|
|||
|
|||
|
Kata hubung boleh dibahagikan kepada tiga jenis iaitu ![]() |
|
||||||||||
| Kata hubung gabungan ialah kata hubung yang digunakan untuk menggabungkan dua ayat atau lebih yang sama penting kedudukan dan sifatnya. Ayat yang terhasil dari gabungan ini disebut sebagai ayat majmuk gabungan. |
||||||||||
| Berikut adalah contoh kata dan ayat hubung gabungan: | ||||||||||
|
|
|
|
Kata hubung pancangan berfungsi untuk menyambungkan satu ayat induk dengan satu atau lebih ayat kecil.
|
|
1. Kata Hubung Pancangan Relatif |
| Kata hubung pancangan relatif ialah kata yang menghubungkan klausa utama dengan satu klausa yang kecil. Bentuk kata hubung yang digunakan dalam kata hubung ini ialah 'yang'. |
|
Berikut adalah contoh ayat dalam kata hubung pancangan relatif:
|
|
2. Kata Hubung Pancangan Komplemen |
| Kata hubung pancangan komplemen menghubungkan satu klausa sebagai pelengkap kepada satu klausa utama. Antara contoh kata komplemen atau pelengkap yang sering digunakan ialah "bahawa" dan "untuk". |
|
Berikut adalah contoh ayat dalam kata hubung pancangan komplemen:
|
|
3. Kata Hubung Pancangan Keterangan |
| Kata hubung pancangan keterangan berfungsi untuk memberi keterangan dengan menghubungkan klausa pertama dan klausa yang jadi penerangan. Antara contoh kata yang sering digunakan dalam kata hubung pancangan keterangan ialah kerana, agar, apabila, sekiranya, sementara, setelah, semenjak dan ketika. |
| Berikut adalah contoh kata hubung pancangan keterangan dan kegunaannya: |
| Menerangkan Waktu | |
| sesudah | Sesudah makan Ali menyambung tugas beliau. |
| setelah | Setelah 8 jam perjalanan akhirnya kami sampai jua ke destinasi. |
| sampai | Ali sampai ke sekolah pada pukul 7 pagi. |
| selama | Selama 11 tahun merantau akhirnya dia pulang ke kampung halaman. |
| Menerangkan Syarat Atau Situasi | |
| jika | "Jika kamu nak mainan tersebut kamu perlu dapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan" pesan mak kepada adik. |
| andai kata | Andai kata mereka tidak dapat datang ke mesyuarat hari ini kita terpaksa meneruskan tanpa mereka. |
| sekiranya | Sekirannya Siti tidak dapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan kali ini dia akan masuk ke kelas tambahan. |
| Menerangkan Akibat | |
| hingga | Aminah mengulang kaji pelajaran hingga matanya kemerah-merahan akibat kurang tidur. |
| sehingga | Dia tidak makan sehingga dia jatuh sakit. |
| Menerangkan Sebab Berlakunya Sesuatu Kejadian | |
| kerana | Kerana kejadian rompakan yang berlaku pada malam semalam penduduk kawasan rumah ini menjadi lebih berhati-hati terutama pada waktu malam. |
| sebab | Abu tidak hadir ke sekolah sebab dia tidak sihat. |
| Menerangkan Perbandingan | |
| seperti | Dia seperti cacing kepanasan apabila ditanya oleh pihak polis. |
| Menerangkan Sesuatu Perbuatan | |
| walaupun | Walaupun sudah diberi amaran oleh guru disiplin namun Iqmal masih lagi membuli pelajar-pelajar lain. |
| meskipun | Meskipun kepenatan dia masih meneruskan kerja yang diberikan oleh majikannya. |
| Menerangkan Harapan Yang Boleh Capai Apabila Melakukan Sesuatu Perkara | |
| agar | 'Belajarlah rajin-rajin agar kamu boleh berjaya dalam pelajaran" pesan ibu kepada kami. |
| supaya | Ibu membersihkan halaman rumah supaya kelihatan bersih. |
| Keterangan Tujuan Digunakan Untuk Menerangkan Maksud Sesuatu Perbuatan | |
| bagi | Bagi menjaga keselamatan para pelajar pihak sekolah telah memperkenalkan beberapa peraturan baru. |
| demi | Hakim bersengkang mata untuk belajar demi untuk berjaya dalam peperiksaan. |
|
||||||||||||
| Kata hubung berpasangan ialah kata hubung yang digunakan secara berpasangan dalam satu ayat. Kata hubung ini selalu terdiri daripada gabungan kata hubung pancangan dan kata hubung gabungan. Beriku ialah ayat dan contoh kata hubung. | ||||||||||||
|
