14: Kata ganti diri

14 Kata Ganti Diri
 
DEFINISI
  • Kata Ganti Diri ialah kata yang digunakan untuk merujuk ke pada diri sendiri, rakan atau sekumpulan orang semasa bercakapan.
  • Di dalam topik ini kita akan bincangkan mengenai perbezaan kata ganti diri.
 
Jenis-jenis Kata Ganti Diri
 
 

Kata ganti diri pertama

Kata yang digunakan untuk menggantikan diri orang yang sedang bercakap.

 
Kata Ganti Diri Pertama Penggunaannya
aku (tunggal) Digunakan apabila bercakap dengan kawan 
saya (tunggal) Digunakan apabila bercakap dengan seseorang yang baru dikenali atau dalam urusan rasmi
hamba (tunggal) Digunakan untuk membahasakan diri sendiri pada zaman dahulu.
patik (tunggal) Digunakan oleh rakyat apabila bercakap dengan raja atau sultan.
beta (tunggal) Digunakan oleh raja atau sultan apabila bertitah kepada rakyat.
kami (tunggal) Digunakan pada diri orang yang berkata serta temannya apabila bercakap dengan orang kedua.
kita (tunggal) Digunakan pada diri sendiri dengan menyertakan diri orang kedua.
 

Kata ganti diri kedua (pendengar)

Kata ganti diri kedua digunakan semasa kita berbual dengan seseorang

 
Kata Ganti Diri Kedua Penggunaannya
anda (tunggal dan jamak) Digunakan  untuk diri orang kedua apabila berhadapan dengan kita.
awak (tunggal) Digunakan  untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya dengan kita.
engkau (tunggal) Digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya dengan kita dan dengan Tuhan juga (Engkau)
Tuan hamba (tunggal) Digunakan untuk diri orang kedua pada zaman dahulu (jika kata ganti diri pertama digunakan ‘hamba’ mesti diikuti ‘tuan hamba’ sebagai kata ganti diri kedua)
tuanku (tunggal) Digunakan apabila bercakap dengan raja atau sultan.
kalian (tunggal) Digunakan untuk beberapa orang yang diajak bercakap.
kamu (tunggal dan jamak) Digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya dengan kita.
 

Kata ganti diri ketiga

Kata ganti diri ketiga diggunakan untuk merujuk kepada orang yang tiada masa berbulan sedang berlaku.

 
Kata Ganti Diri Ketiga Penggunaannya
baginda (tunggal) Digunakan untuk merujuk kepada raja, sultan atau putera-puteri raja
beliau (tunggal) Digunakan untuk orang yang kita hormati, contohnya ibu bapa, guru dan pemimpin.
Dia dan ia (tunggal) Digunakan untuk merujuk kepada orang yang umum seperti orang biasa dan rakan.
mereka (tunggal) Digunakan untuk merujuk kepada orang yang bilangannya lebih daripada seorang.
 
Contoh Kesilapan Pengunaan Kata Ganti Nama Diri
 
Salah Betul
Firdaus dihukum kerana beliau telah ponteng kelas. Firdaus dihukum kerana dia telah ponteng sekolah
"Kita akan ke rumah awak" kata Siti kepada Aminah. "Kami akan ke rumah awak" kata Siti kepada Aminah.
Mereka-mereka telah pergi ke menghadiri mesyuarat tersebut  Mereka telah pergi ke menghadiri mesyuarat tersebut.
"Patik hendak pergi ke Pelabuhan Melaka" kata Hang Tuah kepada Hang Jebat. "Hamba hendak pergi ke Pelabuhan Melaka" kata Hang Tuah kepada Hang Jebat.
Kamu-kamu perlu ingat yang peperiksaan SPM makin dekat Kamu perlu ingat yang peperiksaan SPM makin dekat.
Semua pelajar-pelajar dinasihati untuk mematuhi arahan sekoah. Semua pelajar dinasihati untuk mematuhi arahan sekoah.