Petempatan Di Malaysia

 

 

Petempatan Di Malaysia

 
Jenis-Jenis Petempatan Di Malaysia
 

Petempatan

Bandar

Petempatan

Luar Bandar

Petempatan bandar yang mempunyai jumlah penduduk yang padat

Petempatan luar bandar yang mempunyai kepadatan penduduk yang rendah

Jumlah penduduk melebihi 10 000 orang Jumlah penduduk kurang daripada 10 000 orang
Mempunyai pelbagai kemudahan asas kemudahan asas yang minimum
Kawasan kediaman berciri moden  Kawasan kediaman sederhana dan berciri tradisional

Aktiviti kegiatan ekonomi :

Perindustrian 

Perniagaan 

Pembinaan 

Pentadbiran 

Perkhidmatan 

Aktiviti kegiatan ekonomi :

Pertanian 

Industri desa

Penternakan

 
Pola Petempatan Di Malaysia
 

Pola petempatan ialah corak atau reka bentuk susunan kawasan kediaman manusia di sesuatu tempat atau kawasan

Pola petempatan yang wujud di malaysia:

 
Pola petempatan Rajah

Petempatan berpusat

  1. Rumah atau bangunan dibina secara rapat di sesuatu kawasan yang menjadi tumpuan penduduk
  2. Terdapat di kawasan persimpangan jalan raya atau taman perumahan, contohnya petempatan di Bandar Tun Razak (Kuala Lumpur)
  3. Terdapat kemudahan yang melibatkan pusat perniagaan, pelabuhan dan rumah ibadat

Petempatan berkelompok

  1. Susun atur rumah adalah secara berkelompok dan terancang di sesuatu kawasan
  2. Terdapat juga di kawasan petempatan Rancangan Pembangunan Tanah Persekutuan seperti Felda Trolak (Perak), Felda Air Tawar (Johor) dan Felda Sahabat (Sabah)

Petempatan berjajar

  1. Rumah atau bangunan dibina di sepanjang jalan raya dan di tepi pantai
  2. Kelihatan tersusun secara deretan dan hampir seragam
  3. Terdapat di kawasan pinggir laut dan sepanjang sungai, contohnya di sepanjang Sungai Rajang (Sarawak) dan pesisir pantai Kuala Besut (Terengganu)

Petempatan berselerak

  1. Rumah dan bangunan dibina secara berselerak dan berjauhan antara satu sama lain
  2. Kelihatan bertaburan dan tidak seragam
  3. Terdapat di kawasan kampung, kebun kecil getah dan sayur, contohnya di Bukit Tinggi (Pahang) dan Kundasang (Sabah)
 
Fungsi Petempatan Bandar Dan Luar Bandar
 

Fungsi Petempatan Bandar

Aspek ekonomi: berkembang seiring dengan fungsi pembangunan sesuatu kawasan petempatan bandar dalam menjana pendapatan penduduk dan negara

  • Bandar Pelancongan
    • Bandar yang terkenal dengan pelbagai aktiviti pelancongan
    •  Menawarkan pelbagai peluang pekerjaan dalam sektor peniagaan dan sektor pelancongan
    •  Sebagai contoh, Port Dickson (Negeri Sembilan) dan Bandaraya Melaka (Melaka)
  • Bandar Pelabuhan
    • Bandar yang melibatkan urusan import dan eksport
    • Penduduk terlibat dalam sektor perkapalan dan penguatkuasaan maritim
    • Sebagai contoh, Pasir Gudang (Johor), Klang (Selangor), Georgetown (Pulau Pinang), Bintulu (Sarawak) dan Teluk Sepanggar (Sabah)
  • Bandar Perindustrian
    • Bandar yang mempunyai pelbagai kegiatan industri
    • Kebanyakan penduduk bekerja dalam bidang pengeluaran, kejuruteraan dan teknikal
    • Sebagai contoh, Shah Alam (Selangor) dan Perai (Pulau Pinang)
  • Bandar Perlombongan
    • Bandar yang berkembang akibat penerokaan sumber mineral
    • Menawarkan pelbagai peluang pekerjaan kegiatan perlombongan dan cari gali
    • Sebagai contoh, Bintulu (Sarawak) dan Kerteh (Terengganu) yang berfungsi sebagai bandar perlombongan petroleum dan gas asli
  • Bandar Teknologi Maklumat
    • Bandar yang berperanan mengembangkan teknologi maklumat dan telekomunikasi (ICT)
    • Terdapat pelbagai peluang pekerjaan yang melibatkan penggunaan ICT termasuk pemasaran dan pengaturcaraan komputer
    • Sebagai contoh, Cyberjaya (Selangor) dan Taman Teknologi Malaysia (Kuala Lumpur)

Aspek sosial: merujuk kepada fungsi bandar dalam menyediakan kemudahan perkhidmatan kepada penduduk

  • Bandar Diraja
    • Bandar yang menjadi tempat terletaknya istana, iaitu kediaman rasmi bagi sultan atau raja
    • Wujud peluang pekerjaan sampingan kepada penduduk setempat disebabkan aktiviti pelancongan
    • Sebagai contoh, Pekan (Pahang), Kuala Kangsar (Perak) dan Arau (Perlis)
  • Bandar Satelit
    • Berperanan sebagai bandar sokongan kepada bandar utama
    • Peluang pekerjaan dalam pelbagai sektor
    • Sebagai contoh, Petaling Jaya (Selangor) dan Senawang (Negeri Sembilan)
  • Bandar Pendidikan
    • Terdapat institusi pendidikan tinggi yang menawarkan peluang pendidikan
    • Wujud peluang pekerjaan sebagai pensyarah atau kakitangan institusi pendidikan tinggi
    •  Sebagai contoh, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim (Perak)

Aspek kerajaan/Governan: merujuk kepada fungsi yang berkaitan dengan dasar kerajaan dan pentadbiran

  • Bandar Pertahanan
    • Menempatkan pangkalan tentera yang menjadikan bandar ini berkembang sebagai kawasan petempatan yang lebih besar
    • Sebagai contoh, Lumut (Perak) dan Port Dickson (Negeri Sembilan)
  • Bandar Sempadan
    • Berfungsi sebagai pintu keluar masuk negara
    • Kegiatan pelancongan dan perdagangan yang rancak
    • Sebagai contoh, Rantau Panjang (Kelantan) dan Padang Besar (Perlis)
  • Bandar Pentadbiran
    • Berfungsi sebagai ibu negeri, ibu negara atau pusat pentadbiran
    • Menawarkan pelbagai bentuk perkhidmatan kepada penduduk
    • Sebagai contoh, Putrajaya sebagai Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan manakala Kota Kinabalu (Sabah), Kuantan (Pahang) dan Kangar (Perlis) berperanan sebagai ibu negeri

Fungsi Petempatan Luar Bandar

Aspek ekonomi

  • Terdapat pelbagai kegiatan ekonomi, iaitu pertanian, penternakan, perlombongan dan industri desa yang menawarkan peluang pekerjaan
  • Pertanian di kawasan luar bandar merangkumi penanaman padi, getah, kelapa sawit dan sayur-sayuran
  • Penternakan lembu, kambing serta penternakan ikan air tawar
  • Perlombongan melibatkan penerokaan sumber mineral
  • Industri desa membolehkan penduduk menghasilkan produk seperti kraftangan dan makanan

Aspek sosial

  • Petempatan luar bandar turut mempunyai kemudahan sosial seperti rumah ibadat, klinik kesihatan, perkhidmatan pos, bekalan air dan elektrik

Aspek Kerajaan/Governan

  • Perkhidmatan pengurusan pentadbiran terdapat di luar bandar
  • Penduduk dapat menyelesaikan urusan mereka melalui pejabat penghulu, ketua kampung, tok batin, tuai rumah atau penggawa yang menjadi wakil kepada kerajaan dan menjalankan peranan serta tanggungjawabnya terhadap masyarakat setempat
  • Balai raya juga berperanan sebagai pusat kegiatan kemasyarakatan