15: Peribahasa

15 Peribahasa
 
DEFINISI
  • Peribahasa merupakan susunan kata yang mempunya maksud yang tersirat.
  • Peribahasa selalunya digunakan untuk menyampaikan teguran, nasihat, ingatan atau sindiran dalam bentuk kiasan yang digunakan sejak zaman dahulu  yang telah diwarisi sejak zaman berzaman.
  • Peribahasa merupakan kata-kata kiasan yang dicipta berdasarkan kehidupan seharian masyarakat. 
 
Komponen Peribahasa
 
  • Peribahasa boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian iaitu 

 
Simpulan Bahasa
 

Simpulan Bahasa

  • Simpulan bahasa bermakna rangkaian kata yang biasanya terdiri daripada dua atau tuga perkataan dan mempunyai maksud yang berlainan daripada makna asal perkataan tersebut.
  • Simpulan bahasa merupakan salah satu cabang peribahasa dan ianya adalah bentuk peribahasa yang paling mudah.
 

Berikut adalah contoh simpulan bahasa dan contoh ayat yang menggunakannya.

 

Berat hati

Maksud Contoh Ayat
Tidak sampai hati Mak Munah berat hati untuk melepaskan anaknya yang hendak menyambung belajar di negara lain.

 

Buta huruf

Maksud Contoh Ayat
Tidak tahu membaca dan menulis Walaupun Chong buta huruf, dia sentiasa memastikan anak-anaknya cemerlang dalam pelajaran

 

Lupa diri

Maksud Contoh Ayat
Tidak ingat akan asal usul Semenjak bergelar jutawan Aiman telah lupa diri dan mengabaikan keluar dia di kampung.

 

Khabar angin

Maksud Contoh Ayat
Berita yang tidak sah  Terdapat khabar angin yang mengatakan penghulu kampung itu terbabit dalam kes jenayah.
 
 
Bidalan
  • Bidalan merupakan susunan kata-kata yang sering digunakan untuk memberi nasihat dan pengajaran.
  • Bidalan tidak didahului oleh kata sendi nama contohnya seperti, bagai dan umpama.
  • Berikut adalah maksud dan contoh ayat bidalan. 
 

Membuang garam ke laut

Maksud Contoh ayat
Melakukan pekerjaan yang sia-sia  Pak Abu masih membersihkan tanah yang gersang itu dengan harapan tanah itu akan menjadi subur. Tindakan pak Abu boleh dikatakan bagai mencurah garam ke laut

 

Melepaskan batuk di tangga

Maksud Contoh ayat
Membuat kerja yang tidak habis Aiman suka membuat tugasan yang diberi oleh gurunya separuh jalan, ianya boleh di ibarat kan seperti mepelaskan batuk di tangga

 

Masuk ke telinga kanan keluar di telinga kiri

Maksud Contoh ayat
Tidak menerima nasihat yang diberikan "Seperti masuk telinga kanan keluar telinga kiri adik ini" kerana setiap nasihat yang ibu berikan tidak diendahkan 

 

Musang berbulu ayam

Maksud Contoh ayat
Orang jahat berpura-pura baik  "Kamu perlu berhati-hati dengan orang yang tidak dikenali berkemungkinan mereka adalah musang berbulu ayam" nasihat ibu kepada kami
 
Perumpamaan 
  • Perumpamaan ialah susunan kata-kata ringkas yang mempunyai maksud tersurat dan tersirat.
  • Perumpamaan selalunya didahului oleh kata sendi nama contohnya seperti, bagai dan umpama.
 
Perumpamaan  Makna perumpamaan
Seperti katak di bawah tempurung Orang yang mempunyai pengetahuan yang terhad
Bagai bertepuk sebelah tangan Cinta yang tidak berbalas
Bagai tikus membaiki labu Membaiki barang yang rosak tapi tidak mempunyai ilmu dan menyebabkan barang menjadi lebih rosak 
Bagai melepaskan batuk di tangga Membuat kerja sambil lewa atau buat kerja tidak habis 
Bagai enau dalam berlukar melepaskan pucuk masing-masing Sikap suka mementingkan diri sendiri dan tiada persefahaman dalam melakukan sesuatu kerja 
 
Peribahasa
  • Peribahasa ialah susunun kata yang mempunyai makna yang tertentu dan ianya selalu digunakan untuk menyampaikan nasihat, tuguran atau sindiran.
  • Berikut adalah contoh peribahasa dan maksudnya.
 
Peribahasa Makna peribahasa
Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang Pendapatan yang diperoleh hanya cukup untuk hidup sahaja 
Pucuk dicita ulam mendatang Mendapat sesuatu yang lebih daripada apa yang diharapkan
Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung Mengikuti adat atau budaya di tempat yang kita berada atau tinggal
Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian Biarlah bersusah dahulu asalkan senang kemudian