Bioteknologi

13.2 Bioteknologi
 
Definisi Bioteknologi
Bioteknologi merupakan suatu bidang yang menggunakan teknologi atau kaedah untuk memanipulasikan organisma bagi tujuan menghasilkan atau mengubah suai hasil sesuatu produk biologi.
 
Kepentingan Bioteknologi
  • Bioteknologi bertujuan untuk meningkatkan mutu hasil keluaran ternakan atau tanaman serta membangunkan penggunaan mikroorganisma bagi suatu tujuan yang khusus.
  • Oleh sebab bioteknologi melibatkan pelbagai disiplin sains, maka setiap aktiviti yang melibatkan penggunaan organisma untuk sesuatu kepentingan telah dibezakan mengikut warna-warna tertentu.
  • Terdapat sepuluh jenis aktiviti yang telah dikenal pasti, namun bioteknologi hijau, putih, kuning dan biru merupakan aktiviti utama dalam bioteknologi.
 
Gambar ini menunjukkan aplikasi bioteknologi dalam kehidupan. Terdapat satu bulatan biru di tengah yang bertulis ‘Aplikasi Bioteknologi dalam Kehidupan’. Di sekelilingnya terdapat empat bulatan oren yang dihubungkan dengan garis ke bulatan biru. Setiap bulatan oren mengandungi teks berikut: ‘Terapi gen’, ‘Pembersihan tumpahan minyak’, ‘Pemprofilan DNA’, dan ‘Penghasilan tumbuhan bertoleransi serangga perosak’. Di bahagian bawah bulatan biru terdapat logo ‘Pandai’.
 
Aplikasi Bioteknologi dalam Kehidupan
Terapi Gen
  • Terapi gen digunakan untuk merawat atau mencegah suatu penyakit genetik.
  • Dalam terapi gen, gen yang normal disisipkan ke dalam gen pesakit untuk menggantikan gen yang abnormal.
  • Antara penyakit yang dapat dirawat menggunakan kaedah terapi gen ialah sistik fibrosis, distrofi otot dan beberapa jenis kanser.
Pemprofilan DNA
  • Pemprofilan DNA ialah teknik forensik yang digunakan untuk mengenal pasti individu berdasarkan DNA mereka.
  • Hal ini dikatakan demikian kerana, DNA adalah unik bagi setiap orang, kecuali kembar seiras 
  • Set DNA manusia juga adalah berbeza daripada DNA haiwan
  • Dengan menggunakan sampel DNA yang diekstrak daripada darah, air mani atau kulit, seseorang individu itu dapat dikenal pasti.
  • Proses pemprofilan DNA ini telah dicipta oleh Sir Alec Jeffreys di Universiti Leicester pada tahun 1985
  • Beliau telah dianugerahi pingat Copley atas pencapaian beliau
  • Pingat Copley merupakan pingat tertua sebelum anugerah Nobel diperkenalkan.
  • Kegunaan pemprofilan DNA:
    • Mengenal pasti penjenayah.
    • Menyelesaikan pertikaian identiti ibu bapa sebenar.
    • Mengesan penyakit genetik.
    • Menguji keserasian penderma organ dengan penerima.
  • Langkah-langkah yang digunakan dalam pemprofilan DNA:
    • Sampel darah, air mani atau kulit diambil dari tempat kejadian.
    • DNA diekstrak daripada sampel.
    • Enzim pembatasan memotong DNA kepada fragmen DNA yang berlainan saiz.
    • Sampel yang kini mengandungi fragmen DNA yang berlainan saiz dipisahkan melalui elektroforesis gel.
    • Fragmen DNA yang berlainan saiz dipindahkan daripada gel ke membran nilon.
    • Prob radioaktif ditambah kepada membran nilon. Filem X-ray kemudiannya diletakkan di atas membran nilon.
    • Filem X-ray diproses dan kedudukan jalur DNA yang membentuk profil DNA akan dihasilkan.
  • Profil DNA dapat dijadikan bukti yang kukuh dalam sesuatu kes jenayah jika:
    • Bahan sampel diambil dan diuruskan dengan betul dan jujur.
    • Saintis forensik menguji sampel dan menganalisis data dengan cermat dan telus.
    • Keputusan ujian diiterpretasi dengan tepat.
    • Juri dan hakim mendapat laporan yang tepat.
Penghasilan Tumbuhan Bertoleransi Serangga Perosak
  • Penggunaan baka kapas tebal yang bertoleransi kepada ulat perosak kapas contohnya kapas Bt di ladang-ladang kapas telah mengurangkan penggunaan racun perosak.
  • Tanaman Bt disuntik dengan gen daripada Bacillus thuringiensis (Bt), iaitu sejenis bakteria tanah yang dapat mengeluarkan bahan racun
  • Langkah ini dapat menjimatkan kos racun makhluk perosak dan meningkatkan pengeluaran kapas.
  • Selain kapas, tanaman Bt yang lain ialah jagung dan terung.
  • Kesan tumbuhan Bt ke atas serangga perosak:
    • Gen yang menghasilkan toksin Bt daripada bakteria Bacillus thuringiensis dimasukkan ke dalam genom tumbuhan.
    • Serangga perosak akan makan tumbuhan yang akan mengeluarkan toksin Bt.
    • Toksin mengganggu sistem pencernaan serangga perosak dan menyebabkan serangga perosak mati.
Pembersihan Tumpahan Minyak
  • Bioremediasi merupakan satu kaedah untuk membersihkan bahan cemar dengan menggunakan bakteria.
  • Kaedah ini berkesan untuk merawat pencemaran minyak akibat tumpahan minyak di lautan.
  • Kebanyakan molekul di dalam minyak mentah petroleum dan produk petroleum yang ditulenkan dapat diurai secara biologi dengan menggunakan bakteria.
  • Sebagai contohnya, Alcanivorex borkumensis iaitu sejenis bakteria yang bergantung kepada minyak untuk mendapatkan tenaga telah digunakan dengan meluas untuk merawat tumpahan minyak.
 
Kepentingan Bioteknologi dalam Kehidupan Seharian
  • Bidang bioteknologi telah berkembang pesat di Malaysia.
  • Bidang ini memberikan sumbangan dalam kehidupan manusia terutamanya di negara-negara yang sedang membangun dan negara-negara maju.
  • Bioteknologi sering dikaitkan dengan pertanian, perindustrian, pemakanan, perubatan dan seumpamanya.
  • Perkembangan pesat dalam bidang biologi dan teknologi telah dapat menggantikan kaedah lama yang digunakan oleh masyarakat zaman dahulu kepada kaedah yang lebih canggih, di samping dapat mempelbagaikan produk yang membawa manfaat kepada manusia.
  • Bioteknologi bukan sahaja menyumbang kepada peningkatan hasil pemakanan, pertanian dan perubatan malah turut membantu mengembangkan ekonomi sesebuah negara khususnya dalam sektor perindustrian.
 
Sumbangan Bioteknologi dalam Kehidupan
Bidang Sumbangan

Pertanian

  • Baka ternakan dan tanaman yang terbaik dapat dihasilkan. Kaedah kultur tisu dan teknik pengklonan mempercepat pembiakan tanaman.
  • Dapat menghasilkan baka padi yang mengeluarkan hasil yang banyak dan cepat matang.
  • Pengklonan haiwan membolehkan pembiakan secara besar-besaran dan mempunyai daya tahan penyakit.
  • Penggunaan hormon membolehkan haiwan cepat membesar dan matang.
Perubatan
  • Genetik seseorang dapat diubah suai.
  • Mengurangkan risiko penyakit mental.
  • Mengelakkan penyakit yang tertentu seperti kanser dan penyakit pewarisan.
  • Genetik manusia kerdil dapat melahirkan manusia normal.
  • Membantu ibu-ibu yang sukar hamil untuk memperoleh zuriat.
Forensik
  • Dapat mengenal pasti penjenayah melalui tisu dan bendalir badan seperti darah, air mani, kulit dan folikel rambut.
Alam sekitar
  • Mikrob mampu mempercepat pereputan bahan buangan manusia.
  • Mikrob juga mampu menguraikan najis sepenuhnya.
  • Pencemaran dapat dikurangkan dan manusia serta alam sekitar terpelihara.
 
Slot Gacor Slot Gacor Slot Gacor Slot Gacor Slot Gacor Slot Gacor Slot Gacor Slot Gacor Slot Gacor Slot Gacor Slot Gacor Slot Gacor Slot Gacor