08: Kata Bilangan

8 Kata Bilangan
 
DEFINISI
  • Kata bilangan terdiri daripada perkataan yang menerangkan bilangan atau jumlah. 
  • Berdasarkan Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, kata bilangan ialah sejumlah perkataan yang menjadi penerang jumlah pada frasa nama
 
Jenis-jenis Kata Bilangan
  • Kata bilangan boleh dibahagikan kepada enam jenis dan setiap jenis mempunyai fungsi yang berbeza.

 
  • Berikut adalah jadual yang menunjukkan fungsi dan jenis kata bilangan.
Jenis Kata Bilangan Fungsi Kata Bilangan
Kata bilangan tentu Diggunakan untuk mementukan bilangan yang tepat seperti satu, dua puluh atau empat ratus. Contoh Siti mempunyai dua biji rumah.
Kata bilangan tak tentu Digunakan untuk bilangan yang tidak pasti jumlahnya atau tidak tepat seperti para, semua, beberapa, perbagai . Contoh ayat, beberapa plajar dalam kelas itu berjaya mendapat markah penuh dalam peperiksaan akhir tahun
Kata bilangan pecahan Digunakan untuk menunjukkan bilangan berbentuk pecahan seperti  tiga suku, separuh. Contoh, separuh wang simpanan Siri habis digunakan untuk membiayai kos perubatan ayahnya.
Kata bilangan pisahan Merujuk kepada sesuatu bilangan yang berpisah seperti masing-masing, tiap-tiap dan setiap. Contohnya, setiap pagi ayah akan menyiram pokok bunga.
Kata bilangan himpunan Digunakan apabila bercakap mengenai jumlah tertentu dalam sesuatu himpunan seperti kedua-dua, berpuluh-puluh, berbulan-bulan. Contoh, kedua-dua pemuda itu telah ditangkap oleh pihak polis.  
Kata bilangan tingkat Digunakan untuk menunjukkan giliran atau urutan dalam sesuatu jumlah seperti pertama, kedua dan ketiga. Contoh, adik telah mendapat tempat kedua dalam pertandingan melukis. 
 
Kesilapan Semasa menggunakan kata Bilangan
  • Menganda kan kata bilangan yang tidak boleh digandakan seperti kata bilangan "separuh' dan "para".
  • Berikut adalah contoh penggunaan kata bilangan yang salah.
 
Salah Betul
Separuh-separuh murid di sekolah itu berbangsa melayu Separuh murid di sekolah itu berbangsa melayu.                                                     
Para-para peserta diminta berkumpul untuk sesi taklimat. Para peserta diminta berkumpul untuk sesi taklimat.
 
  • Menggunakan kata bilangan tingkat untuk menunjukkan jumlah.
 
Salah Betul
Ayah menanam kedua pokok itu di belakang rumah. Ayah menanam dua pokok itu di belakang rumah.
Ketiga budak itu dipanggil oleh guru disiplin . Tiga budak itu dipanggil oleh guru disiplin
 
  • Mengunakan kata bilangan tentu dan kata bilangan pecahan dalam satu ayat.
 
Salah Betul
Abang menunggu kereta api selama satu suku jam. Abang menunggu kereta api selama satu jam suku
Harga buku itu ialah sembilan setengah ringgit. Harga buku itu ialah sembilan ringgit setengah