17: Kata perintah

17 Kata Perintah
 
DEFINISI
  • Ayat perintah ialah ayat yang digunakan untuk memberi arahan atau perintah kepada pendengar..
 

Ayat ini juga berfungsi sebagai 

 
Contoh Ayat Perintah
 
 
Tolong (ayat permintaan) Tolong pulangkan balik buku itu.
Jangan (ayat larangan) Jangan makan makanan itu.
Jemput ( ayat jemputan) Jemput masuk ke rumah saya. 
Sila( ayat permintaan)  Sila minum minuman yang disediakan. 
Usah ( ayat larangan) Usah dengar nasihat mereka
 
Kesilapan Dalam Menggunakan Ayat Perintah
 
Kebanyakan kesilapan semasa menggunakan ayat perintah ialah berpunca dari penggabungan ayat perintah. Berikut adalah contoh kesilapan pengunaan ayat perintah
 
Sila jangan buang sampah di kawasan ini (salah) Jangan buang sampah di kawasan ini (betul)
Tolong jangan masuk ke bilik mesyuarat tanpa kebenaran (salah) Jangan masuk ke bilik mesyuarat tanpa kebenaran (betul)
Sila jemput masuk ke rumah saya (salah) Jemput masuk ke rumah saya. (betul)
"Tolong jangan ambil buku tersebut", kata kakak kepada adik (salah) "Jangan ambil buku tersebut", kata kakak kepada adik (betul)