Kata Hubung Gabungan
Kata hubung yang digunakan untuk menggabungkan dua ayat atau lebih yang sama penting kedudukan dan sifatnya.
Ayat yang terhasil dari gabungan ini disebut sebagai ayat majmuk gabungan.
Kata Hubung Pancangan
1. Kata Hubung Pancangan Relatif
Contoh ayat:
Buku yang dikarang oleh Ali itu adalah buku Bahasa Melayu.
Restoran yang mementingkan kebersihan itu digemari oleh para pelanggan.
2. Kata Hubung Pancangan Komplemen
Sekolah menengah itu mengumumkan bahawa keputusan peperiksaan SPM tahun ini adalah yang terbaik pernah dicapai.
Kerajaan telah membina jambatan itu untuk memudahkan penduduk kampung itu menyeberangi sungai.
3. Kata Hubung Pancangan Keterangan
Ali sudah berkawan dengan Abu semenjak dari kecil.
Dia terkejut apabila mendengar berita mengenai kemalangan yang dihadapi kakaknya itu.
Live class daily with celebrity tutors
There is something wrong with this question.