Konsep Kekurangan, Pilihan, dan Kos Lepas

 
1.1

Konsep Kekurangan, Pilihan dan Kos Lepas

 
Ilmu Ekonomi

Satu bidang sains sosial yang mengkaji cara manusia mengurus sumber ekonomi yang terhad untuk memenuhi kehendak manusia yang tidak terhad.

 
 
Kehendak
Keinginan manusia terhadap barang dan perkhidmatan agar mencapai kehidupan yang lebih selesa dan mewah.
 
 
  • Kehendak manusia tidak terhad dan berbeza antara individu serta berdasarkan tingkat pendapatan dan cita rasa masing-masing
  • Apabila sesuatu kehendak telah dipenuhi, timbul pula kehendak-kehendak lain.
 
Masalah Kekurangan
 
  • Sumber ekonomi untuk firma mengeluarkan barang dan perkhidmatan adalah terhad.
  • Maka, penawaran firma juga terhad berbanding dengan permintaan.
  • Oleh itu wujudlah masalah kekurangan.
 
Kekurangan
Keinginan manusia yang jauh melebihi apa yang dapat dihasilkan dalam ekonomi dengan sumber ekonomi yang terhad.
 
 
Contoh masalah kekurangan:
 
  1. Pengguna tidak dapat membeli semua barang dikehendaki kerana pendapatan terhad.
  2. Petani tidak dapat menanam semua tanaman sebab tanah terhad.
  3. Program kerajaan tidak boleh dilaksanakan semuanya sebab peruntukan terhad.
 
Masalah Pilihan
 
  • Akibat daripada masalah kekurangan, unit-unit ekonomi harus membuat pilihan antara barang atau perkhidmatan yang dikehendaki.
  • Masalah pilihan melibatkan pembuatan keputusan tentang kehendak yang perlu dipenuhi terlebih dahulu dan melibatkan pengorbanan.
 
Contoh masalah pilihan:
 
  1. Isi rumah memilih barang yang memaksimumkan kepuasannya.
  2. Firma memilih output yang mendatangkan keuntungan maksimum.
  3. Kerajaan memilih projek pembangunan yang memaksimumkan kebajikan masyarakat.
 
Isi rumah
Seorang individu, sebuah keluarga atau sekumpulan individu yang tinggal bersama dan berfungsi sebagai satu unit ekonomi.
 
 
Firma
Sebuah organisasi atau unit pengeluaran yang merancang dan menggunakan faktor pengeluaran untuk mengeluarkan barang dan peekhidmatan.
 
 
Kerajaan
Sebuah badan organisasi yang mempunyai kuasa untuk membuat dan menguatkuasakan undang-undang untuk menjaga kestabilan ekonomi dan sosial.
 
 

 

Faktor Pengeluaran

Sumber ekonomi yang diperlukan untuk mengeluarkan barang dan perkhidmatan

Terdiri daripada tanah, modal, buruh dan usahawan.

 
Tanah
 
  • Sumber alam semula jadi.
  • Penawaran tanah adalah terhad.
  • Tidak mempunyai mobiliti tempat.
  • Mempunyai mobiliti kegunaan.
  • Ganjaran - Sewa.
  • Contoh - Sumber dapat diperbaharui (hasil hutan dan laut) dan sumber yang tidak dapat diperbaharui (bijih timah).
 
Usahawan
 
  • Seorang individu yang kreatif,inovatif, berani menghadapi risiko dan tidak mudah berputus asa.
  • Individu yang menggabungkan dan menyelaraskan faktor pengeluaran yang lain untuk mengeluarkan barang dan perkhidmatan.
  • Bertujuan untuk mencapai pengeluaran output yang maksimum atau meminimumkan kos pengeluaran untuk memperoleh untung yang maksimum.
  • Ganjaran: Untung.
  • Contoh: Pemilik kilang sarung tangan.
 
Gambar menunjukkan modal yang merupakan Alat ciptaan manusia yang digunakan untuk mengeluarkan barang dan perkhidmatan, Mempunyai mobiliti geografi yang tinggi mudah dipindahkan seperti mesin, Bangunan dan kilang pula adalah tidak mempunyai mobiliti geografi yang tinggi, Ganjaran: Faedah dan Contoh: Mesin, Jentera dan Kilang
 

 

Buruh
 
  • Sumbangan tenaga manusia yang produktif dari segi fizikal atau mental dalam proses pengeluaran.
  • Terdiri daripada buruh:
    • Mahir  - berpendidikan tinggi atau memiliki kemahiran profesional tertentu.
    • Tak mahir - berpendidikan rendah atau tidak memiliki kemahiran profesional tertentu
  • Buruh mempunyai mobiliti pekerjaan dan mobiliti geografi yang tinggi iaitu mudah bertukar pekerjaan dan mudah bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain.
  • Ganjaran: Upah
  • Contoh: Akauntan, Pegawai bank, arkitek dan operator pengeluaran
 

Setiap pilihan yang dibuat akan menyebabkan pilihan lain terpaksa dilepaskan, maka wujudlah kos lepas.

Masalah kekurangan, pilihan dan kos lepas dikenali sebagai masalah ekonomi.

 
Keluk Kemungkinan Pengeluaran menerangkan perkaitan antara masalah kekurangan, pilihan & kos lepas.
 
 
  Keluk Kemungkinan Pengeluaran  
  Keluk yang menunjukkan had maksimum tingkat pengeluaran yang dapat dicapai oleh sesebuah ekonomi dengan menggunakan faktor pengeluaran yang ada dan tingkat teknologi tertentu  
     
 
Andaian menganalisis KKP
 
  • Ekonomi telah mencapai guna tenaga penuh (pengangguran = 4% atau kurang daripada 4%).
  • Ekonomi hanya mengeluarkan dua jenis barang.
  • Sumber ekonomi yang dimiliki adalah terhad dan tetap.
  • Tingkat teknologi adalah tetap
 

 

 
Gambar ini menunjukkan satu graf berbentuk lengkungan menurun yang melambangkan hubungan antara dua perkara - Pakaian dan Makanan. Paksi menegak menunjukkan Pakaian dengan skala dari 0 hingga 10, manakala paksi mendatar menunjukkan Makanan dengan skala dari 0 hingga 5. Lengkungan mempunyai beberapa titik berlabel A, B, C, D, F dan G. Warna merah digunakan untuk lengkungan, label titik serta perkataan
 

Titik G - Masalah kekurangan

Sepanjang titik A,B, C dan D - Masalah pilihan

Titik F - Masalah pengeluaran yang tidak cekap

 
\(\text{Kos lepas barang X}=\dfrac{\text{perubahan barang Y}}{\text{perubahan barang X}}\)
 
  • Tanda negatif menunjukkan bentuk keluk KKP yang mencerun ke bawah dari kiri ke kanan iaitu mempunyai kecerunan negatif.
  • Kos lepas yang semakin meningkat ditunjukkan oleh KKP yang berbentuk cembung ke titik asalan.
  • Kos lepas yang semakin meningkat bermaksud untuk menambahkan satu unit sesuatu barang, ekonomi terpaksa mengurangkan kuantiti barang yang lain dengan jumlah yang semakin meningkat pada setiap titik pengeluaran.
 
Konsep Kos Lepas
 
  1. Keluk Kemungkinan Pengeluaran berbentuk cembung - Menunjukkan kos lepas semakin meningkat.
  2. Keluk Kemungkinan Pengeluaran bergaris lurus - menunjukkan kos lepas adalah malar.