Kata seru

Makna kata seru
 
  • Kata seru merupakan kata yang digunakan untuk meluahkan berbagai-bagai perasaan yang dialami oleh orang yang sedang bercakap.
  • Intonasi orang yang bertutur menggunakan kata seru adalah nada meninggi atau menurun.
 
  • Kata seru merupakan kata tugas yang digunakan untuk membentuk ayat seruan dan setiap ayat seruan akan berakhir dengan tanda seru "!".
  • Berikut adalah contoh kata dan ayat seru.
 
Kata seru Kegunaan Ayat contoh
Aduh Digunakan untuk meluahkan perasaan sakit

Aduh, sakitnya kaki ku ini!

Aduh, sakitnya tanganku ni!

Wah/ amboi Digunakan untuk meluahkan perasaan kagum atau terkejut

Amboi, cantiknya baju awak!

Wah besarnya rumah awak!

Syabas Digunakan untuk meluahkan perasaan gembira atai apabila memuji sesorang

Syabas kerana telah memenangi pertandingan sukan itu!

Syabas kerana mendapat tempat yang pertama dalam peperiksaan kali ini!

Cis Digunakan untuk meluahkan perasaan marah

Cis, berani engkau menghina aku!

Cis, berani kau mencuri barang aku!

Hai Digunakan semasa menegur seseorang atau mahu menari perhatian

Hai, Ali sudah lama kita tidak bertemu!

Hai, kemana engkau pergi selama ini!

Oh Digunakan semasa mengingati sesuatu yang lupa atau terkejut

Oh, di sini rupanya saya meletakkan buku ini!

Oh, dekat sini rupanya kamu semua menyorok!