Kata Imbuhan

 
  • Imbuhan merupakan kata tambahan dalam perkataan kata dasar
  • Ianya jugak bertindak sebagai pelengkap kepada struktur ayat.
 
13.1 Imbuhan awalan
 
  • Imbuhan awalan ialah kata yang menerima imbuhan pada awal kata dasar. Contoh Imbuhan + kata dasar 
  • Di bawah ialah contoh kata imbuhan awalan.
 
Imbuhan Imbuhan + kata dasar
meN mencari, menyapu, mendayung, mengetuk, memasak, melawat dan lain-lain
di- dicari, digantung, disuruh, dirampan, dirakam, disapu
se- semasa, seminggu, selama, sekerja 
ter- tersepak, terasa, terlihat, terpilih, 
pen- pelakon, pendakwah, pendatang, pencuri
 

Antara contoh ayat imbuhan awalan ialah:

  • Ali berbasikal ke sekolah
  • Pencuri itu ditangkap oleh polis
  • Sebagai seorang pelakan, kita mesti pandai menghayati watak yang hendak dilakonkan
 
13.2 Imbuhan Akhiran
 
  • Imbuhan akhiran adalah kata yang menerima inbuhan pada akhir kata.
  • Berikut adalah contoh ayat dan imbuhan akhiran.
 
Imbuhan Perkataan Ayat
     kan
  bersihkan
  jalankan
  hantarkan

"Kamu semua mesti jalankan jiga program ini" kata pengetua kepada pengurus majlis.

Tolong hantarkan kuih ini ke rumah jiran.

     i
  percayai
  jalani
  kuasai
  kahwini
  sudahi

 

Ustaz menasiti kami untuk tidak sakiti hati ibu kami.

Saya sudahi ucapan ini dengan rasa terima kasih.

     an
  arahan
  laluan
  suruhan
  pakaian

Mengambil berat antaran jiran tetangga merupakan amalan yang baik.

Sempena hari raya keluarga kami membeli pakaian baru.