11: Kata Tanya

11 Kata Tanya
 
Dalam topik ini kita akan membincangkan mengenai apakah makna kata nama dan bagaimana hendak menggunakannya dengan betul
 
DEFINISI
  • Kata tanya ialah ayat yang digunakan untuk bertanyakan tentang sesuatu perkara.
  • Selalunya kata tanya akan diikuti dengan kata penegas -kah yang hadir pada penghujung ayat. 
 
 

Di bawah adalah fungsi dan jenis-jenis kata tanya.

Jenis kata tanya Fungsi kata tanya
Siapa Digunakan untuk bertanya mengenai orang atau manusia
Apa Digunakan untuk bertanya mengenai sesuatu yang tidak pasti
Mana Digunakan untuk menanyakan sesuatu yang melibatkan arah atau tempat
Bila Digunakan untuk bertanya mengenai masa atau sesuatu tempoh masa
Berapa Lazimnya, digunakan untuk bertanya mengenai jumlah atau harga
Mengapa Digunakan untuk mengetahui sebab perkara itu berlaku dengan lebih terperinci
Kenapa Digunakan untuk mengetahui sebab perkara itu berlaku
Bagaimana Digunakan untuk menanyakan keadaan atau cara untuk melakukan sesuatu
 

Berikut adalah contoh kata tanya

Kata tanya Contoh ayat
Siapa "Siapa nama pemuda itu" tanya Siti kepada Murni?
Bila Bila mesyuarat itu akan di adakan ?
Berapa Berapa harga nasi lemak itu? 
Bagaimana Bagaimana kejadian itu berlaku?
 
Struktur Kata Tanya
 

Kata tanya boleh dibahagikan kepada dua struktur iaitu

  • Kata tanya pada awal ayat perlu disertakan partikel '-kah.'
  • Kata tanya mesti diakhiri dengan tanda tanya '?'
 

Berikut ialah contoh kata tanya pada awal ayat dan pada akhir ayat

Kata tanya pada awal ayat Kata tanya pada akhir ayat
Siapakah nama ayah kamu ? Dia pergi ke sekolah dengan siapa ?
Berapakah jumlah pelajar yang berjaya dalam peperiksaan kali ini ? Kedai itu dirompak ?
Bagaimanakah keadaan dia ? Perempuan itu emak kamu ?
Mengapakah kamu bersedih ? Awak menangis?