|
Penduduk Dan Petemptan Di Asia Tenggara
|
|
|
Taburan Penduduk Di Asia tenggara |
|
|
Taburan penduduk merujuk kepada sebaran penduduk di sesuatu kawasan di muka bumi. Taburan penduduk di Asia Tenggara adalah berbeza-beza mengikut kawasan.
Peta di bawah merujuk kepada taburan penduduk di Asia Tenggara.
|
  |
|
Taburan Penduduk di Asia Tenggara
- Padat
- Ibu negara dan bandar utama
- Sungai sebagai jalan perhubungan
- Delta dan lembah sungai yang subur
- Dataran pantai untuk perikanan
- Sebagai contoh, pantai barat Semenanjung Malaysia, Pulau Jawa (Indonesia) dan Bangkok (Thailand)
- Sederhana
- Kawasan pinggir bandar
- Kawasan bandar baharu
- Kawasan pertanian
- Sebagai contoh, pantai timur Semenanjung Malaysia, pantai barat Sumatera (Indonesia), pantai Arakan Yoma (Myanmar) dan pinggir Sungai Mekong (Vietnam)
- Jarang
- Kawasan pedalaman yang mempunyai perhubungan yang terhad
- Kawasan pergunungan dan banjaran
- Kawasan berpaya dan berhutan tebal
- Sebagai contoh, kawasan pedalaman Sarawak dan Sabah (Malaysia), kawasan paya Sumatera Timur (Indonesia) dan kawasan Banjaran Annam (Vietnam)
|
|
Fungsi-fungsi Petempatan Bandar Utama Di Asia Tenggara |
|
|
Bandar utama seperti Kuala Lumpur, Jakarta, Manila, Bangkok dan Singapura mempunyai fungsi - fungsi tertentu seperti berikut :
|
Ibu Negara dan Pusat Pentadbiran
- Kebanyakan bandar utama di Asia Tenggara merupakan ibu negara dan berfungsi sebagai pusat pentadbiran.
- Sebagai contoh, Jakarta (Indonesia), Bangkok (Thailand) dan Manila (Filipina).
- Pusat Perdagangan
- Terdapat pusat perniagaan, gedung beli-belah dan aktiviti import dan eksport di bandar utama.
- Sebagai contoh, Bandung dan Surabaya (Indonesia), Johor Bahru (Johor) dan Orchard Road (Singapura).
- Pusat Pelancongan
- Bandar utama di Asia Tenggara menjadi daya tarikan pelancong.
- Pelancong datang setiap tahun untuk melawat dan menikmati panorama bandar setiap negara di Asia Tenggara.
- Sebagai contoh, Kuala Lumpur (Malaysia), Jakarta (Indonesia) dan Bangkok (Thailand).
- Pusat Perindustrian
- Perindustrian merupakan sektor sekunder yang penting dalam pembangunan ekonomi negara di Asia Tenggara.
- Bandar utama merupakan pusat perindustrian bagi setiap negara di Asia Tenggara.
- Sebagai contoh, Manila (Filipina) terkenal dengan industri pemasangan kenderaan bermotor dan besi keluli, Bangkok (Thailand) terkenal dengan industri elektrik dan elektronik serta industri makanan.
- Pusat Perhubungan dan Pengangkutan
- Pusat perhubungan dan pengangkutan terletak di bandar utama di Asia Tenggara.
- Sebagai contoh, pusat pengangkutan yang terdapat di bandar utama ialah Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta di Jakarta (Indonesia) dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (Malaysia).
- Bandar utama di Asia Tenggara juga mempunyai rangkaian Internet dan telekomunikasi yang lengkap.
|
 |
Lima Bandar Utama di Asia Tenggara
- Jakarta (Indonesia)
- Jumlah penduduk 10.4 juta orang (2016)
- Terletak di muara Sungai Tjiliwung di Pulau Jawa
- Pusat kegiatan ekonomi, pusat pendidikan dan pusat perdagangan
- Bandar metropolitan terbesar di Indonesia
- Bangkok (Thailand)
- Jumlah penduduk 9.44 juta orang (2016)
- Terletak di sebelah timur tebing Menam Chao Phraya
- Ibu negara Thailand • Pusat kegiatan ekonomi Thailand
- Berfungsi sebagai sebuah pelabuhan
- Terkenal dengan jolokan ‘Venice Timur’
- Kuala Lumpur (Malaysia)
- Jumlah penduduk 1.76 juta orang (2016)
- Terletak di pertemuan Sungai Klang dengan Sungai Gombak
- Ibu negara Malaysia
- Pusat perindustrian dan perdagangan, pusat pendidikan
- Bandar metropolitan terbesar di Malaysia
- Singapura
- Jumlah penduduk 5.70 juta orang (2016)
- Terletak di selatan Semenanjung Malaysia dipisahkan oleh Selat Tebrau
- Pusat kewangan dan perdagangan antarabangsa
- Antara pelabuhan terpenting didunia
- Bandar raya metropolitan
- Manila (Filipina)
- Jumlah penduduk 13.1 juta orang (2016)
- Ibu negara Filipina
- Terletak di timur Teluk Manila di Pulau Luzon
- Pusat kegiatan ekonomi utama Filipina
- Merupakan bandar raya kosmopolitan
|