13: Kata Imbuhan

13 Kata Imbuhan
 
DEFINISI
  • Imbuhan merupakan kata tambahan dalam perkataan kata dasar
  • Ianya jugak bertindak sebagai pelengkap kepada struktur ayat.
 
 
Imbuhan Awalan 
 
  • Imbuhan awalan ialah kata yang menerima imbuhan pada awal kata dasar. Contoh Imbuhan + kata dasar 
  • Di bawah ialah contoh kata imbuhan awalan.

 

Imbuhan Imbuhan + kata dasar
meN melanggar, memasak, menanti, merawat, menyapu, menulis
ber berjalan, berlari, bersukan, berlakon
se- sekeliling, sebuah, sebesar, setinggi 
ter- terambil, tersepak, terbaik, tercapai 
peN- Penari, pemanah, penyakit, pesalah , pesakit
 

Antara contoh ayat imbuhan awalan ialah

  • Pemandu kereta itu telah melanggar sebuah gerai kerana dia hilang kawalan ke atas kenderaannya. 
  • Amin berlari begitu pantas ketika dikejar oleh seekor anjing. 
  • Bekas mangkuk yang diletak di atas almari itu tidak tercapai oleh adik.
 
Imbuhan Akhiran
 
  • Imbuhan akhiran adalah kata yang menerima inbuhan pada akhir kata.
  • Berikut adalah contoh ayat dan imbuhan akhiran.
 

1. Imbuhan: ke_an

  • Contoh perkatan;
    • keberanian
    • kepercayaan
    • keindahan
    • keselesaan
  • Contoh ayat;
    • "Kita perlu mempunyai kepercayaan kepada peminpin kita" kata penghulu kampung kepada penduduk kampung itu. 
    • Keberanian Leftenan Adnan menentang pihak Jepun semasa zaman penjajahan masih diingat sehingga kini. 

 

2. Imbuhan: _i

  • Contoh perkatan;
    • duduki
    • ikuti
    • sertai
    • dalami
  • Contoh ayat;
    • Adik akan menduduki peperiksaan SPM tidak lama lagi. 
    • Jamuan makan malam itu telah di sertai oleh orang kenamaan.

 

3. Imbuhan: _kan

  • Contoh perkatan;
    • Carikan
    • Berikan
    • Jalankan
    • Besarkan
  • Contoh ayat;
    • Ibu tolong mencarikan mainan adik yang hilang itu. 
    • Ali berikan sepenuh perhatian dan tenaganya untuk menyelesaikan tugasan yang diberikan oleh majikannya,.