Penduduk Di Malaysia

 
  8    

Penduduk Di Malaysia                                                            

 
Taburan Penduduk Di Malaysia
 

Taburan penduduk merujuk kepada sebaran penduduk di sesuatu kawasan atau negara

Taburan penduduk di Malaysia tidak sekata.

Secara umumnya, terdapat kawasan yang berpenduduk padat, sederhana dan jarang.

  • Padat
    • Penduduk mebih daripada 200 orang bagi sekilometer persegi
    • Menjadi tumpuan penduduk kerana kawasannya rata dan subur serta sesuai untuk pelbagai kegiatan seperti pertanian, perindustrian, perniagaan dan perlombongan
    • Antara bandar utama yang berpenduduk padat ialah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Shah Alam (Selangor), Kuching (Sarawak), Kota Kinabalu (Sabah), Ipoh (Perak), Alor Setar (Kedah) dan Johor Bahru (Johor)
  • Sederhana
    • Penduduk di antara 50 – 200 orang bagi sekilometer persegi
    • Banyak tertumpu di kawasan pertanian, pesisir pantai dan bandar kecil
    • Antara bandar berpenduduk sederhana ialah Tumpat (Kelantan), Dungun (Terengganu) dan Felda Tunku (Sabah)
  • Jarang
    • Penduduk kurang daripada 50 orang bagi sekilometer persegi
    • Tertumpu di kawasan yang berhutan tebal dan kawasan tanah tinggi • Melibatkan kawasan bergunung-ganang dan kawasan pedalaman
    • Antara kawasan berpenduduk jarang ialah Tasik Banding (Perak), Kuala Tahan (Pahang) dan Kapit (Sarawak)
 
Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Taburan Penduduk Malaysia
 
Faktor yang mempengaruhi taburan penduduk antara :
 
  • Faktor fizikal
    • Tanah Pamah
      • Kawasan tumpuan penduduk kerana sesuai untuk pelbagai aktiviti ekonomi dan kawasan petempatan
      • Sebagai contoh, kawasan Dataran Kedah–Perlis dan Dataran Kelantan merupakan kawasan pertanian
      • Antara kawasan tanah pamah yang menjadi bandar, ialah Seremban (Negeri Sembilan), Petaling Jaya (Selangor) dan Sibu (Sarawak)
    • Tanah Tinggi
      • Kawasan ini kurang menjadi tumpuan penduduk akibat darjah ketersampaian (keadaan atau kuantiti yang menggambarkan cepatnya sesuatu lokasi dapat ditujui dari lokasi lain dan dengan itu memudahkan pertemuan dan interaksi yang rendah)
      • Kawasan kediaman juga sukar dibina dan memerlukan kos yang tinggi kerana bentuk muka bumi yang tidak rata
      • Kawasan berpenduduk jarang melibatkan kawasan banjaran di Malaysia, contohnya Ulu Tembeling (Pahang), kawasan Banjaran Kapuas Hulu (Sarawak) dan Banjaran Tahan (Pahang)
    • Pinggir Laut dan Saliran
      • Kawasan yang berpenduduk padat dan sederhana padat
      • Menjadi tumpuan penduduk akibat pengaruh kegiatan ekonomi perikanan dan pertanian
      • Kawasan pesisir pantai dan sungai menyediakan kemudahan perhubungan yang baik seperti di Besut (Terengganu), sepanjang Sungai Rajang (Sarawak) dan Sungai Kinabatangan (Sabah)
      • Terdapat juga kawasan berpenduduk jarang terutama di kawasan berpaya, contohnya sekitar Tasik Chini dan Tasik Bera (Pahang)
 

 

 
[Gambar ini menunjukkan satu carta alir atau peta minda yang menerangkan empat faktor ekonomi di Pandai (mungkin merujuk kepada negara atau kawasan Pandai). Teks dalam gambar adalah dalam Bahasa Melayu.  Pada bahagian paling atas, terdapat perkataan
 
  • Faktor sosial
    • Infrastruktur
      • Kawasan yang mempunyai kemudahan seperti bekalan air, elektrik, kemudahan telekomunikasi serta kemudahan pengangkutan menjadi tumpuan penduduk
      • Kawasan pedalaman berpenduduk jarang kerana tidak mempunyai kemudahan sosial yang lengkap
    • Pendidikan
      • Kawasan yang mempunyai kemudahan pendidikan seperti pusat pengajian tinggi menjadi pilihan
      • Sebagai contoh, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim (Perak) serta Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai (Johor) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi (Selangor)
 
  • Faktor dasar kerajaan / governan
    • Pembukaan Bandar Baharu
      • Pembukaan bandar baharu dapat menarik lebih banyak penduduk berhijrah
      • Perpindahan pusat pentadbiran persekutuan ke Putrajaya menyebabkan kawasan tersebut berpenduduk padat
    • Pewartaan Hutan Simpan dan Taman Negara
      • Langkah kerajaan mewartakan kawasan tertentu sebagai hutan simpan dan taman negara demi kelestarian alam menjadikan kawasan tersebut berpenduduk jarang
      • Sebagai contoh, Taman Negara (Pahang), Taman Negara (Pulau Pinang) dan Hutan Simpan Royal Belum (Perak)
    • Tanah Rancangan
      • Pembukaan kawasan pertanian melalui Rancangan Tanah Persekutuan (FELDA) menyebabkan kawasan tersebut berpenduduk sederhana padat
      • Sebagai contoh, kawasan Felda Kampung Sertik (Pahang) dan Felda Sahabat (Sabah)