Muat Turun App
Google Android
Apple iOS
Huawei
English
English
Malay
Pelawat
Log Masuk
Daftar
Utama
Kuiz
Battle
Latihan
Kelas
Senarai Kelas
Jadual
Tugasan
Belajar
Hub Belajar
Nota Ringkas
Video
Eksperimen
Buku Teks
Log Masuk
Daftar
Muat Turun App
Google Android
Apple iOS
Huawei
EN
MS
Belajar
Nota Ringkas
Senarai
Polimer
Kembali
Polimer
4.1
Polimer
Pengenalan kepada Polimer
Terdapat pelbagai barangan di sekeliling kita yang terdiri daripada polimer seperti protein, kanji, polietena dan nilon.
Unit asas bagi polimer dinamakan monomer.
Tindak balas pencantuman monomer untuk menghasilkan polimer dinamakan tindak balas pempolimeran
Polimer dapat dikelaskan kepada beberapa kumpulan berdasarkan sumber polimer, cara polimer dihasilkan dan ciri-ciri polimer yang terhasil.
Definisi Polimer
Molekul berantai panjang yang terhasil daripada pencantuman banyak ulangan unit asas.
Sumber Polimer
Polimer terdiri daripada polimer semula jadi atau polimer sintetik.
Polimer semula jadi merupakan polimer yang terhasil secara semula jadi dan dapat diperoleh daripada alam sekeliling.
Antara contoh polimer semula jadi ialah kanji, protein dan kapas.
Polimer sintetik pula dihasilkan oleh manusia melalui tindak balas kimia di makmal atau di kilang-kilang.
Nilon, polietena, polistirena dan polivinil klorida (PVC) adalah antara contoh polimer sintetik yang dihasilkan dalam sektor perindustrian.
Kanji ialah sejenis polimer semula jadi yang terhasil daripada glukosa.
Daging ialah salah satu sumber protein. Protein dihasilkan daripada asid amino yang merupakan sejenis monomer.
Sumber Polimer
Polimer
Monomer
Semula jadi
Kanji
Glukosa
Semula jadi
Selulosa
Glukosa
Semula jadi
Protein
Asid amino
Semula jadi
Getah asli
Isoprena
Sintetik
Polistirena
Stirena
Sintetik
Polipropena
Propena
Sintetik
Polivinil klorida
Vinil klorida
Jenis-Jenis Polimer
Polimer Termoplastik
Struktur polimer termoplastik adalah seperti di bawah:
Ciri-ciri polimer termoplastik:
Dapat diacu berulang kali selepas dipanaskan dan boleh dikitar semula.
Apabila dipanaskan, polimer termoplastik melebur dan mengeras apabila disejukkan.
Contoh:
Polietena, polivinil klorida (PVC), nilon.
Polimer Termoset
Struktur polimer termoset adalah seperti di bawah:
Ciri-ciri polimer termoset:
Tidak dapat diacu semula selepas dipanaskan.
Polimer termoset biasanya akan terurai atau hangus apabila dipanaskan dan tidak dapat dikitar semula.
Contoh:
Melamina, bakelit.
Polimer Elastomer
Struktur polimer elastomer adalah seperti di bawah:
Ciri-ciri polimer elastomer:
Dapat diregang dan kembali kepada bentuk asal selepas dilepaskan.
Mempunyai sifat elastik yang tinggi.
Contoh: Poliuretana, getah stirena-butadiena (SBR).
Tindak Balas Pempolimeran
Tindak balas pempolimeran terbahagi kepada dua jenis, iaitu
pempolimeran penambahan
dan
pempolimeran kondensasi.
Jenis Tindak Balas Pempolimeran
P
empolimeran Penambahan
Pempolimeran penambahan berlaku apabila monomer mempunyai ikatan kovalen ganda dua antara karbon, C=C bertindak balas antara satu sama lain.
Contoh polimer yang terhasil melalui pempolimeran penambahan adalah seperti yang ditunjukkan di bawah berserta monomer masing-masing.
Monomer
Polimer
Ciri-ciri
Kegunaan
Etena
Polietena
Tahan lasak dan kuat.
Beg plastik, botol plastik dan plastik pembungkus.
Propena
Polipropena
Tahan lasak.
Alat mainan dan tekstil.
Kloroetena (vinil klorida)
Polikloroetena (Polivinil klorida, PVC)
Kuat dan keras.
Paip air dan penebat elektrik.
Stirena
Polistirena
Ringan dan penebat haba.
Penebat haba dan pembungkus makanan.
Sewaktu tindak balas, ikatan ganda dua “dibuka” dan monomer “ditambah” pada rantai molekul untuk menghasilkan polimer.
Contoh tindak balas adalah seperti yang ditunjukkan di bawah:
Tindak Balas Pempolimeran Penambahan untuk Menghasilkan Polietena
Pempolimeran Kondensasi
Pempolimeran kondensasi melibatkan sekurang-kurangnya dua jenis monomer yang berbeza.
Monomer yang terlibat memiliki dua kumpulan berfungsi yang terlibat dalam tindak balas pempolimeran.
Hasil pempolimeran kondensasi ialah polimer dan satu produk lain seperti air atau molekul HCl.
Tindak balas pempolimeran kondensasi untuk menghasilkan terilena dan nilon adalah seperti yang ditunjukkan di bawah:
Tindak Balas Pempolimeran Kondensasi untuk Menghasilkan Terilena
Tindak Balas Pempolimeran Kondensasi untuk Menghasilkan Nilon
Kegunaan Polimer Sintetik
Pelbagai alatan perubatan dan makmal dihasilkan daripada polipropena.
Penggunaan polietena yang paling meluas adalah sebagai beg plastik.
Nilon menghasilkan benang yang penting untuk industri tekstil.
Penyalutan polimer akrilik digunakan untuk menghasilkan bumbung kalis air.
Polimer dan Alam Sekitar
Sifat sesetengah polimer yang tahan lasak dan mengambil masa yang sangat lama untuk terurai menyebabkan masalah pencemaran yang serius.
Pencemaran di lautan menyebabkan banyak hidupan mati dan mikroplastik memasuki rantaian makanan.
Pusat pelupusan sampah pula dipenuhi dengan beg plastik tidak terbiodegredasi yang akan memberi kesan kepada alam sekitar.
Kitar semula merupakan cara termudah bagi pengguna untuk memastikan polimer sintetik tidak berakhir di tapak pelupusan sampah.
Pengenalan polimer terdegradasi atau boleh urai terutama bagi barangan plastik membolehkan pencemaran dapat dikurangkan.
Bahan tambah dimasukkan untuk membolehkan barangan plastik terurai secara semula jadi oleh bakteria (biodegradasi) atau terurai dengan cahaya (fotodegradasi).
Barangan plastik akan terurai dengan lebih cepat dan dapat mengurangkan masalah lambakan barangan plastik di tapak pelupusan sampah di samping lebih selamat kepada haiwan liar.

Bab : Polimer
Topik : Polimer
Tingkatan 5
Kimia
Lihat semua nota bagi Kimia Tingkatan 5
Nota yang berkaitan
Getah Asli
Getah Sintetik
Tindak Balas Redoks
Keupayaan Elektrod Piawai
Sel Kimia
Sel Elektrolisis
Pengekstrakan Logam daripada Bijihnya
Pengaratan
Jenis Sebatian Karbon
Siri Homolog
Laporkan nota ini
Tuisyen Online
Belajar bersama Tutor Selebriti
Ketahui lebih lanjut
Register for pandai account for free now
Laporkan Masalah
×
Ada yang tidak kena dengan soalan ini.
Content text
Content graphic
Fakta Tidak Tepat
Maklumat Tambahan dan Komen
Hantar Laporan
Kemas kini Kandungan
×
Loading...
Kuiz
Video
Nota
Akaun
Slot Gacor
Slot Gacor
Slot Gacor
Slot Gacor
Slot Gacor
Slot Gacor
Slot Gacor
Slot Gacor
Slot Gacor
Slot Gacor
Slot Gacor
Slot Gacor
Slot Gacor