Bahasa Melayu Klasik

 
  • Bahasa melayu klasik ialah bahasa melayu yang digunakan pada abad ke 14 hingga ke abad 19. 
  • Bahasa melayu klasik berkembang selari dengan perkembangan agama Islam di Asia Tenggara
  • Bahasa klasik lebih jelas daripada bahasa kuno.
  • Terdapat tiga ciri bahasa melayu klasik iaitu tatabahasa, kosa kata dan sistem tulisan dan ejaan
 
Sistem tulisan dan ejaan
 
  • Sistem tulisan jawi telah banyak mempengaruhi ciri bahasa melayu klasik
  • Tulisan jawi ialah tulisan yang berasal daripada Bahasa Arab dan setelah sampai ke Tanah Melayu ianya disesuaikan dengan bunyi Bahasa Melayu. 
 
Kosa Kata
 
  • Mengikut Kamus dewan edisi keempat kosa kta bermakna keseluruhan kata dalam sesuatu bahasa.
  • Berikut ialah contoh kosa kata yang terdapat dalam bahasa melayu klasik
 
Bahasa arab

Allah taala

Fardhu

Insan

Daulat

 

Bahasa Istana Maksud
Beradu Tidur
Gering Sakit
Santap Makan
Mangkat Meninggal dunia

 

Kosa kata klasik Maksud
Amarah Marah
Ceritera Cerita
Masyghul Sedih
Berahi Cinta

 

Kata pangkal ayat

Hatta

Alkisah

Sebermula

Maka

 
Tatabahasa
 
  • Bahasa melayu klasik telah mengambil dan mengubah beberapa tatabahasa yang berasal dari bahasa melayu kuno
  • Imbuhan awalan mar- dan ni- telah bertukar menjadi ber- dan di- dalam, manakala kata kerja aktif maN telah ditukar kepada meN di dalam bahasa melayu klasik
  • Berikut adalah contoh tatabahasa yang telah diubah dalam bahasa melayu klasik
 
Imbuhan
Marlepas ditukar menjadi Berlepas
Nirpawat ditukar menjadi diperbuat

 

Kata kerja aktif
Mawawa telah ditukar menjadi membawa
Manghidupi ditukar menjadi menghidupkan