Unsur dalam Kala 3

4.6  Unsur dalam Kala 3
 
Imej ini menunjukkan carta yang menggambarkan unsur-unsur dalam Tempoh 3 jadual berkala. Di tengah-tengah carta terdapat kotak yang bertulis ‘UNSUR DALAM KALA 3’. Dari kotak tengah ini, terdapat anak panah yang mengarah ke tujuh kotak lain yang mengelilinginya. Kotak-kotak ini mengandungi nama unsur dan simbol kimia mereka. Unsur-unsur tersebut adalah: 1. Natrium, Na 2. Magnesium, Mg 3. Aluminium, Al 4. Silikon, Si 5. Fosforus, P 6. Sulfur, S 7. Klorin, Cl 8. Argon.
 
Unsur dalam Kala 3
  • Unsur-unsur dalam Kala 3 akan menunjukkan perubahan secara beransur-ansur dalam sifat fizikal dan kimia, apabila merentasi kala. 
  • Unsur dalam Kala 3 adalah seperti yang ditunjukkan di bawah:

Imej ini menunjukkan jadual berkala unsur-unsur kimia. Ia mempunyai latar belakang berwarna biru muda. Unsur-unsur di dalam jadual ini disusun dalam kotak-kotak mengikut kumpulan dan period mereka. Unsur-unsur dalam kumpulan 1 dan 2 (seperti H, Li, Na, K, Rb, Cs, Fr, Be, Mg, Ca, Sr, Ba, dan Ra) berwarna merah dan biru muda. Unsur-unsur dalam kumpulan 13 hingga 18 (seperti B, Al, Ga, In, Tl, C, Si, Ge, Sn, Pb, N, P, As, Sb, Bi, O, S,

Kegunaan Unsur dalam Kala 3
  • Magnesium, Mg sebagai bahan penyala api.
  • Aluminium, Al untuk membuat tin.
  • Fosforus, P sebagai bahan bunga api.
  • Sulfur, S sebagai racun kulat.
 
Trend Perubahan Sifat Fizik Unsur Merentasi Kala 3

Kumpulan 1 2 13 14 15 16 17 18
Unsur Na Mg Al Si P S Cl Ar
  \(\xrightarrow[]{\text{Merentasi kala}}\)

Jejari Atom Menurun
  • Hanya ada tiga petala, tetapi bilangan elektron bertambah.
  • Peningkatan bilangan elektron bererti terdapat peningkatan jumlah proton, yang menghasilkan daya elektrostatik yang lebih tinggi.
  • Peningkatan daya elektrostatik menarik elektron valens lebih dekat ke nukleus.
  • Maka, saiz atom semakin kecil.
Bilangan Elektron Valens Meningkat
  • Bilangan elektron unsur meningkat.
Keelektronegatifan Meningkat
  • Radius atom menurun apabila bilangan proton bertambah.
  • Apabila bilangan proton meningkat, daya elektrostatik juga meningkat dan menimbulkan kecenderungan untuk menarik elektron.
  • Bahagian kiri kala kurang elektronegatif daripada bahagian kanan kala.
Takat Lebur dan Takat Didih
  • Meningkat dari kiri ke pertengahan kala, dan kemudian menurun lagi.
Sifat Semula Jadi Unsur
  • Unsur-unsurnya berubah daripada logam kepada metalloid, dan kemudian bukan logam apabila keelektronegatifan meningkat.
Sifat Semula Jadi Oksida
  • Oksida unsur berubah dari bes kepada amfoterik dan kemudian menjadi berasid apabila merentasi kala.
 
Kegunaan Unsur Separa Logam
  • Metaloid seperti silikon digunakan sebagai semikonduktor dalam penghasilan mikrocip elektronik.
  • Penggunaan mikrocip elektronik dalam pembuatan komputer dan telefon bimbit.