07: Kata banyak makna

7 Kata Banyak Makna
 
DEFINISI
  • Kata banyak makna bermaksud sesuatu perkataan itu mempunyai lebih dari satu maksud yang berlainan mengikut ayat dan konteks yang diberi. 
  • Kata banyak makna boleh terdiri dari tiga bentuk iaitu kata dasar, imbuhan dan kata ganda.
 
 
Kata Banyak Makna Bagi Kata Dasar
  • Kata dasar ialah perkataan yang boleh berdiri dengan sendiri dan juga boleh menerima imbuhan
  • Kata dasar juga sering disebut sebagai akar kata untuk perkataan
  • Berikut adalah contoh kata dasar yang mempunyai makna yang berbeza mengikut ayat yang diberi

Berikut adalah contoh kata dasar yang mempunyai banyak makna. 

1. Bekas

  • Makna
    • Kesan
    • Tempat untuk menyimpan sesuatu
    • Pernah menjadi
  • Contoh ayat
    • Penduduk kampung itu menjadi gempar apabila mereka menemui bekas tapi kaki harimau di kawasan perkampungan mereka.
    • Adik telah menyimpan makanan yang dimasak oleh ibu ke dalam bekas yang disediakan.
    • Pak Ali ialah seorang bekas tentera.

2. Cerah

Makna Contoh Ayat
  • keadaan terang dan tidak gelap
  • bahagia, gembira
  • Berseri (rupa seseorang)
  • Cuaca pada tengah hari ini sungguh cerah walaupun dijangaka akan hujan pada waktu petang
  • Hidup Amin semakin cerah setelah dia pulang bertemu kembali dengan anak-anaknya
  • Wajah Ali tidak cerah seperti dahulu semenjak dia mengalami masalah kewangan

 

3. Gugur

Makna Contoh Ayat
  • Jatuh
  • Mati
  • Banyak buah durian yang sudah gugur di dusun pak Abu
  • Ramai pejuang kemerdekaan gugur di medan perang

 

4. Lembap

Makna Contoh Ayat
  • Masih basah dan tidak kering
  • Tidak cekap
  • Baju yang dijemur oleh emak tadi masih lembap lagi walaupun sudah dijemur.
  • Beberapa orang murid dalam kelas 5 cekal lembap dalam pelajaran bahasa inggeris

 

5. Larut

Makna Contoh Ayat
  • Terlalu jauh
  • Sebati
  • Hari sudah larut malam
  • Gula yang telah dimasukkan ke dalam air itu telah larut
 
Kata Banyak Maknba Bagi Kata Berimbuhan
 

Berikut adalah kata banyak makna bagi kata berimbuhan. 

1. Bercampur

Makna Contoh Ayat
  • Berkawan atau bergaul dengan seseorang atau suatu kumpulan
  • Sebati 
  • Ayah menasihatkan adik supaya tidak bercampur dengan rakan-rakang yang yang tidak berdisiplin.
  • Gula yang sudah jatuh ke dalam garam itu sudah jadi bercampur kerana kedua-duanya hampir sama.

 

2. Melanggar

Makna Contoh Ayat
  • Mengingkari undang-undang
  • Merempuh
  • Amin dan rakannya telah dikenakan tindakan disiplin kerana telah melanggar peraturan sekolah.
  • Kereta itu telah melanggar pembahagi jalan kerana hilang kawalan.

 

3. Mendedahkan

  • Makna;
    • Membuka
    • Memberitahu
  • Contoh ayat;
    • Ustazah menasihati kami untuk tidak mendedahkan aurat ketika berada di luar.
    • Pihak polis telah mendedahkan maklumat kejadian kepada orang.

Menggulung

Makna Contoh Ayat
  • Melilit
  • Mengakhiri
  • Abu menggulung tali yang panjang itu.
  • Hujah itu tamat apabila ketua pihak pembangkang menggulung hujah-hujah perbahasan mereka.
 
Kata Banyak Makna Bagi Kata Ganda
  • Kata Ganda merupakan proses pengulangan kata secara keseluruhan atau pada bahagian-bahagian yang tertentu.
  • Berikut adalah contoh kata banyak makna bagi kata ganda

 

1. Layang-layang

Makna Contoh Ayat
  • Sejenis permainan
  • Sejenis Burung
  • Amin dan rakannya sedang bermain layang-layang di padang
  • Terdapat sarang burung layang-layang di dalam gua itu

 

2. Mentah-mentah

Makna Contoh Ayat
  • Tidak dimasak
  • Dengan begitu sahaja
  • Buah itu boleh dimakan mentah-mentah
  • Permintaan adik untuk membeli permainan itu ditolak mentah-mentah oleh ibu

 

3. Ura-ura

Makna Contoh Ayat
  • Cadangan
  • Mesyuarat
  • Terdapat ura-ura yang mengatakan sekolah akan ditutup pada minggu ini
  • Ada ura-ura tentang lawatan ke Kuala Lumpur pada petang ini