Asas Sains Komputer

Bab 2 : Perwakilan Data

Apa yang akan anda pelajari dalam bab ini
Asas Sains Komputer
Dalam bab Perwakilan Data, anda akan mempelajari sistem nombor perduaan dan bagaimana untuk menukarnya kepada nombor perpuluhan. Anda juga akan belajar menggabungkan kemahiran operasi tambah dan tolak nombor perduaan dalam menterjemah aksara pengekodan ASCII. Selain itu, anda akan belajar melakukan operasi tambah dan tolak bagi dua nilai nombor perduaan.

Selain itu, anda akan mempelajari ukuran data dan mengenal pasti unit ukuran bagi imej digital dan audio digital. Anda juga akan membandingkan saiz fail imej yang sama dalam pelbagai format melalui tunjuk cara dan menghasilkan penukaran saiz data daripada bit ke bait, kilobait, megabait, gigabait dan terabait bagi fail audio dan imej.
Video
Latihan untuk bab ini