Kata banyak makna

 
  • Kata banyak makna bermaksud sesuatu perkataan itu mempunyai beberapa makna yang berlainan mengikut ayat dan konteks yang diberi. 
 
 Contoh Kata Banyak Makna
 
  • Berikut adalah contoh kata yang mempunyai makna dalam konteks yang berbeza.
 
Makna

Contoh

ayat

Baik
Berfaedah Buku yang diberi oleh kamu itu baik dibaca.
Sembuh Kecederaan yang dialami oleh Amin telah baik.
Kelakuan elok Orang kampung suka kelakuan baik Aiman.
Darjah

Tahap 

pengajian 

sekolah

Adik saya baru memasuki darjah 3.
Unit ukuran Suhu badan bagi orang sihat adalah sekitar 36 darjah Celsius.
Alamat
Tanda Langit mendung alamat bahawa hari hendak hujan.

Butiran

mengenai

tempat

tinggal

seseorang

Sebelum menghantar barang kepada seseorang kita perlu tahu alamat mereka dahulu.
Lengang

Keadaan

yang

tidak sibuk,

sepi

Jalan raya di Kuala Lumpur menjadi lengang pada musim perayaan.
Sunyi Kawasan rumah kami menjadi lengang apabila waktu malam kerana kebanyakan penghuni rumah sedang tidur.
Mata
Deria untuk melihat Siti mempunyai sakit mata yang menyebabkan dia terpaksa memakai cermin mata.

Bahagian

yang tajam

Mata pisau itu amat tajam dan berbahaya.

Sumber

pendapatan

Semenjak dilanda virus covid, ramai rakyat Malaysia yang telah hilang mata pencarian.