06: Kata Kerja

6  Kata Kerja
 
DEFINISI
 

Kata kerja adalah kata yang digunakan untuk menunjukkan sesuatu perbuatan atau keadaan melakukan sesuatu serta boleh dibahagikan kepada dua bahagian iaitu kata kerja transitif dan kata kerja tak transitif.

 
 
 
Kata Kerja Transitif
 
  • Kata kerja transitif adalah kata kerja yang diikuti oleh objek iaitu kata nama bagi melengkapkan maksud ayat tersebut. 
  • Kata kerja ini boleh dikenal pasti melalui imbuhannya seperti contoh yang diberi di bawah:
 
Imbuhan Contoh Perkataan
meN\(\underline{\hspace{0.5cm}}\)
  • menjala
  • mencangkul
  • menebang
  • menetak
  • menendang
  • menaip
  • mengambil
men\(\underline{\hspace{0.5cm}}\)i
  • menaiki
  • mendekati
  • mendaki
  • menjalani
  • menghadiahi
  • menyertai
  • mencuci
ter\(\underline{\hspace{0.5cm}}\)
  • termakan
  • tersepak
  • terlanggar
memper\(\underline{\hspace{0.5cm}}\)
  • memperbaiki
  • memperbuat
  • memperisterikan
memper\(\underline{\hspace{0.5cm}}\)i
  • memperbaiki
  • mempelajari
  • memperingati
memper\(\underline{\hspace{0.5cm}}\)kan
  • memperkenalkan
  • mempertemukan
  • mempertingkatkan
 
  • Kata kerja transitif boleh dibuat dalam bentuk ayat aktif dan ayat pasif.
  • Berikut ialah contoh kata kerja transitif:
 
Ayat Aktif Ayat Pasif
Ayah menebang pokok yang besar itu. Pokok yang besar itu telah ditebang oleh ayah.
Siti termakan makanan yang sudah tamat tarikh luput itu. Makanan yang telah tamat tarikh lumut itu dimakan oleh Siti.
Kakak menyiram pokok bunga itu. Pokok bunga itu disiram oleh kakak.
Abang sudah menyiapkan semua kerja sekolah. Kerja sekolah itu telah abang siapkan.
 
Kata Kerja Tak Transitif
 
  • Kata kerja tak transitif adalah kata kerja yang tidak memerlukan penyambut kerana ianya sudah lengkap dan boleh berdiri sendiri di dalam ayat.
  • Kata kerja ini tidak boleh dipasifkan seperti kata kerja transitif.
  • Kata kerja ini boleh dikenal pasti melalui imbuhannya seperti contoh yang diberi di bawah:
 
Imbuhan Contoh Perkataan
meN\(\underline{\hspace{0.5cm}}\)
  • mengalir
  • menangis
  • menyanyi
  • membisu
ber\(\underline{\hspace{0.5cm}}\)
  • berbincang
  • bercadang
  • berjalan
teR\(\underline{\hspace{0.5cm}}\)
  • terjatuh
  • termenung
  • tertarik
  • terhumban
ber\(\underline{\hspace{0.5cm}}\)an
  • berpelukan
  • bertaburan
  • bergandingan
 

Jenis-Jenis Kata Kerja Tak Transitif 

Kata kerja tak transitif boleh dibahagikan kepada dua bahagian iaitu

  • kata kerja tak transitif berpelengkap
  • kata kerja tak transitif tanpa pelengkap
   

Kata Kerja Tak Transitif Berpelengkap:

  • Kata kerja transitif berpelengkap ialah kata kerja yang memerlukan kata atau frasa tertentu selepas kata kerja untuk melengkapkan maksud ayat itu.
  • Jika tiada pelengkap maka ayat yang akan disampaikan tidak mempuanya sebarang maksud.
  • Berikut adalah contoh dan kesalah dalam menggunakan kata kerja tak transitif berpelengkap.
 
Salah Betul
Pengemis itu berbantalkan. Pengemis itu berbantalkan lengan.
Abang telah berjaya menjadi. Abang telah berjaya menjadi seorang doktor. 
Sudah tiga tahun dia menetap. Sudah tiga tahun dia menetap di Kuala Lumpur. 
 

Kata Kerja Tak Transitif Tanpa Pelengkap:

  • Kata kerja transitif tanpa pelengkap bermaksud kata kerja itu boleh berdiri dengan sendiri dan masih membawa makna ayat yang hendak disampaikan walaupun tiada kata atau frasa selepas ayat itu.
  • Contoh seperti di bawah:
 
  1. Siti sedang menangis.
  2. Ali dan Farid sedang berbual-bual.
  3. Kakak suka menyanyi
 
  • Kata kerja tak transitif di atas juga boleh diikuti dengan oleh ayat keterangan yang berfungsi untuk memberikan maksud yang lanjut dengan ayat tersebut.
  • Contoh seperti di bawah:
 
  1. Siti sedang menangis apabila teringat kepada peristiwa sedih itu.
  2. Ali dan Farid sedang berbual-bual mengenai perancangan mereka untuk pergi ke pekan pada petang nanti.
  3. Kakak suka menyanyi ketika memasak.