Download App
Google Android
Apple iOS
Huawei
English
English
Malay
Guest
Login
Register
Home
Quiz
Battle
Practice
Class
Classes List
Timetable
Assignments
Learn
Learning Hub
Quick Notes
Videos
Experiments
Textbooks
Login
Register
Download App
Google Android
Apple iOS
Huawei
EN
MS
Learn
Quick Notes
List
Memahami dan menggunakan frasa dalam pelbagai ayat.
Peribahasa
Maksud Peribahasa
Peribahasa merupakan susunan kata yang mempunya maksud yang tersirat.
Peribahasa selalunya digunakan untuk menyampaikan teguran, nasihat, ingatan atau sindiran dalam bentuk kiasan yang digunakan sejak zaman dahulu yang telah diwarisi sejak zaman berzaman.
Peribahasa merupakan kata-kata kiasan yang dicipta berdasarkan kehidupan seharian masyarakat.
Komponen Peribahasa
Peribahasa boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian iaitu simpulan bahasa, bidalan, perumpamaan dan pepatah.
Simpulan Bahasa
Simpulan bahasa bermakna rangkaian kata yang biasanya terdiri daripada dua atau tuga perkataan dan mempunyai maksud yang berlainan daripada makna asal perkataan tersebut.
Simpulan bahasa merupakan salah satu cabang peribahasa dan ianya adalah bentuk peribahasa yang paling mudah.
Simpulan Bahasa
Maksud
Ajak-ajak ayam
Tidak bersungguh-sungguh semasa mengajak seseorang.
Anak emas
Anak yang disayangi oleh ibu bapa atau orang atasan.
Batu api
Orang yang suka menghasut orang lain.
Lupa daratan
Melupakan asal usul setelah mendapat kemewahan.
Bidalan
Bidalan merupakan susunan kata-kata yang sering digunakan untuk memberi nasihat dan pengajaran.
Bidalan tidak didahului oleh kata sendi nama contohnya seperti, bagai dan umpama.
Berikut adalah maksud dan contoh ayat bidalan.
Maksud
Contoh ayat
Biar mati anak, jangan mati adat
Orang yang kuat berpegang pada adat
Banyak adat lama masih diamalkan oleh masyarakat kini, kerana orang perpegang kepada biar mati anak jangan mati adat.
Biar putih tulang jangan putih mata
Lebih baik mati daripada tidak dapat apa yang diidam
Leftenan Adnan sanggup menggadai nyawa mempertahankan tanah air kerana baginya, biar putih tulang, jangan putih mata.
Ada udang di sebalik batu
Ada sesuatu yang dimahukan di sebalik perkara yang dilakukan
Lelaki yang selalu datang rumah Hashim agak mencurigakan kerana daripada tingkah lakunya seolah-olah ada udang di sebalik batu.
Musang berbulu ayam
Orang jahat berpura-pura baik
"Kita perlu berhati-hati dengan orang yang tidak kita kenali. Berkemungkinan mereka adalah musang berbulu ayam" kata Amin kepada adik-adiknya.
Perumpamaan
Perumpamaan ialah susunan kata-kata ringkas yang mempunyai maksud tersirat. Perumpamaan selalunya didahului oleh kata sendi nama contohnya seperti, bagai dan umpama.
Perumpamaan
Makna perumpamaan
Bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing
Hanya mementingkan diri sendiri walaupun berada dalam satu kumpulan.
Bagai aur dengan tebing
Tolong-menolong di antara satu sama lain.
Seperti anjing dengan kucing
Adik-beradik yang suka bergaduh.
Seperti mencurahkan air ke daun keladi
Memberi nasihat kepada orang yang tidak mempedulikan nasihat itu.
Bagaimana acuan begitulah kuihnya
Perangai anak biasanya mengikut orang yang mengasuhnya.
Peribahasa
Peribahasa ialah susunun kata yang mempunyai makna yang tertentu dan ianya selalu digunakan untuk menyampaikan nasihat, teguran atau sindiran.
Berikut adalah contoh peribahasa dan maksudnya.
Peribahasa
Makna peribahasa
Indah khabar dari rupa
Perkara yang diceritakan melebih-lebih dari penceritaan yang asal.
Ukur baju di badan sendiri
Melakukan sesuatu perkara biarlah berdasarkan kemampuan diri sendiri.
Genggam bara api biar sampai jadi arang
Apabila melakukan sesuatu pekerjaan hendaklah melakukan sehingga mencapai kejayaan.
Alah membeli menang memakai
Membeli sesuatu barang yang mahal asalkan barang itu mampu tahan lama.

Chapter : Aspek Tatabahasa
Topic : Memahami dan menggunakan frasa dalam pelbagai ayat.
Form 1
Bahasa Melayu
View all notes for Bahasa Melayu Form 1
Related notes
Ayat sama maksud
Kata bilangan
Kata Nama
Bahasa Melayu Klasik
Kata Ganti Diri
Kata Adjektif
Kata Tanya
Kata perintah
Penanda Wacana
Kata Imbuhan
Report this note
Report Card
Evaluate your academic performance through detailed report
Learn more
Register for a free Pandai account now
Edit content
×
Loading...
Quiz
Videos
Notes
Account