Bentuk Muka Bumi Dan Saliran Di Asia Tenggara

 

 Bentuk Muka Bumi Dan Saliran Di Asia Tenggara

 
Negara-negara Di Asia Tenggara
 

Asia tenggara terletak di bahagian tenggara benua Asia

Kedudukannya di antara latitud 11°S dan longitud 135°T

Asia tenggara meliputi kawasan seluar 4 506 600km persegi

Asia tenggara terbahagi kepada tanah besar Asia Tenggara dan kepulauan Asia Tenggara yang terdiri daripada 11 buah negara

 
Negara di Tanah Besar Asia Tenggara Negara di Kepulauan Asia Tenggara

Malaysia (Semenanjung Malaysia)

  • Myanmar
  • Thailand
  • Kemboja
  • Laos
  • Vietnam

Malaysia (Sabah dan Sarawak)

  • Singapura
  • Brunei Darussalam
  • Indonesia
  • Timor Leste
  • Filipina
 
Bentuk Muka Bumi di Asia Tenggara
 

Pinggir laut

  • Semua negara di Asia Tenggara mempunyai pinggir laut kecuali Laos
  • Pinggir laut di Asia Tenggara cetek dan dikenali sebagai pentas benua
  • Laut yang terdapat di Asia Tenggara :
  1. Laut Andaman
  2. Laut China Selatan
  3. Laut Jawa
  4. Laut Sulawesi
  5. Laut Sulu
 

Tanah pamah

  • Tanah pamah banyak terdapat di delta dan lembah sungai
  • Kawasan yang subur dan sesuai untuk kegiatan pertanian seperti penanam padi
  • Kawasan ini berpenduduk padat kerana petempatan dan jaringan perhubungan mudah dibina
  • Contoh kawasan tanah pamah :
  1. Delta Sungai Mekong, Vietnam
  2. Delta Sungai Irrawaddy, Myanmar
  3. Lembah Menam Chao Phraya, Thailand
 

Tanah tinggi

  • Tanah tinggi di asia tenggara terdiri daripada :
  1. Gunung lipat muda
  2. Gunung lipat tua
  • Banjaran tinggi berpunca dari Banjaran Himalaya di utara dan mengunjur ke Asia Tenggara bermula di banjaran Arakan Yoma, Myanmar
  • Banjaran - banjaran lain seperti :
  1. Banjaran Annam, Vietnam
  2. Banjaran Bilauktaung, Thailand
  3. Banjaran Crocker, Malaysia
 

Gunung berapi

  • Kebanyakan gunung berapi terdapat di Indonesia dan Filipina
  • Gurung berapi yang masih aktif di Indonesia :
  1. Gunung Merapi
  2. Gunung Kerinci
  3. Gunung Krakatau
  • Gunung berapi yang masih aktif di Filipina :
  1. Gunung Mayon
  2. Gunung Pinatubo
 
Sungai Dan Tasik Utama Di Asia Tenggara
 

Sungai Mekong

  • Sungai terpanjang di Asia Tenggara (4880 km)
  • Sungai ini berpunca dari dataran tibet di utara, mengalir melalui :
  1. - Yunan, China
  2. - Myanmar
  3. - Thailand
  4. - Laos
  5. - Kemboja
  6. - dan berakhir di Vietnam
  • Lebih 90 juta penduduk bergantung pada sungai ini terutama pesawah padi
  • Kawasan lembah sungai subur sesuai untuk kegiatan pertanian
  • Lebih 140 000 km persegi padi sawah ditanam di lembangan Sungai Mekong
 

Sungai Irrawaddy

  • Sungai yang terpenting dan terpanjang di Myanmar (2293 km)
  • Mengalir dari utara ke selatan dan berakhir di Laut Andaman
  • Merupakan jalan perhubungan dan pengankutan serta menjadi tumpuan penduduk untuk sumber air dan protein
  • Delta Irrawaddy sesuai dijadikan kawasan pertanian terutama untuk penanam padi
 

Menam Chao Phraya

  • Sungai yang terpenting di Thailand (372 km)
  • Mengalir dari utara Thailand ke Teluk Siam
  • Lembah Chao Phraya dengan tanih aluvium yang subur untuk tanaman padi
  • Merupakan jalan pengangkutan utama di Thailand
  • Bandar raya bangkok terkenal dengan pasar terapung yang dikenali sebagai ‘Venice Timur’
  • Sungai ini juga penting untuk mengangkut kayu balak dan barangan pukal
 

Tonle Sap

  • Tasik air tawar terbesar di Asia Tenggara (2569 km persegi) terletak di barat Kemboja
  • Membekalkan sumber air untuk keperluan domestik penduduk Kemboja
  • Menjadi punca terbentuk terusan yang digunakan untuk menanam padi secara meluas
  • Perikanan air tawar merupakan kegiatan ekonomi terpenting dan dijalankan sepanjang tahun terutama pada musim kemarau sewaktu tasik menjadi cetek
  • Merupakan kawasan pelancongan dimana kapal akan mudik ke kawasan tasik melalui Sungai Mekong untuk membawa pelancong
 

Danau Toba

  • Terletak di Sumatera Utara, Indonesia yang terkenal sebagai kawasan perlancongan
  • Terbentuk di kawasan perlancongan
  • Merupakan tasik vulkanik yang terbentuk akibat ledakan gunung berapi antara 73000 hingga 75000 tahun yang lalu
  • Saiznya sepanjang 100 km dan lebar 30 km sedalam 500m - tasik vulkanik terbesar di dunia
  • Pulau Samosir terbentuk akibat pergerakan magma di bawah tasik ini
  • Membekalkan sumber air untuk keperluan domestik dan aktiviti pertanian