukit Bendera (Pulau Pinang), Gunung Kinabalu (Sabah) dan Genting Highlands (Pahang)

Pertanian

Kawasan tanah tinggi sesuai untuk tanaman hawa sederhana seperti sayur-sayuran, bunga-bungaan dan buah-buahan, contohnya: Cameron Highlands (Pahang) dan Tanah Tinggi Kundasang (Sabah)

Jana Kuasa Hidroelektrik

Kawasan tanah tinggi menerima hujan yang banyak sesuai untuk penjanaan kuasa hidroelektrik, contohnya: Empangan Kenyir (Terengganu), Empangan Temenggor (Perak), Empangan Chenderoh (Perak), Empangan Bakun (Sarawak), Empangan Batang Ai (Sarawak) dan Empangan Tenom Pangi (Sabah)

Tanah pamah

Petempatan

Kawasan tanah pamah yang rata serta struktur tanah yang stabil sesuai untuk petempatan, contohnya: Kuala Lumpur, Alor Setar (Kedah), Johor Bahru (Johor), Sandakan (Sabah)

Perindustrian dan Perdagangan

Kawasan tanah pamah dilengkapi kemudahan infrastruktur asas berpotensi menjadi kawasan perindustrian dan perdagangan, contohnya: Kawasan perindustrian Perai (Pulau Pinang), Kawasan perindustrian Shah Alam (Selangor), Kawasan perindustrian Kamunting (Perak)

Perhubungan dan Pengangkutan

Jalan raya, landasan kereta api dan lapangan terbang dapat dibina di tanah pamah, contohnya: Lebuhraya Utara – Selatan, Lapangan terbang KLIA, Landasan kereta api Laluan Pantai Barat

Pertanian

Kawasan tanah pamah sesuai untuk pertanian, contohnya: Padi di Dataran Kedah – Perlis, Dataran Kelantan dan Delta Rajang.

Getah, kelapa sawit dan nanas di Dataran Johor

Saliran

Sempadan

Sungai di Malaysia berfungsi sebagai sempadan antarabangsa dan sempadan negeri, contohnya: Sungai Golok - sempadan antarabangsa antara negara Malaysia dengan negara Thailand dan Sungai Bernam - sempadan antara negeri Selangor dengan Perak.

Perikanan

Sungai dan tasik penting untuk kegiatan penternakan dan penangkapan ikan air tawar, contohnya: Sungai Endau (Johor), Sungai Rajang (Sarawak), Sungai Pahang (Pahang), Tasik Kenyir (Terengganu)

Perhubungan dan Pengangkutan

Sungai juga digunakan untuk mengangkut kayu balak, contohnya: Sungai Kinabatangan (Sabah), Sungai Rajang (Sarawak), Sungai Baram (Sarawak)

Pengairan dan Penjanaan Hidroelektrik

Sungai dijadikan empangan untuk penjanaan kuasa hidroelektrik, contohnya:, Empangan Tenom Pangi (Sabah), Empangan Murum (Sarawak), Empangan Kenering (Perak) dan Empangan Pergau (Kelantan)

Pinggir laut

Perikanan

Antara kawasan perikanan utama di Malaysia, contohnya: Kuala Selangor (Selangor), Kuala Muda (Kedah), Sandakan (Sabah)

Pelancongan

Kawasan pinggir laut mempunyai pelbagai ciri fizikal yang mampu menggalakkan kegiatan pelancongan, contohnya: Pulau Pangkor (Perak), Pulau Sipadan (Sabah), Pulau Tioman (Pahang)

Perlombongan

Kawasan pesisir pantai kaya dengan sumber mineral seperti petroleum dan gas asli. Sumber ini terdapat di luar kawasan pesisir pantai Terengganu, Sarawak dan Sabah.

Pelabuhan

Kawasan pinggir laut berteluk dan terlindung daripada tiupan angin kencang sesuai dijadikan tapak pelabuhan, contohnya: Pelabuhan Klang (Selangor), Pelabuhan Pasir Gudang (Johor)