Ayat Penegasan

 
  • Kata penegas ialah sejumlah perkataan yang memberi penekanan pada bahagian-bahagian tertentu dalam ayat
  • Kata penegas boleh dibahagikan kepada dua bahagian iaitu kata penegas partikel dan kata penegas akar
 
Kata penegas partikel
 
  • Kata penegas partikel digunakan sebagai penegas dalam sesuatu ayat atau pernyataan
  • Kata penegas ini digunakan untuk menegaskan frasa predikat atau bahagian-bahagian tertentu dalam ayat.
  • Kesemua kata penegas ini dirangkaikan dengan perkataan yang mendahuluinya
  • Contoh kata penegas partikel iaitu: 
 
Kata Penegas Huraian Contoh ayat
\(\underline{\hspace{0.5cm}}\)kah Untuk menegaskan sesuatu pernyataan atau memberi penekanan kepada sesuatu ayat tanya atau ayat sesuan Apakah yang awak bawak di dalam beg seg sekolah itu?
\(\underline{\hspace{0.5cm}}\)lah Untuk menegaskan sesuatu perintah, permintaan dan pernyataan Buatlah apa yang sudah dirancang jika kalian ingin berjaya
\(\underline{\hspace{0.5cm}}\)tah Untuk menegaskan sesuatu pernyataan dan keadaan harian Siapatah yang suka menconteng dinding di kawasan ini.
 
Kata penegas akar
 
  • Kata penegas ini menegaskan frasa nama sebagai subjek dan frasa prediket atau sebahagiannya. Ianya juga boleh disebut sebagai kata penegas akar.
  • Kata penegas ini sifatnya bebas yang bermakna ianya boleh berada pada awal, pertengahan dan akhir ayat. 
  • Contoh kata penegas yang menegaskan frasa subjek dan frasa prediket adalah:
 
Makna Contoh Ayat
Hanya
Sering digunakan untuk menegaskan sesuatu pernyataan dan menghuraikan maksud kata predikat
  • Mangsa banjir itu hanya tinggal sehelai sepinggang setelah semua harta benda mereka hilang dalam kejadian itu.
  • Hanya wargenegara malaysia sahaja yang layak untuk menyertai pertandingan itu.
Lagi
Digunakan untuk menegaskan atau memberi penekanan kepada ayat penyata atau ayat tanya
  • Kapal terbang dari Malaysia itu tidak tiba lagi.
  • "Kamu masih belum menyiapkan tugasan kamu lagi?" tanya cikgu Ali kepada Amin.
Jua
Digunakan untuk menegaskan sesuatu pernyataan, syarat atau ramalan
  • Jangan kamu menghina kecacatannya kerana dia adikmu jua.
  • Apa-apa jua keputusan yang diambil oleh ayah, kami akan mematuhinya.
Memang
Sering digunakan untuk menegaskan atau memberi penekanan kepada ayat penyata.
  • Hubungan haziq dan aiman memang rapat, mereka ibarat isi dan kuku
  • Memang Encik Karim akan menjadi pengurus syarikat tersebut.
Sahaja
Digunakan untuk menegaskan atau memberi penekanan kepada ayat penyata atau ayat tanya
  • Farid sahaja yang tidak hadir ke majlis itu semalam
  • Ibu hanya sempat menanak nasi sahaja pada tengah hari itu