09: Kata Nama

9 Kata Nama
 
DEFINISI
  • Kata nama merupakan kata yang digunakan untuk memanggil benda, perkara atau sesuatu yang umum sifatnya, Ianya selalu digunakan untuk menamakan orang atau sesuatu benda.
 
Jenis Kata Nama
  • Kata nama boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu kata nama am dan kata nama khas. 
 
 

Kata nama khas

  • Digunakan untuk memanggil nama bagi sesuatu yang khusus seperti nama orang , tempat dan benda
  • Permulaan ejaan bagi kata nama khas perlu ditulis dalam huruf besar

Kata nama am

  • Digunakan untuk menyebut sesuatu secara benda yang umum atau am yang bersifat umum
  • Kata nama am perlu ditulis menggunakan huruf kecil kecuali pada permulaan ayat
  • Kata nama am boleh dibahagi kepada dua iaitu konkrit dan abstrak. Konkrit adalah nama yang dapat dirasa, dipegang atau dilihat contohnya, tangan, meja dan rumah manakala nama abstrak adalah berlawanan dengan konkrit di mana abstrak hanya boleh dibayangkan dan tidak dapat dilihat seperti mimpi, pendapat dan rancangan
 

Berikut adalah contoh kata nama am dan kata nama khas yang digunakan untuk memanggil sesuatu perkara.

 
Kegunaan Kata nama am Kata nama khas
Orang

Petani

Sultan

Pengetua

Pak Abu

Sultan Mahmud Shah

Kamil

Tempat

Sekolah 

Negara

Sungai

Sekolah Taman Nirwana

Malaysia

Sungai Pahang 

Benda

Telefon

Televisyen

Pen

Nokia

Sony

Pilot

Binatang

Kucing

Harimau 

Si Comel 

Si Belang

 

Berikut adalah contoh ayat yang menggunakan kata nama am dan kata nama khas.

 
Jenis kata nama Ayat
Kata nama khas Kuala Lumpur (tempat) Aiman akan bertolak ke Kuala Lumpur pada esok hari untuk melawat keluarganya
Kata nama am Pengetua (orang) Beliau adalah pengetua sekolah tersebut 
Kata nama Khas Si Comel (binatang) Siti ada membela seekor kucing dan nama kucing tersebut adalah Si Comel