Kata perintah

 
Definisi ayat perintah
 
  • Ayat perintah ialah ayat yang digunakan untuk memberi arahan atau perintah kepada pendengar.
  • Ayat ini juga berfungsi sebagai suruhan, larangan, permintaan ataupun jemputan.
 
Contoh ayat perintah
 
Tolong (ayat perintah) "Tolong ambil kan beg saya di dalam kelas", kata Aizudin kepada Aaiman
Jangan (ayat larangan) Jangan berdiri di situ.
Jemput ( ayat jemputan) Jemput makan semua, kata ali kepada rakan-rakannya.
Harap ( ayat permintaan)  Harap kamu boleh menyiapkan semua tugasan yang diberi secepat mungkin.
Usah ( ayat larangan) Usah dikenang perkara yang telah berlalu.
 
Kesilapan dalam menggunakan ayat perintah
 
  • Kebanyakan kesilapan semasa menggunakan ayat perintah ialah berpunca dari penggabungan ayat perintah.
  • Berikut adalah contoh kesilapan pengunaan ayat perintah.
 
Salah Betul
Tolong jangan merokok di kawasan ini. Jangan merokok di kawasan ini.
Sila jangan bising ketika berada dalam pepustakaan. Jangan bising ketika berada dalam pepustakaan.
"Harap jangan ulangi perkara ini lagi", kata cikgu Ali kepada Abu. "Jangan ulangi kesilapan lalu", kata cikgu Ali kepada Abu.
"Tolong jangan makan makanan yang berada di meja itu", kata emak kepada adik.  "Jangan makan makanan yang berada di atas meja itu". kata emak kepada adik.